Ads

January 24, 2012

Day 2 : Medan Trip - Pasar Buah @ Berastagi & Horison Hotel





Alhamdulillah dah pun sampai ke Berastagi setelah mengharungi jalan yang berliku-liku. Sampai jer di sini...kami sudah merasai suasana dan cuaca yang dingin. Lebih sejuk daripada di Parapat. Masa ni dah lewat petang. Kami plan nak ke Pasar Buah Berastagi dan later baru nak check-in hotel. Sempat call hotel bgtau kami check-in lambat sikit. Sebenarnya malas dah nak keluar balik. Alang-alang kan.....


Berastagi terletak di daerah Kabupaten KaroSumatera Utara. Berastagi merupakan tempat pelancongan Dataran Tinggi Karo. Berastagi terletak jarak sekitar 66 kilometer dari Kota Medan. Berastagi diapit oleh 2 gunung berapi aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Di dekat Gunung Sibayak, terdapat tempat mandi mata air panas.
Aktiviti ekonomi di Berastagi berpusat pada pasar sayur dan buah-buahan, dan pada pelancongan. Etnik yang mendominasi di daerah ini adalah Batak Karo.




Tempat yang pertama kami tuju ialah Pasar Buah Berastagi. Pak Rizal offer kami kalau nak naik kuda di sini. Hmmm....mula-mula tu macam nak naik tapi bila dah sampai di sini...tetiba macam tak jadi nak naik. Sebabnya.....aku tetiba bau kuda itu yang tidak menyenangkan....bucuk hehehe. Ingat lagi dulu aku pernah kena muntah kuda masa gi melancong ke Bukit Tinggi Sumatera Barat dengan family. Sampai ajer di Berastagi aku mcm fobia plak tengok kuda-kuda ni. Kalau nak tau berapa rate seorang keliling kota menaiki kuda ni...sila lihat pic di bawah.

Sampai di sini kami dah nampak buah durian dalam lori (gambar di atas). Tetiba kan terasa nak makan durian Berastagi pulak. Ok...Pak Rizal tolong belikan untuk kami. Harga sebijik ialah Rp25,000 (RM8.75). Besar durian tu untuk kami berlima makan. Rasanya memang sedap berbanding yang kami makan di Parapat semalamnya. Sambil makan durian...kami beli jagung bakar yg sangat manis dan sedap. Pastu order plak air tebu Berastagi yg manis dan originally sejuk (faktor cuaca). Alhamdulillah kenyang sudah makan malam kami untuk hari ini. Tak payah dah nak makan malam lagi. Serius kami sudah kenyang sangat. Lagipun tadi kami lunch agak lewat....so masih terasa kekenyangan lagi.


sesapa terasa nak naik kuda keliling kota boleh lihat rate di atas

durian Berastagi yang lazat....aku sempat merasa 2-3 ulas...cukup!!

tempat melepak dan makan buah durian, jagung dan minum air tebu. di Pasar Buah Berastagi.

jagung bakar Berastagi yg sangat manis.....sedap!! Aku rasa jagung yg ditanam di kawasan tanah tinggi memang manislah....cuba rasa jagung Cameron....sedap dan manis kan!!!!

ternampak ada orang jual air tebu Berastagi......haruslah mencubanya!!

air tebu Berastagi ni kami mintak jangan letak ais. Bila kami mintak.....baru orang tu buatkan. Sekali sampai pada kami....memang sejuk airnya.....faktor cuaca. Airnya juga sedap dan mantop!!!

Then....kami masuk kedai jualan souvenir di dalam Pasar Buah ni. Wajiblah kami membeli FM dan keychain di sini. 

singgah di kedai lain pulak......aku membeli selipar jepun Berastagi utk my family hehehe...

Di kedai yang sama aku tertarik pada baju-baju yang dijual di sini. Sempat bergaduh dengan mbak dalam gambar ni. Sebabnya...aku dah mintak tawar harga yg aku nak...dia bagi....tapi bila nak bayar dia bagi harga lain. Hangin satu badan aku....aku sound dia..."Kalau kau nak menipu harga.....ok fine aku tak jadi beli". Pastu dia panggil dan bagi jugak harga yg aku mintak. Sorrylah yea....aku tidak semudah itu utk kau tipu. Orang Batak ni memang suka putar belit harga...so korang kena hati-hati sikit. Buat2 jual mahal kalau depa tak bagi harga yang korang nak. Satu lagi...dorang ni mulut manis dan suka memaksa. 

