Tahun 2009 meninggalkan kita... Maka tahun 2010 pula menjelma..
Banyak sangat kenangan-kenangan indah aku di tahun 2009 yang sudah tentu akan tetap menjadi ingatan aku sampai bila-bila. Kenangan pahit pun ada juga.... aku tak mahu fikir pasal tu. Biarlah ia berlalu begitu sahaja.
Kenangan indah 2009 :
1. Sejak aku start blogging tahun 2008, aku sudah mengumpul lebih ramai teman-teman yang terdiri daripada blogger dan juga bukan blogger. Mereka terdiri daripada follower blog aku ini, pelanggan business Crocs, pembeli choc cake/kueh raya dan pencinta travelling blog. Thanks pada anda semua. Andalah sumber inspirasiku untuk bekerja keras mendalami selok-belok dunia blogging dan terus mencintainya. Hidup aku sudah kembali ceria dengan dikelilingi teman-teman blogger yang serba-sedikit mengisi ruangan hidup aku.
2. Rezeki aku murah tahun ini. Sebelum ini aku segan nak berniaga dan menjual barang. Tetapi dengan adanya blog ini, aku start berani mencuba dunia perniagaan kecil-kecilan. Satu perasaan yang seronok dan membuatkan aku busy seketika dengan dunia baru ini.
3. Aku suka travelling. Alhamdulillah aku sempat berjalan-jalan ke beberapa tempat. Tahun ini aku dah berjalan ke Jakarta/Bandung (walaupun dah pergi banyak kali), Bali (juga dah banyak kali pergi) dan destinasi yang paling aku idamkan iaitu Europe Tour. Semua destinasi tu menjadi kenangan terindah dalam hidupku.
4. Sejak aku mengenali Facebook, aku jumpa balik kawan-kawan lama aku yang dah lama terpisah sejak zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan teman tempat kerja lama. Selepas itu, ada yang aku hanya contact melalui phone dan ada juga yang aku membuat pertemuan dengan mereka. Seronok sangat. Macam-macam cerita lama terkeluar dan sudah tentu kenangan indah dalam hidup aku.
5. Aku peliklah tahun 2009 saham aku betul-betul naik. Huhuhu. Macam-macam orang aku kenal dan macam-macam orang nak berkenalan dengan aku. Ada yang dari Malaysia dan ada yang di luar Malaysia di mana aku kenal mereka melalui percutian aku di tempat-tempat tersebut. Semuanya aku layan baik dan ada yang aku tolak dengan penuh diplomasi. Di tahun ini juga aku makin rapat dengan M.
Azam aku di tahun 2010 :
1. Bekerja keras mencari rezeki lebih sikit. Memberi yang terbaik kepada syarikat yang aku bekerja sekarang.
2. Lebih mendekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan amalan akhirat. Kita hidup ni pun entah sampai bila. So, bersiap sedialah apa saja amalan. Insya Allah semoga doaku dimakbulkan Allah.
3. Ingin selalu disayangi dan dikasihi oleh sesiapa sahaja yang dekat dengan diriku sama ada keluarga, teman-teman dan orang tersayang.
4. Azam nak meneroka lagi ke negara-negara lain yang aku belum jejak lagi. Aku aim nak jejak Australia pulak. Insya Allah ada rezeki aku akan sampai juga. If ada duit lebih nak pi London lagi..jumpa yang tersayang.
5. Kalau jodoh dah sampai...tentulah itu yang aku harapkan. Semua tu rezeki Allah. Jika pintu rezeki tu nak datang...tentulah ia akan datang juga. Insya Allah. Doakanlah yang terbaik untuk aku dan masa depan aku. Dengan siapa...itu semua urusan Allah.
2 comments:
haaa .. dah pop up pun !!
senang saya nak mengomen :D
anyway, happy new year akak !!
semoga 2010 memberi erti yg lebih bermakna buat kita semua
muahhhhhhhhsss !!!
Happy New Year Lily!!!
Mesti tahun ni seronok kan...sebab dapat baby!!!..bestnya......
Post a Comment