Ads

July 16, 2010

Day 4 : Ho Chi Minh City Trip - Shopping @ Ben Thant Market


Hari ke -4 aku di sini.
Masa untuk bershoppinggggg!!!
Dah hari ke-4 barulah aku bukak mata untuk shopping. Sebelum ni aku diamkan diri ajer. Tak beli apa-apa pun. Pergi nite market tapi just jalan-jalan ajer. Aku nak tumpukan dulu pada sight seeing dan jalan-jalan. Dah nak balik baru aku spent time untuk shopping. Aku ada masa 2 hari untuk bershopping di Ben Thant Market iaitu hari ini dan esok harinya.

Dalam kepala aku ni dah ada senarai apa yang aku nak beli dan bawak balik KL. Aku memang plan nak cari english cotton di sini untuk dibuat jual. Sajer berniaga manja-manja. Tak pernah seumur hidup aku meniaga kain. Aku tak berani nak beli banyak-banyak. Mana yang aku termampu beli...aku beli lah. Katanya english cotton di sini murah. Oklah memang murah.

Nak citer sikit...kat dalam Ben Thant Market ni terlalu ramai orang Malaysia bershopping. Majoriti muka makcik-makcik yang meniaga kain. Dorang borong kain...waduhhhh takut aku nak tengok. Ada tu....kita sibuk membeli kain dia pun sibuk nak beli yang macam kita punya. Siap tanya harga lagi berapa kita dapat. Adoii ahkak oi...banyak lagi kedai kat dalam Ben Thant Market ni...tak payahlah menenggek kat sini gak. Udah ler aku penat nak tawar-menawar. Sejak peristiwa terkena hari tu....entahlah aku jadi selfish pulak kat sini. Malas nak tengok muka-muka Melayu kat Ben Thant Market ni. Padahal tak lah semua ahkak-ahkak ni menyombongkan. Ada juga yg baik. Aku pulak yang jadi kerek kan....hehehehe.

ini lorong menuju ke hotel aku...dekat ajer dengan Ben Thant Market.

suasana dalam Ben Thant Market....tempat jualan kopi dan barangan makanan

jual souvenir pulak...

jom beli kain....

nampak tak banyak kain cotton di sini....memang kat Ben Thant market ni syurga membeli belah kain cotton

ni nyonya Vietnam yang aku beli banyak english cotton kat kedai dia.....tak habis-habis kata cheap...cheap...tapi aku mintak kurang lagi punyalah seksa....hmmmm


Shima juara shopping paling banyak...hehehe....


After dah penat bershopping dan berpanas dalam bangunan yang sempit itu, kami bergerak keluar untuk lunch pulak. Actually belum pun tengahari kami dah keluar sebab lapar lah pulak kan. Breakfast hanya minum air milo ajer. Masa kami sampai pagi tu awal jugak....peniaga baru nak punggah barang. Semangat nak bershopping tu pasal awal pagi dah kuar bilik.

Sekali lagi kami lunch di VN Halal...yelah dekat dengan Ben Thant Market kan. Sebab aku lapar sangat....jadi aku order Nasi Goreng Cina dan Telur Omelette Daging. Sedap gak tapi mahal seh!!! Belasah lah malas nak berkira-kira pasal makan ni.

Telur Omelette Daging


After dah kekenyangan, kami nak cari kopi pulak. Katanya kopi Vietnam adalah kopi yang ke-2 paling sedap di dunia selepas Brazil. Wahhh...hebat tu. Entah apa yang sedap sangat. Aku tak reti nak menilainya sebab aku bukan peminum kopi. I never take coffee. Aku hanya minum Milo dan teh sahaja. My mum dah pesan awal-awal jangan lupa beli kopi Vietnam.

Bila aku tengok kat kedainya...punyalah banyak jenis perisa kopi ni dan harganya pun berlainan juga. Aku perasan tiap kedai yang aku pergi lain-lain harganya. Entahlah tak reti aku nak menilainya. So, aku beli aje mana-mana kedai yang aku jumpa. Kat dalam Ben Thant Market pun banyak di jual. Ada orang kata, perisa kopi Vietnam yang paling sedap ialah Blue Mountain. So, aku borong 5 jenia perisa yang berlainan iaitu Arabica, Blue Mountain, Moka, Hazelnut dan Espresso. Setiap kopi tersebut dalam bentuk bijian. So, kena blend terlebih dahulu dan barulah dipacketkan. Yang kotak dan packet punya pun aku beli...untuk diberi kepada teman-teman yang rapat.

begini lah kopi-kopi tersebut di pamerkan...pilih mana-mana anda berkenan....setiap satu lain harga. Aku beli 100gram tiap satu.

Inilah benda bijian kopi itu. Lagi besar kopi itu maka lagi tinggi kualitinya dan lagi mahal lah harganya. Sudah tentulah rasanya pun lagi sedap.

Selepas bijian kopi itu ditimbang....ia akan dikisarkan

ini kopi yang siap dikisarkan....then dibungkus cantik.....


