Ads

January 11, 2012

Day 2 - Weekend Getaway @ Saujana Janda Baik, Pahang





Hari kedua kami di Saujana Janda Baik. Malam tadi tidur dalam keadaan kesejukan dan sangat nyenyak. Kebetulan pulak hujan lebat malam tu. So, pagi kami bangun sangat segar bugar. Aku bangun jer.....my mum bagitau 2 orang maid adik aku dah gi dusun petik buah. Whattt???? sejuk-sejuk mcm ni? Lepas suboh masih gelap 2 orang maid adik aku tu siap mandi sungai lagi tu. Siap berkemban hahaha. Sib baik kami semua masih ketiduran selepas suboh.  

Mereka berdua naik ke atas bukit belakang villa ni untuk memetik buah rambutan. Kat sana ada 2 pohon rambutan yang sangat lebat berbuah. Siap panjat pokok rambutan tu jangan tak tau. Bawak guni sekali untuk kutip durian yang gugur. Dapatlah lebih kurang 10 biji durian yang agak besar saiznya. Disebabkan semalam hujan lebat...so rumput agak licin. Maid adik aku tergelongsor jatuh ke bawah...sian dia. Kalau aku yang jatuh...apa jadi??? Ohh...tidak!!!



Nampak tak pohon rambutan dan durian di sebalik bukit belah kiri pada gambar di atas? Agak tinggi jugak bukit tu. Kalau aku turun naik bukit tu setiap hari...agak2 boleh kurus tak?? ahaksss.....

seguni rambutan yang berjaya dibawa turun ke bawah oleh 2 orang maid adik aku. Ya Allah sedapnya rambutan ni....rupa rambutan ni dah mcm buah pulasan. Rasanya manis dan tidak berair. Best giler!!!!

inilah sebahagian rambutan yang juga berjaya dibawa turun ke bawah. Sedap nak mampus durian ni...tetapi amatlah payah nak kopek sebab baru jer gugur.....kulit masih bergetah.


Pagi tu mama masak nasi lemak. Sambal, ikan bilis, telur timun dah siap bawak dari rumah. Cuma tinggal masak nasi ajer kat sini. So, pagi tu kami breakfast nasi lemak serta lauk-pauk semalam yang masih berbaki.  Panaskan di microwave ajer. Tengahari kami tak masak apa....sebab boleh ulang makan nasi lemak yang mama ku masak tu. 

Lepas lepas tu ialah acara memakan durian dan rambutan pulak. Slurrpppppp...sedap giler uolssssss!!. Then acara yang seterusnya ialah mandi sungaiiiiiii!!. Anak buah aku yang 2 orang tu dah sabar-sabar nak terjun dalam sungai tu....ishhhh sejukkk. Apa dorang kisah....yang penting dapat main air...hehehe.


yeaaaaaaaaaaa.....dah siap pakai baju mandi.....jom kita mandi sungai.

masa ni aku tak mandi lagi...duk sakan snap gambar depa...

kena jalan hujung sikit.....baru nampak air terjun yang comel ini. Aku tengok dari atas jerrkkkk....mak sejuk tau!!!!


Anak-anak dan bapak-bapak sakan mandi air sungai. Villa ini juga menyediakan pelampung tapi kena bayar iaitu RM10 seunit.

 wehuuuuuuuuu......naik atas pelampung dan dibawa arus hingga ke tebing sungai depan villa kami tu. My bro izuan dan anaknya Daniel.

 My bro izam dan anaknya Danish...yang kecik Rayyan tak bawak sebab masih kecil lagi.

 my bro Idham solo ajer sebab anaknya Zarief masih kecil lagi.....lagi satu dia takut air sejuk hehehe

 mereke terus dibawa arus hingga ke hujung...best giler!!!



Selepas mandi sakan dan bersiap dengan pakaian...kami get ready pula untuk BBQ. Kami sengaja memilih wat BBQ waktu petang jam 3 kerana kalau malam agak gelap sikit kat sini. Kesian kat budak-budak tak bebas. So, petang tu kami ramai-ramai membuat acara membakar-bakar. Di antara yang kami bawa dari rumah ialah ayam, daging kambing, daging lembu dan hotdog. Aku juga menyediakan makanan sampingan lain seperti coselaw, potato salad dan nasi minyak. Nasi minyak ni masak di sini ajer.

