Ads

July 23, 2010

Teater Uda dan Dara @ Istana Budaya




Bersiaran sekali lagi di Istana Budaya.
Kali ini aku menonton teater Uda dan Dara...arahan Datuk Rahim Razali. Aku memang minat dan sangat meminati filem-filem arahan beliau. So, dengan peluang yang aku dapat ini memang aku tidak sia-siakan. Setakat ini memang tak pernah menonton teater arahan beliau.

Sinopsis Uda dan Dara -
Muzikal Uda dan Dara adalah sebuah kisah cinta tragis. Seorang anak tani bernama UDA dilamun cinta dengan seorang gadis kesayangan kampungnya yang bernama Dara dari sebuah keluarga berada.

Suasana hidup di kampong aman, penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun bagaimanapun bertukar rupa menjadi genting apabila isu darjat, kuasa dan kasta dipertikaikan oleh mereka yang berada, berpangkat dan berdarjat. Huru-hara dan perang berbelas. Semuanya tercetus gara-gara cinta murni dua sejoli yang tidak direstui oleh sesetengah pihak.

Kesudahannya menyayat hati, membuka mata dan minda khalayak penonton tentang isu adat, kuasa, kasta dan darjat. Adakah isu ini akan berlarutan atau dapat dileraikan? Saksikan kemuncaknya sebuah kisah kontroversi yang tak lapuk dek zaman.

Pementasan kali ini diterajui oleh seorang pengarah prolifik tahanair, Dato’ Rahim Razali. Beliau juga merupakan pelopor yang terlibat dalam sejarah pertama pementasan MUZIKAL UDA DARA pada tahun 1972 – hamper empat dekad lalu di Teater Eksperimental, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pelakon:

Misha Omar - Dara
Razali Husain - Uda
Aishah - Ibu Uda
Betty Banafe - Ibu Dara
Mazlan Tahir - Alang Bakhil
Khir Rahman - Uteh
Radhi Khalid - Pak Long


My comment about this teater.

1. Pada setengah jam pertama agak meleret-leret dan panjang sangat especially scene menari-menari dengan orang kampung tu. Aku duk mencongak...lambatnya nak sampai klimaks.

2. Lakonan Razali boleh dibanggakan sebagai seorang hero yang memegang watak Uda. Cuma masa part menari dengan para penari tu...nampak agak ketara step si Razali ni agak lambat sedikit berbanding para penari yang lain. Sebagai hero dia kena tangkas sikit. Dari segi lontaran suara dah cukup perfect dan aksi bersilat pun nampak ok. Tahniah Razali - tetiba kan aku dah start minat dia.... Wallaaaaa...

3. Aku terus terang cakap watak Dara memang tidak sesuai diberikan kepada Misha Omar. Maaf yea Misha. Kita tahu Dara ni seorang gadis kampung yang lemah lembut dan penuh dengan kesopanan. Tetapi si Misha ni nampak sangat kasar dia tu. Time berlari-lari nak dapatkan Uda...aduhhh terkengkang-kengkang dia berlari. Spoil lah beb. Lontaran suara dia agak terjerit-jerit. Patutnya Dara kena cakap lembut dan penuh sopan santun. Satu lagi air muka Misah ni agak kasar dan garang. Watak Dara mesti sentiasa tersenyum dan pemalu. Babak dia beraksi romantis dengan Uda nampak sangat si Misha ni macam terlebih rakus berbanding si Razali. Maaf Misha yea...ni comment ikhlas. Bagi aku watak Dara yang sesuai ialah kepada Elly Mazlin.

4. Prop batang pokok-pokok masa aksi romantis antara Uda dan Dara sangat cantik dan seperti real. Then disinari dengan bulan mengambang. Adoii...romantiknya. Aku pulak yang feel terlebih-lebih. Hahahaha. Tetapikan...katanya watak gadis dan jejaka kampung, kenapa mesti babak romantis tu terlebih-lebih pulak. Hmmm..agak tidak sesuai pada pandangan aku. Juga tidak sesuai untuk tontonan di bawah 18 tahun.

5. Aku memang tabik lima jari kat pelakon-pelakon Aswara yang memegang beberapa watak dalam teater ni. Lakonan mereka memang sangat mantap dan terkesima. Pelakon watak Uteh dan Alang Bakhil memang superb!!!

6. Babak sedih ketika Uda hendak meninggalkan kampung dan berkelana ke bandar tidak menyentuh perasaan kami sebagai penonton. Perjalanan babak tersebut agak cepat dan tergesa-gesa.

7. Di saat Uda mati dibunuh memang syahdu dan agak terasa jugak kesedihannya. Yelah hero dah mati mestilah sedih kan. Tapi Misha berlakon babak sedih tu agak over lah. Intonasi sedih tu dah ada cuma suara tu jangan terjeritlah. Dengan kematian Uda tu....terjatuh jugaklah air mata ku. Huwaaaaa.....

dengan ahkak ku... muahh..



Radhi Khalid jadi watak Pak Long....sedap suara dia nyanyi...



aku rasa watak Betty Banafe sebagai emak kepada Dara tak sesuailah.....lakonan pun biasa-biasa ajer.

Uda dan Dara










Datuk Rahim Razali sebagai pengarah teater... aku minat dan suka. Well done Datuk!!!!


TAHNIAH DATUK!!!!


4 comments:

che'Burn@che'Qis said...

eleh..Misha tetap best!! hahahaha

Azian Elias said...

katanya best ye??

Leez said...

che burn -

taulah minat misha tapi sorry beb dia tak sesuai jadi Dara... :P

Leez said...

Yan -

oklah...best jugak especially part hujung-hujung tu...