Ads

January 31, 2012

Thanks To My Blog Readers......




Salam. Terima kasih semua...
Tetiba hari ini my blog panas kejap. Panas naper yea???......sebab ramai yang hantar message kat ruangan comment tu nak dapatkan FM percuma hehehe. Terharu plak tetiba. Yang menjadi silent reader...tetiba bersuara. Yang tak pernah tegur aku...tetiba muncul. Hehehe...

Sebenarnya bukan apa....aku saja nak buat surprise. Semenjak aku wat entry pasal Medan trip ni...my blog punya graf daily traffic naik mencanak. Terkejut yang amat. So, tetiba aku terpikir...dari mana mereka semua ini datang agaknya. Aku buat assumption sendiri....mungkin mereka sedang mencari info pasal Medan dan akhirnya terjumpa my blog. Sebabnya...yang tanya aku pasal Medan....punyalah ramai. Bukan takat di blog....kat FB pun ramai yang tanya. Padahal kat FB aku tak upload lagi pic Medan pun. Terima kasih banyak2 setia membaca aku berceloteh di sini....kalau ada bahasa aku yg kasar dalam ni...harap maafkan yea.

Tetiba aku terpikir....camana nak kenal pembaca2 blog ni? Apakata kita bagi gift/souvenir kepada pembaca yang bertuah...wahhhhh tetiba hari ni ramai plak yg responds. Terima kasih banyak2 atas respond dan comments anda semua. Memandangkan aku kata nak bagi kepada pembaca pertama yg memberi komen...makanya seorang sahaja yang berjaya iaitu KASIHREDHA (kak hanim)....tahniah kak!!! Ada satu lagi pemenang.....aku pilih secara rawak aku bagi juga kepada yg bertuah iaitu JOHARI2701@GMAIL.COM (walaupun dia panggil saya Tuan Tanah...takpalah sy bagi juga dia FM free :p)

Kepada : Kak Hanim, John (kakberangan), Syieda, NiL, Suhailizulkifli, Nanie, Mie, Mint, AnggerikBerduri, Rozita, Malina, Harasho, Sue, Johari2701, Ain2984 dan Khai

TERIMA KASIH BANYAK2 MEMBACA BLOG INI....SAYANG ANDA SEMUA !!!!!



Oh yea....bosankan kalau baca blog takda gambar. So, aku tunjukkan 2 keping gambar ketika aku mengikuti aktiviti white water rafting di Kuala Kubu Baru minggu lepas. Best sangat2 pengalaman ini. Nanti next entry aku citer lebih detail lagi yea. Ok byeeee......






p/s - trip ke Melaka belum update lagi...tungguuuu yea.




18 comments:

kasihredha said...

angan2 telah jadi kenyataan...hihi
Thankkkkkksssss Leez
akak membaca blog leez pun sebab dulu cari info pasal turki, sejak tu le tak puas2 menjengok sini...tahnks...hug2

Mie said...

Aktifnya akak ni, semua nak di cuba...

ummi_khalish said...

dil pun selalu baca blog akk..hehehe....cite melaka plak?adui..x sbrnya...dil penah mengidam nk gi melaka mse mngandung khalish...huhuhu...

syieda said...

water rafting pulak.. ish ish ish.. mcm seronok.. ni ngah berkira-kira nak try gak dlm masa terdekat.. tapi mcm takut pun ada gak.so pe kata cik leez, buat entry pasal ni.. agak-agak sempat baca sebelum bertolak, saya try buat kat sana.
hwaiting cik leez!!!

Khai said...

allaaaa...xde rezki.. uwaaaaa T.T

hehe. white water rafting! teringin nak buat tak berkesempatan lagi...

niL said...

Best nya rafting! Dah lama tak join nih!

Rozita said...

Huhuhu tak dapat menang FM. Tak per la (ayat penyejuk hati..ha ha ha. Sebenarnya I mula baca blog leez ni masa cari info nak ke ho chi minh city dulu. Pas tu terus melekat, tak pernah miss baca blog leez. Dan suka cara leez tulis...sempoi gitu. Anyway, terharu gak, nama I di mention.

Joharie said...

As-Salam..Terima Kasih byk2 kerana terpilih juga..huhuhuh..terharu...bertambah FM saya...
Next time,boleh buat water raftig di Kiulu Sabah..lg mencabar..try ler..

Johari2701@gmail.com

Diana Diane Teo said...

Hello there! Saya ingin kasih tau masih saya nak pergi Bandung dan Jakarta tahun lalu dengan mak saya, blog anda juga banyak membantu saya. Terima Kasih! :D

Lain kali kalau saya nak pergi Medan, blog awak lah jadi my research :D

Anggerik Berduri said...

ekhem, cepat sikit update story based on picture above. even takut tp nk tau. :)

hiks, malu plak masuk kat blog glamour. hahaha thanks sis. love you

fini zaini said...

alooo...i tertinggal ketapi plak..huhuhu..

@xiM said...

water rafting di kiulu tak mencabar pun.di KKB ni lagi mencabar

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

thanks akak muahh muahh. Walaupun kita x pernah jumpa...tp rasa mcm dah rapat. Akak boleh email sy tak? nak mintak address.


Mie -

kalau nak tau...sy mmg seorang yg lasak dan suka outdoor aktiviti especially yg melibatkan air. aummmmm....

Leez M. Saaid said...

ummi-khalish -

citer psl melaka nanti yea. Terpaksa melangkah nak citer psl rafting dulu sbb ramai yg mintak...hehehe



syieda -

hanya untuk mu. I baru update part one dulu. nanti i sambung lagi part two...harap ianya dapat membantu anda kay.....

Leez M. Saaid said...

Khai -

nanti cuba lagi yea....i akan buat selalu demi my readers hehehe.
rafting sgt best....baru siap part one


niL -

mula2 takut gal rafting ni....after dah cuba wahhhhh best giler...hehehe

Leez M. Saaid said...

Rozita -

alahhh ciannya. nanti cuba lagi yea. I akan buat selalu insya Allah. Thanks rozita setia membaca blog ini...apreciate it.


johari -

kawan saya kata yg kt KK tu tidak seadvanture di KKB. Anda kena try kat sini plak..jommm.

Leez M. Saaid said...

Diana -

thanks sudi baca lagi my blog. Your blog pun best...i suka jugak. Byk gambar cantik2. Best pergi Medan....u kena try jugak tu.


Aqilah -

Love u too dear. Blog glamer?? hahaha taklah bolg biasa ajer. Ok akak dah update skit psl rafting tu.....

Leez M. Saaid said...

Fini -

ada masa utk kejar....takpa saya tunggu awak...hehehe



Azim -

Jom gi KK kita try kat sana punya. best kan aktiviti ni....i want more.