Sedang asyik membakar...hujan turun dengan lebatnya di sini. Sejuknya masa ni. Air sungai yang jernih menjadi keroh dan sangat deras mengalir. Selang beberapa minit...ia jernih kembali. Lepas habis membakar, acara makan-makan pula. Bestnya makan kat verandah villa ni. Kami makan dalam jam 4.30 petang gitiewwww dan diselangi dengan makan durian lagi. Durian baru gugur uolssss....



tempat BBQ betul-betul di tepi sungai ini.....masa ni cuaca mendung tanda nak hujan.

aummmmmm.......ayam sedang dibakar.....tetiba jadi lapaqq.

coselaw ini aku yang buat...sedappppppppp!!!

potato salad ini kurang menjadi sebab kentang direbus terlalu lama..huhuhuhu. Tetapi tetap sodappppp.

yeahaaaaa ayam dan kambing dah siap dibakar............sodap hingga menjilat jari.

hotdog ini sangat menggoda. Sebabnya dalam tu ada cheese.....auummmmmmm!!!!

permandangan di sekeliling taman villa.....pandangan di bahagian depan. Luas kawasan di sini.

inilah kolam ikan talapia yang aku kata tu. 

sambil berehat dan menikmati keindahan kampung dan kehijauan pohon sekeliling...sangat tenang jiwa dan hati ini.

petang tu dorang pi cari durian di dusun. Tengok tu kena mendaki untuk sampai ke dusun. Petang tu dapat 12 biji durian...auummmmmm!!!!

aku kat bawah ajer...duk kutip durian yang dibaling dari atas bukit. Bestnya pengalaman ini....maklumlah org bandar tak pernah ada pengalaman kutip durian hehehe.



Selepas maghrib sambil melepak dalam villa, kami adakan acara memotong cake pulak. Kebetulan hari sebelumnya ialah besday my sis in law Azam dan Nor. Same date uolsssss. Aku yang belikan cake ni. Cheese and choc cake beli kat Secret Recipe. My bro suruh buat cake......hmmm aku tak sempat nak buat.

As usual tiap kali ada cake...my two nephews tu yang akan duduk di depan cake untuk tiup lilin. Dah mcm depa punya besday kan hehehe. Malam tu sakan masing-masing makan cake. 


muka ceria di depan cake.....





Gambar di atas bersama family tersayang pada malam tu. Lepas makan cake ialah acara bergumpal atas tilam. Siapa mangsanya?? Ahkak lah!!!! Percaya tak keempat-empat anak buah menghempap mak sedara ni beramai-ramai. Sib baik masih bernafas sampai sekarang. Kelemasan ahkak dik non hoiiiii. Budak kecik yang 2 orang tu pun sama joint.....hahahah memang sangat lawak masa tu.

After acara bergumpal dengan anak sedara....kami lepak tengok tv. Malam tu ialah malam tahun baru. Uhukk uhukkk takda bunga api kat dalam hutan ni. Tapi kedengaran gak letupan bunga api dari arah Genting Higland....cumanya tak nampak. Nampaknya kami celebrate new year di dalam suasana kampung. Hehehe...best apa.

Esok sambung lagi......ada acara lain pulak...tungguuuuuuu!!!!!!!



16 comments:

kasihredha said...

sungguh sedap rambutan & durian fresh kan.
Rindukan sungai gak :)

Mie said...

Wah sangat happening. Boleh kujejaki suatu hari nanti...

Akak Kembang said...

maka kata Alin penah ke Janda baik masa kecik2 dulu...dan bila tgk tempat kak leez pi ni mmg best..

Anonymous said...

Sis Leez... i nak mintak number telefon Pak Rizal (supir Medan)... Berapa u punya total cost kat sana? dia booking kan semua accomodation ke? (sorry lari topic sket, baca blog Aximud dia mention u yang book kan Driver kat Medan arituh)

HaNa

Rozita said...

Uii...best betul kat sini. Dapat makan buah durian dan rambutan fresh lagi..

@xiM said...

ayat pilihan dalam entry ni :

Durian sedap nak mampus.

dkecik said...
This comment has been removed by the author.
dkecik said...

salam kak, tumpang tanya sikit.. mkn buah2 tu kita kena bayar harga lain or dah termasuk harga chalet?

sepul said...

haa jumpa izam la haritu kat the curve.
best best... nak nak pi lahhh.
woweee rambutan durian.
woweee ada sosej berkeju. slrupsss.
seronoknyaaaaa bla berkumpula bersama keluarga macam ni.

Leez M. Saaid said...

Kak hanim-

Mmg sedap dn lazat buah2 di sini.....aummmmm

Leez M. Saaid said...

Mie -

Tmpt ni best kalau gi ramai2. Suasana pn mendamaikan.....

Leez M. Saaid said...

Alin -

Mmg best alin and highly recommended. Cuba tgk pd link website tmpt ni.

Leez M. Saaid said...

Hana -

Sila rujuk pd entry medan yg pertama....kat situ i ada attached psl phone number pak sopir tu.

Leez M. Saaid said...

Axim -
Mmg sedap nak mampus pun. So apa masalahnya?

Leez M. Saaid said...

Dkecik -

Durian tesebut adalah free ajer. Owner villa ni bg keizinan utk mengambil buah2an tersebut.

Leez M. Saaid said...

Sepul -

Haah nita ada bgtau hari tu.
Mmg best tmpt ni....maka cepat2 lah booking sebab selalu penuh menurut kata org yg jaga tmpt ni.