Hari ke 8 kami di bumi Europe. Kami akan meninggalkan Switzerland dan menuju ke negara Amsterdam pulak. Sedihnya nak tinggal tempat ini. Negara yang sangat cantik dan tidak mungkin aku lupakan kenangan manis aku di sini. Sangat indah tidak terkata. Di sini jugalah aku pertama kalinya memegang salji. Ohhh.....indahnya.
Pagi tu kami ke bandar Zurich untuk menaiki night train ke Amsterdam. Sepatutnya kami plan nak gi belah tengahari tetapi lebih baik pergi awal dan at least we still have time untuk berjalan-jalan di bandar Zurich sebelum ambil night train nanti. Night train tu bertolak pada jam 8.30 malam dan ada lah juga masa kami di Zurich nanti.
tengoklah luggage kami yang besar tu..
ni kat train station di Interlaken Ost.
Perjalanan dari Interlaken ke Zurich mengambil masa 2 jam. Kami berhenti di Bern dan tukar train sekali sahaja untuk ke Zurich. Harga ticket ialah CHF31.50 (RM106) selepas diskaun 50%. Sampai di Zurich Main Station jam menunjukkan ke pukul 12.00 tengahari. Di sana kami simpan luggage di locker berkunci. Just bring our small backpack. Aku tak bawa pun coz M yang tak bagi bawa. So, i bawa camera bag aje. Di Zurich Main Station tu ada juga beberapa kedai shopping. Aku sempat membeli perfume di sini. Aku belikan 2 botol 50ml perfume for my mum and my brother. Murah hanya CHF10 (RM34) sahaja after diskaun.
Aku memang tak buat apa-apa research pasal bandar Zurich ni. Ikutkan plan kami, we have only 3 hours here. So, mungkin tak ada masa nak jalan-jalankan. Tapi disebabkan kami sampai awal pulak, ada lagi 8 hours kat sini before naik train ke Amsterdam. So, kami berempat berpecah 2 mengikut arah masing-masing. Plan to meet up kat bahagian locker tu at 8.00pm.
So, aku berdua sahaja dengan M berjalan-jalan di bandar Zurich. Memang dekat sangatlah dengan main station tu. Keluar aje, dah nampak this town and shopping area. Ramainya orang macam ulat taik. Aku sentiasa pegang tangan M...takut terlepas dan hilang nanti.
tram...
tengoklah manusia yang ramai ni....
One thing yang aku suka bandar Zurich ni ialah bandarnya bersih, bangunan shopping cantik dan unik dan orangnya sangat stylo. Tengoklah pakaian dia orang ni...sangat berfesyen. Aku aje yg sempoi. Aku suka betul tengok fesyen dia orang. Kejap-kejap aku panggil M duduk jap kat bangku di sepanjang jalan tu...hanya kerana aku nak tengok fesyen baju dia orang. Satu lagi aku suka tengok gelagat dia orang bershopping.
Masa ni kan dah nak Christmas...so memang time untuk dorang bershopping sakan. Kat Europe ni tak kiralah kat mana-mana negara, dorang suka bawa anjing berjalan....nak bershopping ke...nak pi makan ke...mesti bawa anjing. Tapi anjing di pakaikan tali lah. Memang comel-comel giler aku tengok. Nak naik train pun masih boleh bawa anjing.
sebab sejuk sangat..... kami minum coffee di Starbuck
shopping area kat sini macam rumah kedai di celah-celah bangunan.....memang bestlah...
tengoklah manusia yang ramai.....
jalan raya boleh digunakan untuk kereta dan tram
Then masa jalan-jalan tu, kami ternampak open market lagi. So, kami singgah jap. Kat sini yang meniaga ramai di kalangan orang asing. Ada yang jual baju, makanan, kasut dan macam-macam lagi. M tanya aku lapar tak..... dia belikan aku vege samosa yang dijual oleh orang Sri Lanka di sini. Aku selalu jumpa orang India kat sini...ramai sangat. Rupa-rupanya mereka ni daripada Sri Lanka dan bekerja ada permit di sini. Sama macam kat negara kita lah...ramai orang Indon dan Bangla.
Then, kami jalan-jalan lagi dan mengambil gambar sana sini. Ishhhh macam mimpi pulak aku berada di bumi Zurich ketika ini...bersama M pulak tu. Cuaca di luar sangat sejuk melampau. Then, kami rehat jap kat tepi sungai sambil borak-borak dengan M. Sambil borak kami perhatikan gelagat orang Swiss di sini. Gitulah keadaan kami untuk menghabiskan masa.
Lepas tu singgah pulak di McDonald...we just eat potato chips. Masa ni perut memang lapar giler. So, dengan minum hot chocolate and chips cukup mengenyangkan. Kami makan kat luar open air...fuhhhh sejuknyaaaa.
open market at Zurich
nampak twin tower tu??? Zurich twin tower
posing aje....tidak beli pun...
shopping mall yang sangat happening...
Masa ni dah mula gelap...jam menunjukkan jam 5 petang. Aku nampak ramai betul orang yang bawa beg Zara tetapi aku tak jumpa pun mana kedainya. M tolong tanya kat salah sorang daripada mereka dan akhirnya kami jumpa juga. Aduhhhh mahallah kat sini. After dan convert to RM pun masih mahal. Tapi tengok orang sini shopping di Zara butik macam beli baju kat Maiden..hehehe. Punyalah ramai orang dan berebut-rebut...ishhh.
After that, aku gi ke kedai depan Zara sambil dok belek-belek blouse...oklah murah sikit kat sini. M tolong carikan baju untuk aku dan we talk in Malay language. Then, tiba-tiba ada seorang Chinese lady sapa kami. " U orang Malaysia ke?"...aku kaget seketika coz di bumi Zurich ada orang tegur aku dalam Bahasa Malaysia. Rupa-rupanya lady ni juga orang Malaysia. Namanya Karen... very nice lady..tengok tu bangsa lain peramah nak tegur kita but what happen to bangsa sendiri..hmmmm. Kami berborak sakan di sini. Ramahnya dia dan sangat baik. Ingatkan kejap aje rupanya dia kata nak joint kita orang borak-borak pulak. Alahai terharunya. So, after aku dah bayar baju yg aku beli tu, kami ke Main Station semula. Karen ajak kami minum coffee di sini dan dia yang belanja kami. Baiknya hati dia.
Sebenarnya Karen ni dah 5 tahun menetap di Zurich kerana bekerja. Setahun sekali dia akan balik ke Malaysia. Bahasa Malaysia dia sangat fasih dan tak kekok pun. Lama juga dalam 3 jam kami berbual. Then, dia siap hantar kami ke train di mana kami akan naik ke Amsterdam. Siap melambai tangan sampai train bergerak. Baiknya dia ni. Kami exchange phone number dan ada sekali dia text aku mengatakan di Zurich sekarang sangat sejuk dah snowing...wahhhh bestnyaaaaa.
No comments:
Post a Comment