Ads

December 3, 2009

Day 2 : Europe Tour ( Madame Tussauds, London)




Perjalanan ke London agak jammed. Biasalah bila dah sampai kota besar London keadaan traffic jammed tidak boleh dielakkan. Kami sampai Madame Tussauds agak lewat gak.....hampir jam 2.30 petang. Pening jugak nak cari pintu masuk ke Madame Tussauds ni...agak complicated. Akhirnya kami jumpa selepas pusing sana sini turun naik sana sini. Rupa-rupanya kaunter ticket di bahagian atas.

Harga ticket untuk seorang ialah GBP25. Kalau anda beli online dapat discount 10% from that price. Itulah silap kami tak booking online. So, kena bayarlah dengan harga penuh. Disebabkan kami datang pada hari Ahad, so agak crowded dengan tourist di sini. Pening kepala aku.

Nak amik gambar pun susah. Berebut-rebut tau. Aduh...ni yang buatkan mood aku hilang. Aku tengok ramai pelancong dari negara India. Pelancong Malaysia pun ada....pandang gitu-gitu aje. Depa tak senyum pun...orang Melayu tu. So far aku jumpa orang bangsa lain memang tak lokek nak senyum tapi sedih dengan bangsa sendiri. Kalau jumpa student Melayu memang ok...depa akan senyum but kalau jumpa tourist Melayu...huhhhh sombong betul. Lantak depalah.





Disebabkan ramai sangat orang kat dalam ni...aku pilih mana-mana celebrities yang aku suka aje. Malas nak bergambar dengan setiap celebriti yang ada. Di sini yang aku jumpa, celebriti dari layar entertainment, tv/radio, sports, politicians, karakator, pemimpin negara dan macam-macam lagi. Ada yang aku amik gambar depa aje. Aku malas nak posing sama. So, yang aku letak kat dalam blog hanya pilihan gambar yang aku suka. Ada banyak lagi tapi aku tak masukkan di sini.

Lebih kurang 2 jam jugak aku spent time kat sini. Hanya kami bertiga aje iaitu aku, Siti dan Kak Mazni. My dear M tak masuk coz dia kata , dia dah pernah masuk. So, dia tunggu di luar aje. After dah habis cover semua, aku text M and we all beredar dari situ.






















Selepas kami beredar dari tempat tu, aku dah rasa lapar sangat-sangat. M ajak kami makan kat area Wembley. Sebenarnya kami ada bawa bekalan meehoon. So, sementara nak sampai Wembley, kami jamah meehoon tu dalam kereta buat alas perut. Wembley area dekat dengan Stadium Wembley. Di sini banyak dijual makanan Halal dari India, Arab dan Pakistan. M ajak kami makan tosei dan roti canai goreng di restoran halal Sri Lanka.

First time aku makan roti canai goreng sini. Memang berbeza...tak ada kat Malaysia pun. Sedap yang amat. M orderkan 2 hidangan dengan perisa berbeza iaitu yang ada telur dan yang ada mutton. Aku suka 2-2...memang sedap. Sepinggan roti canai goreng tu ialah GBP5. M kata mat salleh sana boleh habiskan sepinggan seorang. Kami yang ramai-ramai ni pun susah nak habiskan 2 pinggan tersebut.

Then, kami pulang semula ke Northampton. Nasib kami tak baik coz highway jammed teruk coz ada accident. Kesian kat M memandu dalam keadaan jammed. Sampai rumah dia agak lewat dalam jam 11 malam. M kelam kabut baru nak packing bag for our Europe Trip next morning. Malam tu kami tidur 2 jam sahaja kerana kena bergerak awal pagi untuk ke St Pancras International Station naik Eurostar ke Paris.


roti canai goreng....... sedap gilerr




7 comments:

liadevega said...

Abt org melayu yg buat sombong bila jumpa kat overseas tu...mmg! Dunno la kenapa sstgh org camtu. I tried senyum few times, tp depa buat cam tak nampak je...so I stopped smiling after that. I guess ni ada kena-mengena ngan sentimen dengki tak leh org lebih kot...aparaa.

And the roti canai goreng, where is the roti?

che'Burn@che'Qis said...

haha..1st commentor lg..

wah, pics was nicely taken!great job..but wait, wheres 'mr m' pic????? aiyo..haha..

erm, roti canai tuh nmpak marbeles!!huhu...perot trus lapar..

che'Burn@che'Qis said...

cisss...ade org lg awl!hahaha..

che'Burn@che'Qis said...

kak leez,

roti canai tuh nmpak mcm kuey goreng jerkkk..pelikk..uhuhuh

che qis

Leez said...

liadevega - memanglah i pelik org Melayu kita ni..sombong tak bertempat. Sentimen dengki mendengki ni memang betullah especially those ppl yg muda2 ni. Ayooo.....malu betul dgn bangsa sendiri.

Roti canai di potong2 kecil...then digoreng semula mcm mee goreng...ada perisa telur and another one is mutton...sedapppp....

Leez said...

Burn n Qis - Aduhh...siap nak jadi 1st commentor tu..hehehe.
Gambar Mr. M... i dah letak kat entry baru...just badan aje...cukuplah yea. Sorry dia tak nak gambarnya dipaparkan di sini.

Roti canai tu memang marbeles.....teringat2 lah pulak.

Sangkuriang said...

Bab orang kita sombong kat overseas ni mmg x dinafikan...

Most of them cam gitu...senyum pun x nak...apa daa..