Ads

July 12, 2010

Day 2 : Ho Chi Minh City Trip - Lacquerware Handicraft



Awal pagi jam 8 kami sudah bersedia di dalam lobi untuk menantikan van yang akan membawa kami ke destinasi kami pagi tu iaitu ke kilang Lacquerware Handicraft dan Cuchi Tunnel. Kami booking melalui hotel ajer. Dikenakan bayaran sebanyak 5USD seorang.

Perjalanan mengambil masa sejam. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan permandangan kampung yang sungguh berabuk. Hayooo...sudah lah air condition dalam van tu rosak...so kami terpaksa bukak tingkap. Korang imagine betapa panasnya aku dalam van tu dan ditambah dengan betapa panasnya hati ku ini. Sudah lah perjalanan penuh habuk, cuaca panas dan si pemandu van tu boleh pulak main hon 24 jam. Pantang ada motor depan van tu..makan berbunyilah hon. Pening kepala aku....memang tak boleh nak tidur. Peliknya aku, mat salleh yang ramai-ramai dalam van tu diam ajer...aku ajer yang menggelisah. Pening kepala aku berjalan kat Vietnam ni.

Kat Vietnam ni takda undang-undang jalan raya. Selamba boleh cross the road or buat U-turn walaupun kat depan tu ada kereta yang sesak dan banyak. Kusss semangat dada aku ni. Peliknya tak pulak driver tu marah or maki hamun. Dia relax ajer. Ooo...maknanya di sini dah menjadi perkara biasa. Kalau kat negara kita....silap-silap parang melayang. Motor boleh cross the road secara tiba-tiba. Korang just imagine camana.


inilah hotel yang aku stay tu....memang kat sini banyak hotel yang berbentuk begini...tapi kat dalam mantapp!!! Bangunan hotel ni nampak kecil di depan tetapi ia memanjang ke atas.

hotel aku tu yang warna kuning dan nampak tak bangunan putih di belah kanan tu...itulah Ben Tanh Market yang popular di kalangan orang Malaysia...tempat shopping..hehehe.

bersedia sebelum berangkat ke kilang Lacquerware Handicraft dan Cuchi Tunnel.

dah sampai pun...


Destinasi pertama yang kami singgah ialah kilang pembuatan lacquerware. Yang uniknya di tempat yang kami pergi ni, kerjatangan ini dibuat oleh golongan OKU. Sangat kreatif, teliti dan cantik pembuatannya. Kagumlah...at least ada disediakan kerja untuk golongan OKU ini.

Lacquer and producing lacquerware had been known to the Chinese since at least the Shang Dynasty (c. 1600 BC – c. 1046 BC) era in China. This can be seen in the existing lacquerwares produced, mostly of ritual cups, dishes, and wooden chest boxes with a lacquer finish across the surface. Many of these priceless ancient Chinese or Japanese lacquer artifacts can be found in private collections and museums.


tengok tu.... telitinya dorang buat....dengan penuh kesabaran



ni dia lacquerware yang dah siap jadi...cantikkan...



ringan ajer lacquerware ni...tengok tu senang ajer aku pegang...

masa penerangan tentang produk ni aku pun sibuk berposing...so tak dengar penerangan pembuatan lacquerware ini..heheheh

cantik...tetapi harga di sini sangatttttttt mahal hokay. Aku beli gak tetapi bukan di sini...aku beli kat nite market ajer.....murah gitu!!!

sajer nak bermesra dengan pak harimau ni... anda berani????


corak pakaian tradisional wanita vietnam...nice.


tau tak corak yg putih tu diperbuat daripada apa? daripada kulit telur ok!!!




kami berada di sini lebih kurang 45 minit. Then kami bergerak pula ke Cuchi Tunnel pula....tunggu yea aku bersambung lagi!!!!!

3 comments:

Anonymous said...

salam.akak tau x kilang bt dress wanita kt mne?

Anonymous said...

hai..macamana u book saigon pink2 ni? i call diorg haram x angkat..kalau u ada number dia tolong bgtau...kot2 my number salah.tqqqq

Anonymous said...

Hi As salam, dlm byk2 blog travel ke ho chi minh.. your blog is very impressive. padat dengan information. Boleh tau tak ttg. ground arrangement kat sana. boleh tak booking/cari di sana. Susah atau senang? dan how about price.. especially May Tao (delta mekong). TQ.