sebelah tu ada banyak orang meniaga anak pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran

tu dia...aku dah meronta-ronta nak membeli buah-buahan di sini. Ingat tak pasal buah limau madu tepi jalan yang aku kata banyak di jual tu. Kami memang tak berhenti pun sebab dah plan nak membeli di Pasar Buah ini.

di antara buah-buahan yg terdapat di sini ialah buah limau madu, markisa, mangga, salak, manggis, buah naga dan strawberi.

kat tepi jalan masa kami menuju ke Berastagi ni....punya melambak-lambak orang menanam carrot. Lori kuar masuk bawak berbakul-bakul carrot ni.

meriah giler......aku suka!!!

buah limau madu sekilo ialah Rp15,000 (RM5). Sangat manis....menyesal plak beli sekilo ajer. Aku sebenarnya takut nak bawak balik Mesia sebb nanti kena tahan (sebarang buah-buahan dari luar negara tidak dibenarkan bawak masuk ke Mesia). Lebihan buah limau yg aku beli ni aku masuk dalam hand luggage....sib baik lepas.

buah salak....tak beli pun. My bro tanya kenapa tak beli buah salak?? ewahhhhhh!!!

tak beli pun buah strawberi di sini...sebab Pak Rizal kata nanti masa balik esok kita singgah kebun strawberi 

segala jenis kentang ada di sini.....bestnya. Cantik dan bersih pulak aku tengok kentang ni.

segala jenis ubi pun ada di sini. Pelik-pelik plak aku tengok ubi ni...

tengok lah tangan minah ni penuh dengan beg plastik...sakan dia bershopping di sini hehehe

aku sangat teruja tengok ubi dan kentang yang bermacam2 jenis ni.......meriah!!


Setelah puas dan sakan kami membeli belah di sini....ok nak balik dah. Itupun banyak kedai yang dah nak tutup. Esok pagi memang kami tak sempat nak singgah di sini lagi sebab awal pagi kami dah nak berangkat ke Medan semula. So masa amat mencemburui kami hehehehe. Eh...lupa, sebelum kami ke hotel, Pak Rizal dah janji nak bawak kami jalan-jalan amik angin malam di sekitar Berastagi. Dia bawak kami ke kawasan tanah tinggi yang dinamakan Gundaling. Kami boleh nampak bandar Berastagi dari atas tempat ini.

Gundaling adalah sebuah bukit di BerastagiKabupaten KaroSumatra Utara. Gundaling merupakan kawasan pelancongan di Berastagi. Gundaling terletak di 1.575 meter dari permukaan laut. Di Gundaling dapat melihat Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung.


kami berada di kawasan tanah tinggi Gundaling. Boleh nampak bandar Berastagi. Di kawasan ini banyak jugak guest house dan hotel untuk menginap. Ada juga tempat melepak dan minum dimana kita boleh  melihat terus pemandangan seperti dalam gambar di atas. Masa ni sejuk gilosssssssssss!!!!

 Masa ni sudah jam 8.00 malam....yehaaaa dah pun sampai hotel yang kami dah booking. Hotel ini bukan terletak di Gundaling tu tetapi  terletak di bandar Berastagi ajer. Namanya ialah Hotel Horison. Rate yang kami dapat ialah lebih kurang RM150 satu malam. Aku booking melalui www.booking.com

 masa untuk check-in. Tengok tu siap pegang culculator hotel tu sebab nak mengira bayaran dalam Rupiah. 

 bilik kami bukan terletak pada bangunan yang aku tunjukkan tadi tetapi kena berjalan ke bawah sikit.....sib baik ada buggy ni hehehe. Masa ni aku sudah merasai kesejukan hingga ke tulang.....tejukkkkk!!!

 bilik kami...oklah selesa dan berbaloi-baloi. Menurut kata Pak Rizal...hotel ini baru ajer direnovasi....sebab tu masa masuk nampak mcm baru ajer. Nampak tak kepala katil pun takda lagi hehehe

 bilik air pun besar dan puas mandi. Lepas mandi kami berehat kejap melepaskan lelah. Penghuni di bilik sebelah sempat tidur uolsssss.....boleh dengar bunyi kroihhh...kroihhh. Sebabnya bilik kami adalah connection room...hahaha. Lebih kurang jam 11.30 malam kami semua gerak ke lobby hotel pulak. Untuk apa?????

