Ads

January 2, 2012

Good Bye 2011 & Welcome 2012 ~~~


Happy New Year semua.

Hari ni barulah aku ada kesempatan nak update blog. Baru balik dari holiday bersama family tercinta. Semua dah tengok gambar pada entry sebelum ni kan. Dah tau di manakah itu? Nampaknya ramai yg berjaya meneka tempat tersebut. Ya betullllll......jawapannya ialah di JANDA BAIK. Tempat ini adalah terbaikkkkk dan awesome. Nanti esok-esok lusa aku wat entry pasal this place. Best sgt hingga tak terkata dan best sgt hingga tak nak balik. Macam nak stay terus di sana.....ahaksss!!. Kalau aku ni byk duit seorg jutawan.....mmg aku beli tanah kat sana buat rumah hujung minggu atau tak pun aku sewa kat pengunjung. Sungguh hebat angan-angan aku kan hehehe.


Pemenang bertuah yang paling awal berjaya memberi jawapan yg betul ialah http://kakiberangan.blogspot.com/ atau bdk2 @ John. Harap dapat menghubungi aku melalui email untuk redeem hadiah kay. Aku post ajerlah kat hang nanti...hehehe.


OK kita citer dulu pasal new year dan kenangan-kenangan tahun 2011. Tetiba aku termenung seketika bila ingat balik pasal tahun itu.....tahun yg membuatkan aku banyak menangis dan bersedih. Biarlah apa org nak kata pasal itu tetapi perasaan sedih itu bukan sengaja untuk direka-reka. Suka sangat ke nak mereka benda- benda yang mcm ni. Suka sangat ke nak bersedih mcm tu. Kalau boleh aku taknak lagi perasaan sedih datang dalam diri aku....aku nak gembira sentiasa.



Kenangan Indah 2011 ~~~


1. Melancong - banyak gak tempat-tempat yang aku dah jejak pada tahun tu. But kebanyakannya ialah Cuti-cuti Malaysia. Di antara tempat pelancongan yang aku dah pergi ialah :

a) Surabaya, Indonesia

b) London, Manchester & Edinburgh

c) Kuching, Sarawak

d) Singapore - 2 kali

e) Pulau Perhentian, Terengganu

f) Pulau Pinang

g) Hatyai & Krabi, Thailand

h) Janda Baik, Pahang

2. Karier - aku lebih berkeyakinan dalam membina karier baru ini. Aku terlalu muda di dalam bidang marketing dan event. Akhirnya aku diberi kepercayaan oleh bos untuk handle my first baby. Walaupun aku rasa stress dan pelbagai dugaan yang datang....tetapi hasilnya ialah sangat menggembirakan aku. Event Cabaran Sihat ini berjaya aku lakukan..Alhamdulillah. Selain daripada tu ada beberapa tajaan kecil-kecilan yang aku berjaya dapatkan untuk majalah. Syukur pada Allah dengan rezeki ini. Terpancar sinar kegembiraan di wajah ku akhirnya... ameen.

3. Teman - tahun yang mengajar aku erti persahabatan. Aku kenal ramai teman baru pada tahun ini. Tak kiralah sama ada melalui blog ini atau melalui event yang aku handle. Ramai jugak blog reader yang aku dah jumpa. Terima kasih semua kerana sudi menjalinkan persahabatan dengan aku, sudi berjumpa ku secara personal dan juga yang sudi datang ke rumah ku. Di antara nama-nama yang aku boleh ingat ialah Kak Yan (Shah Alam), Kak Puziah (Kajang), Kak Cah (Gombak), Ogy (Shah Alam), Alin Marlini (Sg Buloh), Eyta (Prudential), Humaira, Madi Ketereh (Penang), Rosli Mat (Penang) dan Salsabila-Baya (Sepang) . Manakala teman-teman yg aku kenal melalui event ialah Tina (Little Destination) dan teman-teman Cabaran Sihat. Terima kasih semua. :)

4. Family - family vacation di Kuching, Singapore dan Janda Baik, Pahang. Seronok sebab bertambah meriah dengan anak buah yang semakin membesar. Insya Allah akan tambah seorang lagi anak buah tahun 2012 ni.




Kenangan Pahit 2011 ~~~


1. Cinta - Putus cinta dengan orang yang aku pernah sayang. Tanyalah pada teman yang rapat dengan aku...mereka tahu camana keadaan aku ketika itu. Air mata ni asik mengalir ajer....sehinggakan aku susah nak lupakan dia. Entahlah aku sedih bila nak citer pasal benda ni. Biarlah ia menjadi nostalgia dalam hidup aku. Walaupun dia buat aku macam ni...tetapi aku tak pernah benci dia. Aku anggap bukan rezeki aku untuk bertemu jodoh dengan dia. Pada mulanya aku susah nak terima kenyataan ini tetapi lama kelamaan aku dah okay dan sentiasa ingat pesan teman-teman....ALLAH JADIKAN SESUATU UJIAN ITU ADA SEBABNYA DAN ADA HIKMAHNYA. HIKMAHNYA IALAH ALLAH AKAN KETEMUKAN KU DENGAN LELAKI YG LEBIH BAIK DARIPADA DIA. MAKANYA DIA BUKANLAH LELAKI YG TERBAIK UNTUK AKU. Alhamdulillah aku temui suatu keinsafan di atas hikmah-hikmah kebesaranNya. Aku lebih banyak dekatkan diri dengan Allah...padaNya aku berdoa dan meluahkan masalah.

