Yeaaa.... Kota Cinta de Paris.... Eiffel Tower!!!
Akhirnya Eiffel Tower berada di depan mataku. Thanks God.. kerana rezeki dariMu aku dapat melihat keajaiban dunia ini di depan mataku...Eiffel Tower. Mimpiku dan anganku menjadi kenyataan.
Konon dulunya nak honeymoon kat sini dengan yang tersayang...tapi apakan daya aku pergi sorang dululah. Di sebalik pergi seorang tu...nasib baik ada geng menemani aku....oklah tu untuk dijadikan teman.
Sesapa yang berada di sini memang boleh merasai suasana romantiknya. Memang benar di kata...Kota Paris ini adalah kota cinta.....kota romantik. Aku dapat perhatikan ramai couples di kawasan Eiffel Tower ini. Very the romantica de amor......
Di sepanjang jalan menuju ke Eiffel Tower ini, aku dapat melihat banyak kedai-kedai jualan souvenir. Sempatlah jugak aku beli beberapa buah fridge magnet dan keychain bentuk Eiffel Tower. Yang bentang kain jual kat tepi jalan pun banyak...kebanyakannya yang jual ramai "Black" di sini. Ramai yang pesan dengan aku...hati-hati dengan beg duit kita di sini. Dorang tahu kita ni tourist and kalau boleh dorang nak paksa kita beli barang souvenir yang dijual.
Aku tak beli pun sebab aku sangat berhati-hati kat sana. Tapi aku geram betul dengan M...suka sangat nak membeli dengan "Black" ni...dia kata murah. Kelihatan juga polis dan askar mereka berkeliaran di kawasan Eiffel Tower ini. Yelah ini kawasan tourist dan sudah tentu mereka hendak menjaga keamanan di sekitar kawasan ini. Sempat jugalah aku saksikan adegan kejar mengejar antara peniaga "Black" ini dengan polis mereka. Seram gak aku masa tu.
Aku lepak lama gak di sini coz aku ingin merakamkan gambar Eiffel Tower ini pada siang hari dan pada malam hari. Kat sini jam 5 petang dah malam. So, masa aku sampai tu lebih kurang jam 4 petang. Lepas puas posing sana sini, kawan-kawanku yang lagi 2 tu plan nak naik atas. Aku malas nak naik coz tengok panjang sangat orang beratur nak beli ticket. So, aku lepak dengan M sambil minum coffee and makan potato chips di bawah aje. Aku pesan M belikan Coke...fuyoooo mahalnya. Tau tak berapa harganya??? EUR5 untuk sebotol Coke yang harganya RM2.50 kat Malaysia. After convert to RM...harga sebotol Coke kat Eiffel Tower ialah RM25.50..... terkejut beruk aku. Kalau aku tau harganya mcm ni...memang aku tak suruh beli. Yang si M ni plak...main amik dan beli aje.
Masa kami lepak kat bawah tu...angin punyalah kencang...sejuk giler mcm nak melayang. Aku dah terketar-ketar kesejukan. So, kita orang plan jalan-jalan cari tempat lepak lain. Banyak betul gangguan dengan para penjual souvenir "Black" ni suruh beli barang-barang dorang. Tak senang aku kat sana.
orang beratur panjang nak beli ticket utk naik ke atas...kalau tak silap aku ticket nak naik atas harganya EUR9.....
Tu dia...dah malam. Sambil makan dan borak-borak dengan M kat bawah, tiba-tiba aku dapat saksikan Eiffel Tower sudah bermandikan cahaya berkerlipan yang sangat cantik. Cantik sangatt!!!. Terus aku terus posing sana sini berlatar belakang kan kerlipan cahaya ini. Memang aku dah plan nak amik gambar dalam suasana siang dan malam. Alhamdulillah tercapai juga.
Aku tak ada kesempatan nak ambil gambar dengan Eiffel Tower dari jauh sebab kekurangan masa. Take time gak nak pergi sana sini. Tak kisahlah dapat ambil gambar dari dekat ni pun rasanya dah bersyukur.
Lepas puas berposing di sini, kami amik keputusan untuk meneruskan jalan-jalan di sekitar Kota Paris pada waktu malam. So, kami plan nak ke Hard Rock Cafe Paris. Kami naik Metro train dan turun di Station Grands Boulevards. From that station, jalan lagi 5 minit dah sampai. Alahai kecil aje HRC di sini. Kat sini aku beli sehelai t-shirt dan beberapa barang lain yang dipesan oleh temanku.
Aku nampak satu group orang Malaysia sedang makan di dalam cafe. Masa nak beli t-shirt tu pun ada satu couple dari Malaysia. Dok jeling-jeling kat aku...tak senyum pun. Hmmm. Masa aku nak posing kat luar tu....group yang tengah makan tu pun sibuk nak amik gambar. Tak tegur pun...pandang-pandang gitu aje. Akau try gak senyum but no responds. Hmmm...inilah muka Melayu-Melayu yang sombong di tempat orang.
Aku ada HRC card yang boleh dapat 10% discount if aku beli apa-apa barangan HRC, makan-makan dll. Aku sempat query kat dorang kenapa tak bagi aku discount 10%. They said in Europe and USA akan bagi point and not discount. Aku tak puashati dan akhirnya dorang bagi aku free Sort Glass. This area memang happening lah...banyak cafe tempat melepak. Plan nak lepak lama lagi tetapi masa ni terlalu penat yang amat. Mata pun dah mengantuk. Kami plan nak balik terus.
Then, kami terus balik hostel. Kaki pun lenguh yang amat. Sampai hostel aku sempat merendam kakiku dengan air panas untuk meredakan kesakitan. Aku sangat berpuashati hari ni coz dapat cover banyak tempat dalam masa satu hari. Plan esok malam nak jalan-jalan lagi kat area HRC tu.
6 comments:
Cantiknya Effel Tower waktu malam!
Anony - Memang cantik!!... pengalaman yg sgt berharga..
Leez....Paris memang best...sempat tak naik eiffel tower tu? Kat atas tu ada post office dan kita boleh kirim postcard berstampkan eiffel tower...rugi tak naik!!!
Orangrawa - Tak naik pun coz malas nak beratur panjang beli ticket. Lagipun hanya boleh sampai ting 2 sahaja...depa tutup utk ke atas puncak.
Leez..I terjumpa blog you and really helpful sebab I akan ke London this June (plan nak pergi Paris sekali)..You rasa sempat tak kalau pergi Paris 2 hari satu malam aje?
Lyn -
Sempat aje ke paris 2 hari satu malam....coz u gi bulan June masa siang panjang. Tapi setiap tempat yg u gi tu tak boleh lama2....kejap2 aje.
Post a Comment