Malamnya pulak, aku ada dinner dengan teman blogger iaitu Orangrawa yang menetap di Ho Chi Minh. Pernah berjumpa dengan Orangrawa beberapa kali di KL. Kami mengambil keputusan untuk dinner di tempat makan yang lain pulak iaitu di Halal@Saigon Restoran. Restoran ini terletak di hadapan Sheraton Hotel dan masjid. Senang ajer nak cari tempat ni. Minta taxi tu hantar kami di depan Sheraton Hotel.

Lebih kurang jam 8 malam we had our dinner here. Restoran ini adalah kepunyaan orang Malaysia juga yang sudah menetap di Vietnam selama 18 tahun. Malam tu agak ramai juga yang makan di restoran ini. Sekali lagi aku makan Pho my favourite food in Vietnam. Rasanya sama ajer dengan yang dijual di VN Halal cuma di sini sayur nya agak banyak sedikit. Kepada Zul, thank you very much belanja kami dinner malam tu. Nanti awak balik KL, turn saya pulak belanja kay!!! :)



bergambar dengan Orangrawa di Halal@Saigon... i like street photos yang terdapat pada dinding restoran ini....cantik!!!!


dekorasi restoran ini pun cantik...

Pho... terbaik!!!!!..aku dan Kasma asik makan ni ajer.. :)

Rendang daging and nasi putih.....

after dinner, aku balik hotel terus jalan-jalan di nite market

kat sini aku banyak borong fridge magnet lagi...

table runner pun banyak tetapi aku tak beli pun sebab tak cantik sangatlah


Pengalaman pahit aku bershopping di nite market ini. Aku ada beli lacquerware yang dikirim oleh temanku. Actually aku beli malam sebelummya. Then, siang tadi aku pun mengemas sikit-sikit beg aku. Sekali aku terperasan yang lacquerware yang aku beli tu ada kesan terbakar. Kalau tengok sekali imbas memang tak perasan.

Tiba-tiba pulak aku terperasan masa nak masukkan dalam beg. Nasib baik malam tu ada masa lagi nak tukar balik. Masa ni aku dah hangin semacam. I want my money back. Rela aku beli kat tempat lain daripada aku tukar yang baru. So, bila aku ke kedai tu semula, punya lah kerek minah Vietnam ni tak kasi aku balik duit. Dia suruh aku ambil yang lain. Macam hampeh tak??? Muka dia masam giler masa aku tunjukkan benda yang terbakar tu. Start tu aku dah benci giler dgn orang Vietnam. Kalau korang tengok perangai orang Vietnam ni ...majoriti memang kerek giler. Kasar dan bengis dengan pelancong. Sorrylah beb.....aku dah tak boleh tengok muka dorang ni. Banyak sangat makan ba alif ba ya...tu pasal perangai pun buruks!!!


13 comments:

Manja said...

Kak Leez,

wah seronok bershopping kat Ben Thant, memang tempatnya dah banyak berubah...dulu tempat nak masuk macam kat chow kit market aje, tapi sekarang dah cantik...kak leez, memang betul orang vietnam majoritynya memang kurang ajar dan asam...klu pagi2 kita gi kedai dia tapi tak beli dia sumpah kita dalam bahasa dia...masa kitaorang pergi tour guide kata klu tak nak beli jgn bargain dulu, tengok barang klu betul nak beli barulah boleh bargain kow2 punya.

Tapi seronok ye...shopping kain kat sana...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

diaorg bukan setakat makan babi jer semua binatang diaorg makan anjing,kucing,tupai,ular semua halal bagi diaorg.

Manja said...

threeQ...

betul tu masa trip pi Hanoi lagi best tengok anjing salai diaorang jual kat tepi jalan aje...ya allah geli geleman kitaorang tengok...

@xiM said...

Vietnam semua bedal..hahaha

kami dulu pi pun memang tergila gila ngan Pho tuh..sedap!!cari kat malaysia ni tak jumpa yang sama macam tu..

orangrawa said...

orang vietnam memang attitude sikit.....tu yg baran je dibuatnya nak melayan dia orang..kena sabor je la!!

Leez said...

Manja -

Akak dah penat bergaduh dgn org Vietnam ni dik. Kasar betul dorang ni. Tak minat lah kalau nak gi negara mcm ni. Enough lah sekali.

Leez said...

ThreeQ -

Sebab byk sangat makan benda kotor tu pasal perangai depa pun buruks bebenor.

Leez said...

Axim -

kak leez mmg sukalah Pho ni. Agak2 kat mana ada jual kat sini yea. Nak kena cari resipi kat internet...masak sendiri..hehehe

Leez said...

Orangrawa -

U dah lama duk sana sura tau sgt perangai dorang kan.
ishh...i can't take it lah....susah nak sabar..hehehe

Anonymous said...

salam.

berbelanja kat sana pakai matawang apa. USD atau VND.

The Author said...

Best kan shopping coffee di Vietnam?! Masa saya di Vietnam last year, setiap malam, "lepak" kat Zoom Vespa Cafe, pekana coffee!! Marvelous!!!

az said...

Info yg menarik dan bagus utk bakal2 pengemar shopping.....thxs.....

az said...

Info yg bagus....