Ads

December 2, 2009

Day 1 : Europe Tour (KL to Stansted, London)




Pada tanggal 14hb Nov setelah penantian hampir 6 bulan lebih, akhirnya aku pergi jua ke London. Tempat impian ku selama ini. My dream country. Sejak dari kecil lagi aku memang nak sangat menjejaki bumi London. Sebab itu aku betul-betul struggle cari duit untuk mencapai impianku ini. Alhamdulillah, aku sampai jua dan syukur padaMu Ya Allah atas rezeki yang diberi dan aku bermusafir keranaMu.

Plan nak gi naik bas dari KL Central dan minta adikku Izam hantar ke sana aje. Aku tak nak menyusahkan sesapa untuk menghantarku terus ke LCCT...almaklum jauhkan. Entah macamana my cousin Yat volunteer to send me to LCCT. Thanks Yat for your help. Together with my mum kami bertiga ke LCCT Sepang. Sampai di LCCT, temanku Siti dah pun sampai dan aku orang yang kedua tiba. Kak Mazni belum sampai lagi masa ni. Hanya kami bertiga pergi ke London.

Sebenarnya aku dok risau pasal luggage aku yang terlalu berat. Sebelum pergi dah 30kg berat beg aku. Yelah aku bukan sahaja membawa barang-barang aku, malah aku juga membawa barangan kiriman my dear friend kat London tu. Banyak juga barang-barang yang dikirim oleh ibunya. So, tak baik menghampakan kiriman orang. Setelah campur tolak barang-barang kami bertiga, kami kena bayar RM60 for excess baggage. Huhuhu...banyak gak. Bayar ajelah. Pak Tony sajer nak kerat kami.


sambil menanti untuk check-in..
Inilah flight kami ke London.... Raiders


Aku gi London naik Air Asia aje. Tambang murah dan rasanya tak payahlah aku membazir naik airline lain. Baik duit tu aku buat shopping. Itu pendapat akulah. Bagi aku yang pertama kali naik AirAsia X Sdn Bhd, memang berbaloilah. Tempat duduk selesa dan aku dapatlah juga terlena kejap sebelum sampai ke London. Flight ni delay about 15 minutes sahaja.

Tidur-tidur ayam aje coz dalam hati ni excited sungguh. Asik tengok jam bilalah nak landing ni..hehehe. Perjalanan ini direct ke London dan mengambil masa 13 jam. Sekali ajer aku bangun untuk ke toilet. Regangkan otot dulu sebelum duduk semula. Flight ini dipenuhi dengan Mat Salleh....ada sebilangan orang Melayu dan India. Orang Cina tak berapa ramai sangat. Oklah bagi aku.....berbaloi dengan harganya. Cuma yang tak best....dalam ni tak ada petunjuk peta di mana kita berada sekarang. Main agak-agak aje...ooo skrg kat India....oooo skrg kat Rusia....itu yang tak bestlah. Kalau nak tengok VCD, ada disediakan dan akan dikenakan bayaran tambahan. Tapi aku memang takda mood nak tengok video semua. Aku hanya lelapkan mata dan borak sikit-sikit dengan Siti.


with Siti...

suasana di dalam penerbangan


Sepanjang 13 jam tu, kami disediakan dengan 2 kali makan iaitu Nasi Beriyani Ayam + Air Mineral dan sekali lagi Nasi Lemak + Air Mineral. Oklah nak alas perut. Memang aku dah booking thru online termasuk meals, insurans, seat number and baggage. Kesemuanya kos aku amik AA ni ialah RM1900...sangat berbaloi-baloi.

Lepas take off....after 2 hours barulah disediakan makanan....then about 2 hours before sampai London, barulah disediakan makanan yang kedua itu. Lama gak nak tunggu makanan kedua tu. Nasib baik aku ada bawa bekal kueh karipap dan cucur badak untuk alas perut.

nasi lemak and air mineral


Selepas 13 jam di perut kapal terbang, kami selamat sampai ke bumi London. Masa tu jam menunjukkan ke pukul 10 malam waktu London. Agak besar jugak airport ini....airport tambang murah aje mcm LCCT tapi lebih besar daripada LCCT. Before sampai ke pihak imigresen, kami kena naik train dulu. Agak panjang juga beratur sebelum kami kena bersoal jawab dengan pihak imigresen. Kami berkumpul in group... bertiga. Sangat senang dan tiada masalah yang timbul. Everything okay dan Alhamdulillah tak banyak yang ditanya. Soalan yang di tanya ialah :


