Ads

December 19, 2009

Day 9 : Europe Tour (Amsterdam, Holland)






Sebaik kami tiba di Amsterdam Central Station, kami terus keluar dari situ untuk mencari makanan. Masa ni dah lapar sangat sebab sejak tiba di Amsterdam pagi tu terus gi Zaanse Schans. Memang belum jamah makanan apa-apa.

Kami terus mencari makanan dan keluar daripada station tersebut. Plan nak mencari Indonesian food coz kami lapar nasi masa ni. Kat sini memang tiada masalah nak mencari halal food because ramai Indonesian here. Indonesia kan tanah jajahan Belanda. Memang bersepah-sepah lah orang Indonesia di sini.

Nama tempat yang kami lalui ini ialah Damrak. Aduhai...ramainya orang di sepanjang Damrak area ni. Manusia lalu lalang berpusu-pusu. Di ketika ini masih hujan renyai-renyai. Sejak pagi tadi tak berhenti hujan turun. Memanglah tersangatlah sejuknya.


Amsterdam Central Station



lihatlah manusia yang ramai....this is Damrak area...

Amsterdam is known as Sex City..... so jangan terkejut tengok Sexmuseum ini..

bila dah sampai negara orang...rugi kalau tak explore segala yang ada....so aku gi Sexuseum ini dengan M....harganya EUR3 untuk seorang...huhuhuhu....

this is Damrak area... hotel aku belah kiri...dan Red Light District belah kanan....

Inilah Red Light District....happening di waktu malam sahaja...huhuhu...


Sudah tentu ramai ketahui tentang keistimewaan di Amsterdam. Negara ini membenarkan prostitute dan ganja. Makanya pembelian ganja amatlah berleluasa di sini....open market dan tidak menjadi satu kesalahan di dalam undang-undang negara Holland. Kalau nak tengok prostitute...maka tempatnya ialah di Red Light District. Nantilah aku citer pengalaman aku berjalan- jalan dengan M di kawasan ini.

Tadikan aku ada citer pasal kami mencari-cari Indonesian food. Disebabkan dah tak larat berjalan jauh, kami plan nak makan apa saje if terjumpa halal food restaurant di kawasan ini. Akhirnya kami decided nak makan kebab aje. Tu dia... dah nampak Kabab House di lorong belah kanan sepanjang Damrak area ini. Aku order nasi and kebab. Aku memang lapar nasi masa ni. Kalau u all nak tahu...di sini tidak ada nasi putih tau...tetapi dihidangkan macam nasi minyak. Bolehlah tu...lapar punya pasal. Restoran yang kami pergi ni adalah restoran arab dan kami nampak ada surau sekali.

restoran tu belah kanan....

inilah Kabab House yang aku maksudkan......

harga sepinggan ini ialah EUR8.50



Selepas kami kekenyangan, kami plan nak bergambar di tempat yang punyai sign I AMSTERDAM. Before this aku dah search kat internet...how to go there. Aku kena ambil tram ke situ dan turun di Hobbemastraat. Then, kami ambil tram dan kena bayar EUR2.60 dan ticket itu boleh digunakan dalam masa sejam. Boleh juga turun di mana-mana perhentian.

Sepanjang perjalanan kami menaiki tram, aku mengambil peluang ini untuk melihat-lihat bandar Amsterdam. Bandar ini memang sesak dengan manusia dan sangat happening. Bangunan didirikan sangat unik dan apabila kita melihat bentuk bangunan tersebut automatik kita akan ingat Amsterdam.

Ketika ini macam dah nak hampir ke malam. Aku memang nak sangat mengambil gambar di sign I AMSTERDAM ini. Aku mesti pastikan berada di sini sebelum malam. Ketika kami sampai hujan masih turun dan agak ramai di tempat ini. So, agak berebut-rebut dengan tourist lain untuk mengambil gambar di sini. Ada aje orang menyelit...tension pulak aku. Ambil ajelah mana yang sempat. Di belakang sign ini aku nampak Rijk Museum. Tak pergi pun sebab aku memag kurang berminat dengan museum. Untuk pengetahuan semua, di Holland ini memang mempunyai banyak museum....beratus-ratus museum terdapat di sini.



bukti yang aku berada di Amsterdam.......



Semasa di dalam tram, aku dah nampak Amsterdam Hard Rock Cafe. So, dekat aje dengan tempat I AMSTERDAM tadi. Kami berjalan kaki aje ke sini. Masa ni dah mula gelap dan terlalu sejuk. Di HRC ini aku sempat membeli 2 helai t-shirt untuk aku sendiri dan satu lagi kiriman teman blogger, Sepul. Lokasinya di tepi sungai dan nampak cantik dan strategik. Tetapi HRC Shop di sini sempitnya. Pulak tu ramai orang ketika aku sampai. Masa nak beli susah betul nak memilih-milih. Tak banyak choice di sini berbanding di HRC Paris.