untuk apa???? untuk ngobrol, gelak-gelak dan bertenet lahhhh. Hanya di sini ada WIFI. Best gilakkk.....boleh lah mengubat kesedihan kami sebab takda WIFI di Niagara Hotel semalamnya. Masa kami nak jalan kaki menuju ke lobi ini.....sejuk yang amat kat luar. Aku rasa lebih sejuk daripada Cameron dan lebih kurang sejuk mcm kat Genting...bezanya takda kabus. Baju 2 lapis memang tak cukup memanaskan tubuh ku. 

 atas meja kami penuh dengan makanan Paten dan buah-buahan yang dibeli tadi. Aku ada beli buah limau madu dan markisa. Buah yang dibeli semalam kat Parapat pun ada lagi...pisang, manggis dan mangga. WIFI di sini laju uolssss......

ada orang tu berkobar-kobar nak update blog di sini tetapi nan ado......sebabnya laptop dia tak boleh connect pada wifi di sini...pelik jugak yea. Aku punya galaxy tab ok ajer boleh connect dgn wifi. Nak tau apa kerja kami lepas tu?? Melihat gambar-gambar yang telah diambil sepanjang 2 hari kami berada di sini......ya ampunnnn lawak gilosss. Siap ketawa bagai nak rak. Opsss gambar apakah itieewwwww?? Biarlah rahsia. Pastu ada pulak petikan video yang diambil kat Desa Tongging oleh paparazzi di atas (belah kiri). Pun gelak nak mampusssss terguling-guling. 

buah apakah ini? Inilah isi dalam buah markisa yang sangat banyak di bumi Indonesia ini.


Lebih kurang jam 1.30 pagi jugak kami bergerak ke bilik masing-masing untuk tidur. Cuaca yang dingin disini membuatkan kami asik nak ke toilet berulang-ulang kali. Aku rasa di Berastagi ni sejuknya 3 kali ganda daripada di Parapat. Nak tidur pun aku pakai seluar panjang dan baju berlapis-lapis. Pastu pakai selimut tebal pun masih menggigil-gigil.....dah mcm kat Europe plak yea. Sungguh aku tak tipu.

Ok cukup untuk entry kali ini. Esok pulak aku cerita pasal Medan pulak...hari terakhir kami di bumi Sumatera Utara. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!


p/s - cuti CNY yg membosankan. Tapi ok gak....aku tak harung jammed yg teruk di highway. Yang pastinya aku tak suka bercuti masa peak season....baik duk umah ajer.



11 comments:

bdk2 @ John said...

kat niagara hotel ade wifi, tp kat lobby jela. sy dlu pun pegi duk melangut kat lobby semata-mata nk main internet. hehehe

Azian Elias said...

Alaaa Leez..akak miss this place.. Pasar Buah.. Gara - gara sorang anka buah akak jatuh dari kuda. Terbelah kening.. Terus balik ke Medan. But the hotel there really superb.. Very modern.

!eNa PnG said...

fuhhhh... rindu pulak nak p jalan2...

Alin Marlini said...

bestnyer kak...cecantik buah-buahan tu..

Leez M. Saaid said...

John -

memang kt niagara ada wifi tetapi masa kami pi tu...line tu down sudah beberapa hari. Tu yg kami frust sangt tu. hehehe

Leez M. Saaid said...

kak yan -

lahhh siannya sampai jatuh kuda. Takut jugak kan nak naik kuda especially kita yg tak berapa mahir ni. Tapi sy mcm geli tgk kuda tu sebab baunya busuk.

Leez M. Saaid said...

iena -

rasanya dah lama jugak awak tak jalan2 kan. yelah teman vacation sudah kawin...kena cari kawan teman lagi plak ni.

Leez M. Saaid said...

alin -

haah...buah2 kan sini nampak segar dan cantik. Tu yg geram jer tengok.

!eNa PnG said...

KAK LEEZ...


Insyallah.. nak p jugak satu hari nanti... teman yg sorang tue memang da kawin tapii dia yg lagi smangat nak g jalan-jalan...:D

@xiM said...

sejukkk guler kat berastagi ni..tidor berpelokan pun masih sejuk lagik..

opsssss

Anonymous said...

Allamak, Saya baru balik dari Medan, nak makan Durian.tetapi Pemandu Pelancong cakap sekarang bukan musim durian..tiada durian makan.