1. How long you will be staying in London? 2 weeks

2.What are the purpose you are here? holiday...Europe Tour

3. Where are you going to stay? My friend's house in Northampton

4. What is he doing here? Working and part time studying

5. How long he has been staying here? 4 years....


Then, imigresen tu senyum kat kami and says have a good journey and enjoy your holiday. Alhamdulillah semua lepas. Pastu pikir pasal kastam pulak. Sebab dah malam kan....kastam pun tak ada. Fuyooooo...selamat lagi. Yelah dalam beg kami ni segala benda makanan ada...takut tak lepas aje. Memang airport sini sangat ok berbanding kat Heathrow Airport. So, aku suggest kat korang kalau taknak ada masalah masa nak masuk London, better amik AA coz landing kat Stansted Airport.

Temanku, M dah sedia menanti kami di bahagian ketibaan. He looks so different dengan gaya rambut The Beattles and dah kurus gitu. Nampak mudalah you my dear. He hugs me. Hehehe. Then kami terus ke rumahnya di Northampton... perjalanan selama sejam 20 minit dari Stansted Airport. Sejuknya malam tu...memang aku dah standby dengan baju panas. Sampai rumahnya, kami dijamu dengan masakan yang dimasak oleh M. Aku disediakan bilik seorang dan temanku Siti and Kak Mazni berkongsi bilik lain. Lepas makan, kami pun tidur.


Siti and Kak Mazni...masa ni beratur kat imigresen


12 comments:

!eNa PnG said...

wah... nie baru nak mula crita... x sabar nak tgk apa yg akak shopping kat sana :x

[siti] said...

Saya pun dr kecik mmg dream to jejak kaki to London. tp bile la nk dpt g agaknye. hehehe.

liadevega said...

Hai Syarliz,
Thanx for the detail story, my parents nak pergi London naik AA bulan 4 ni and hopefully my family will be going soon too.

Glad that you show the inside of the plane. I baru balik dr Gold Coast naik AAX, and the flight was so bad I tell you, seat kecik and tak leh recline..mmg I serik nak naik AA punya long-haul flights lagi esp when bringing kids...but yr flight looks much better..maybe I'll reconsider.

Thnx for the tips, keep on posting!

BuzuEdiany said...

Wahh sis...excited nak read entry day 2 dan seterusnya...berkobar2 lak rasa...tgk ur pics pn dh semangat and tersenyum2 laks...

MOLY said...

akak nampak comeyyyyyyy
:D

@xiM said...

thanks for the tips!!

:)

seronok baca..

wish to be there one fine day..:)

Unknown said...

ye la..i pun br balik gold coast early of this month...seat dia kecik not as per gambar yg sis tunjuk ni..cuma ada tv aje depan seat tu..i might consider AA if going to london...my dream country gak..huhuhu

Leez said...

Iena-png - Gambar2 shopping nanti kak leez masukkan...tunggu yeaa

Siti - Boleh Insya Allah sampai nanti. Kena plan betul2..

Leez said...

Liadevega - i pun dr pasal ramai tak puashati dgn seat AA ke Australia. But flight to UK lain sikit....oklah for me. Selesa dan agak besar gak. Ramai kata MAS tu tak sebesar itu....sempit sikit.

Leez said...

Buzu - Ada byk hari nak cover...harap sabar menanti dan terus membaca.

Lily - Eeee...tak ler comel. Muka kak leez dah kering mcm sunburn plak skrg ni...padahal kat sana sejuk aje.

Leez said...

Axim - Insya Allah boleh pergi. Kena plan betul2 dan kumpul duit awal2....i spent about RM12K for this trip.

Risya - I heard ramai not satisfied with AA flight to Ausie. But this flight to UK is ok for me.

UbaNassah said...

wah... teruja aku baca journey ko... nie ler tmpt soklah aku for 3 yrs sepatutnya huhuhu.. xpe plan present paper byk2 kat situ ler nanti... insyaAllah