Then, kami naik tram semula dan terus cari hotel untuk check-in. Rupa-rupanya hotel kami dah dekat betul dengan tempat kebab yang kami makan tadi. Lokasinya sangat strategik. Di bawah hotel kami terdapat banyak kedai jualan barangan souvenir dan di depannya pula ialah Red Light District. Ikutkan kalau berjalan daripada Central Station tu...hanya 5 minit berjalan sahaja. Kami stay di DamHotel. Terletak di antara Dam Square dan Central Station . Memang tidak menyesal kami memilih hotel ini.

Kami memang bersyukur sungguh sebab tidak membawa luggage yang berat dan besar tu. Hotel ini tiada lift. Tangga untuk naik ke bilik hotel kami punyalah tinggi. Bilik untuk 4 orang yang kami tempah mempunyai 2 katil double decker dan bilik agak besar dan selesa. Harga semalam untuk seorang di hotel ini ialah EUR22.25 (RM113). Murahkan!!!. Maaf, lupalah nak ambil gambar bilik.




Lepas mandi semua, aku dan M keluar untuk berjalan-jalan di bandar Amsterdam ini. Hujan masih turun ketika ini. Kedai-kedai souvenir di sini tutup pada jam 10 malam. Tempat ni memang happening lah di waktu malam. Masa kami berjalan-jalan tu...tiba-tiba aku ternampak sign I AMSTERDAM berhadapan dengan Red Light District...rupa-rupanya di sini pun ada. Baru aku tahu...sign ni bukan ada satu sahaja malah bilangannya banyak di sekitar bandar Amsterdam ini. Leerrrr... barulah aku tau...hehehe.

Then, aku dan M berjalan-jalan di Red Light District. Fuhhyooooo punyalah ramai tourist di sini. Aku melihat depan mata aku sendiri bersepah-sepah prostitue di dalam bilik kecil bercermin..huhuhu. Bilik itu diterangi dengan lampu warna merah. Macam-macam rupa...macam-macam bentuk dan macam-macam saiz. Huhuhu...aku tergelak pun ada. It was something new for me. New experience!!!!. Orang jual ganja bersepah-sepah di kawasan ini.

Actually aku seram gak lalu area ni tetapi disebabkan M ada bersama aku...so ok aje lah. Malam tu aku memang malas nak bawa kamera DSLR aku yang besar tu. Aku hanya bersantai tidak membawa apa-apa kamera. So, malas nak bergambar pada malam tu. Aku memang nak enjoy myself bersama M malam tu. Kami jalan-jalan...kami lepak-lepak...kami gelak-gelak....memang kami enjoy sangat-sangat. Huhuhuh malam yang sungguh romantik bagi kami. Malam kenangan kami di bumi Amsterdam. Lupa segala masalah....memang betul-betul aku happy.

Sorry aku memang tak ambil gambar suasana di Red Light District. So, gambar-gambar kat bawah ni aku google aje di internet. Bila tengok gambar di bawah, u all dapat taulah macamana kehidupan malam di bumi Amsterdam ini.


gambar ni google di internet.....nampak tak lampu merah dalam cermin tu

tu dia...... pilih aje mana nak..huhuhuh

sedang bargain harga...hahahaha....


8 comments:

che'Burn@che'Qis said...

fuyyohh!!!...i loike red lite district!

kalo nk g sane kene 'single'...xleh b2..haha

so sape nk ikot??? (sory wifey2 sumer xleh itot)..hahaha..

en sepul musti nk join kn?..haha

nurman?? (tersenyum~..)

Leez said...

che burn - hello...hello...hello

semua yg dah berkahwin (burn, sepul, nurman) tak sesuai pergi hokay!!!
Maksu dan Song jugak yang sesuaiiii....ahaks!!!!

@xiM said...

amboihh kan main mat salleh tu duk bargain harga..hehe

bestnya kalau dapat amik gambar kat AMSTERDAM punya tulisan tuh..:)

che'Burn@che'Qis said...

amboii gatalnye che abang nihh!!!

Leez said...

Axim -

Gitulah mat salleh..memang selamba. Kat sana nak kissing tgh jalan pun memanglah lagi selamba...huhuhuh...

yess...amik gambar kat sign I AMSTERDAM tu memang wajib kalau dah berada kat sana....

Leez said...

Qis -

Hahaha...tu ler orang lelaki.....

MOLY said...

ni kalau encik sepul tgk musti dia suka
hahahaha !!!

qis .. jom jom kta gi sama
kita g yg tempat lelaki pulak
hahaha !!!

MaksuHakim said...

Lily
kalau tmpt lelaki yg lily pegi..maksu nak join..booley?