2. Teman - Aku menerima penghinaan dari teman yang boleh dikatakan rapat dengan ku. Hanya satu kesalahan kecil aku dihina macam-macam sehingga melibatkan fizikal, binatang najis dan macam-macam lagi. Selepas berfikir sejenak...aku mengambil keputusan untuk NYAH orang itu daripada senarai teman-temanku. Aku perlukan ketenangan di dalam suatu persahabatan dan akhirnya selepas itu aku temui ketenangan yang amat sangat. Malah aku kenal dengan lebih ramai teman lain di luar sana. Cukuplah sekali...sekian.


Itu sahaja kenangan aku di tahun 2011. Ada juga azam yang aku belum capai. So nak citer azam tahun ni.....alahhhhh malunya. Sebab.....asik azam benda yang sama dan tak juga tercapai. Hehehe. Biarlah kita berazam camana pun.....Allah juga yang akan tentukan. Aku citer ringkas apa azam aku :

1. Menambahkan lagi koleksi tempat melancong. Sudah ada dalam senarai. Tunggu!!!

2. Berjaya dalam karier dan boleh menggembirakan bos dengan pencapaian aku especially dapat tajaan yang lebih bagus dan hebat. Insya Allah.

3. Membuang lemak yg suka sangat menternak di dalam badan aku. Tiap tahun azam benda ni....tapi mcm tu gak hahahahaha (malunya aku). Celebrity Fitness here i come.

4. Temui lelaki terbaik dalam hidupku utk selama-lamanya - janji Allah pada mereka yang menurut perintahNya.

5. Tukar kereta sebab aku dah 7 tahun pakai kereta yang sama (pecah rekod beb!!) Semoga ada rezeki aku nanti Insya Allah.

6. Kalau ada rezeki lebih...nak beli landed house yang lebih selesa atau nak beli tanah di Janda Baik. Wahhhhhhh......tingginya angan-angan hehehe.

7. Yang paling penting sekali-hati ini lebih dekat pada Allah dan perbanyakkan lagi ibadahku.


oklah aku stop dulu di sini. Banyak jugak azam aku tahun ini. Semoga aku diberi rezeki yang lebih dan tercapai dengan semua azam-azam di atas Insya Allah.



p/s - lagi 3 hari aku akan berangkat ke negara orang lagi...tunggu!!!!!!!



16 comments:

Anum said...

hapy new year

Yanti Othman said...

leez.. lupakan kisah2 duka..

bon voyage.. have a safe journey :)

just.HY said...

kak leez!!! sy menang ke??? omg!!! hahaha...tak sangka nyaaaa!!!

sy x jmpe cmne nk carik email akak. nnt akak email sy ok. ni email sy :

livingmydreams.717@gmail.com

thank you thank you!!! ;)
happy new year akak! hehehe

Rozita said...

Ala ...I tak menang. Tak per la...bagi can kat budak John tuu. Wow..balik bercuti, dah nak melancong lagi...heeee suka suka. Nak citer tau.

finizaini said...

selamat tahun baru leez..semoga smua yg dihajati tercapai utk thn 2012..keep on blogging ya...

Lily Riani said...

good luck on your aspiration.... ceh wah... ehehhe... happy new year and i hope semua impian and cita2 you tercapai. house warming jgn lupa we all. ehhehe

kasihredha said...

selamat thn baru leez
semoga apa2 dicita2kan tercapai dan lupakan cinta lama...mulai mencari cinta baru....chayokkk

Fatt said...

selamat tahun baru leez!

lupakan kisah duka tahun 2011, kita doakan yg baik2 je utk 2012. sume yg berlaku itu adalah ujian, boleh jadi kita lalai & sbb tu Allah tarik nikmat yg penah dia bagi. aku pun sama, 2011 adalah tahun yg paling sedih..tapi takpe, past is past, yg penting kita maju ke hadapan. all the best in 2012 & semoga azam2 mu tercapai. ameen~

Leez M. Saaid said...

anum -
happy new year to u too

Leez M. Saaid said...

Yanti -

yelah...new year dgn semangat baru dan kita lupakan kisah lama. Hehehe.
happy new year to you :)

Leez M. Saaid said...

john -

yelah hang menang sebab paling cepat dan tepat hehehe.
Ok..nanti akak email kat mu.

happy new year yea....selamat bertravelling hehehe

Leez M. Saaid said...

Rozita-

hehehe...john tercepat skit sbb tu dia dapat.
Lain kali cuba lagi yea heheh.

Sy tak berasa sihat tapi nak berjalan lagi...apa nak buat sebab dah booking dah.

Tunggu yea i update entry lagi.

Leez M. Saaid said...

finizaini -

thanks setia dengan my blog..appreciate it.

semoga di tahun baru ni kiat sama2 perolehi rahmat dan rezeki dari Allah.

Happy new Year.

Leez M. Saaid said...

Lily -

same to you...happy new year.
Semoga impian kita sama2 akan tercapai Insya Allah.
nak seribu daya kan..
Ada rezeki i beli landed house....Insya Allah mesti jemput punya.

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

happy new year kak..
hehehe....biarlah cinta baru itu datang dengan sendirinya
sy dah letih mencari cinta hehehe
doa2kan rezeki sy yg itu kak :)

Leez M. Saaid said...

fatt -

yelah kita sama2 berdoa agar tahun baru ini kita beroleh rezeki yang kita impikan dan azamkan.
Jom sama2 lupaka cinta yg lama...kita tunggu cinta yg baru. Semoga ada sinar kebahagiaan untuk kita Insya Allah.

same to u too....