Ads

December 2, 2009

Day 2 : Europe Tour (Northampton- London)


Hari kedua kami di UK dan ketika itu cuaca ok tetapi agak sejuk juga iaitu 10 degree. Pagi-pagi kami dah bangun dan bersedia untuk memasak di rumah M. Aku dan Kak Mazni plan nak buat nasi goreng dan meehoon. M dah sediakan bahan-bahan untuk memasak. Sambil tu aku sempat lagi snapping gambar buah epal yang begitu ranum berbuah di belakang rumah M. Actually itu pokok jiran sebelah rumah M. So, kami telan air liur dari kejauhan ajelah. Boleh aje petik tetapi kena melalui garage jiran sebelah. Itu adalah jenis epal pink lady...mahal harganya ok.

Lepas acara memasak dan breakfast, kami bersiap untuk ke bandar Northampton. Aku plan nak beli winter coat di sini. M kata lebih baik beli di sini kerana harganya lebih murah. Lagipun banyak pilihan untuk size badan macam aku ni. Aku ikut aje cakap dia.


permandangan arah depan rumah M

sewa sebulan di rumah ini ialah GBP600...

aku di hadapan rumah M...



Kepada sesiapa yang sudah biasa melancong ke London mesti tau pasal kedai Primark ni kan. Banyak cawangan kedai ini di merata bandar-bandar di England ni. Harganya memang murah berbanding kedai-kedai yang lain. Cuma bajunya tidak berjenama tetapi masih berkualiti mutunya. Kat sini aku ada beli baju inner berbelang warna hitam dan biru. Sehelai hanya GBP3 sahaja...murahkan. Kualiti kain memang bagus tau.

Aku cari juga winter coat di sini...hmmmm tak da yang berkenan. Untuk pengetahuan semua, kat UK kalau dah musim winter baju-baju yang dikeluarkan di kedai hanyalah sesuai untuk winter time. Jangan haraplah nak jumpa baju musim panas. Kalau ada pun....sikit-sikit aje. No so much choices.


aku di bandar Northampton

Daerah Northampton ni terletak agak jauh sedikit daripada bandar London. Kalau berkereta hanyalah 1 jam 15 minit untuk sampai ke London. Bandarnya tidaklah begitu besar tetapi suasananya damai, aman dan tidak sesibuk kota London. Ada sebuah universiti terkenal di sini iaitu Northampton University. Memang tenanglah Northampton ni...aku suka.

Pilihan untuk bershopping pun banyak. Ada Primark, Marks & Spencer, Morrisons, TK Maxx, Home Bargain dan macam-macam lain. Tak payah gi jauh ke London kalau nak bershopping. Kat sini pun macam-macam ada.


sebelum sale....lepas aku balik tour Europe...bandar ni sesak dgn org bershopping...Krismas sale..

Marks & Spencer

supermarket TKMaxx....aku beli winter coat di sini....GBP25...M belikan untukku...thank you very much dear....luv u!!!

aku banyak borong coklat di sini....murah giler....many choices


Then, after dah beli baju aku kat Northampton, kami bergerak pula ke London. Esoknya kami dah mula berangkat ke Paris. Then balik semula ke London dan takut tak sempat nak cover banyak tempat di London, So, M kata why not kita pergi London hari ini and cover Madame Tussauds dulu. Aku ok aje. So hari tu juga kami ke Madame Tussauds.

Dalam perjalanan ke London, aku sempatlah snapping gambar rumah-rumah di London. Ada rumah banglo...ada rumah flat dan macam-macam lagi. Korang tengoklah sendiri. Sorrylah jika gambar tidak memuaskan coz snapping dari dalam kereta. Masa dalam perjalanan ini, agak jammed di London walaupun ketika itu hari Ahad. Kesian M bersusah payah memandu jauh untuk kami ni. Dia nampak penat sangat. Thanks dear.....


salah satu hostel B&B di London

masa ni dah sampai kota London....


p/s : ketika menaip ni aku masih belum berapa sihat..badan ku masih menggigil lagi...entahlah kenapa aku jadi macam ni....risau pun ada.

2 comments:

yunnyhussain said...

hye..saya pengikut baru blog akak..sgt suke post2 2 semua..best nye boleh travel high end nye tmpt..akak kalau nak kirim fridge magnet every tmpt that u will go?boleh ker? berapa yer kak for the charge?baru nk mula hobi baru ni..hehe

Leez said...

Yunny -0

Hai...thanks for reading my blog.
Ok..nanti kalau i pi mana2 for next trip.. i will update here sesapa nak kirim fridge magnet.
So, kena follow my blog every day kay!!!
Price tak tau lagi...depands on which country i go..