Ads

February 23, 2012

Tension nya.........


Tajuk tu mcm lain macam kan.
Memang aku tengah tension skrg sebab tadi punyalah sakan aku upload gambar yang banyak-banyak tu. Tak sempat nak save gitu!!! Udah ler aku penat sangat hari ni. Tadi baru balik dari gym beratus-ratu calori dah burn. So, aku rasa badan letih sangat. Memikirkan semalam tak sempat nak update blog ni....aku usahakan juga buat malam ni nak sambung cerita Genting Trip tu. Akhirnya tidak kesampaian. Nak buat camno. Mata aku dah layu ni. Esok ajerlah aku update kay.

Aku tak naklah tengok blog ni bersawang ...so aku update dengan borak-borak ni ajer. At least boleh menghiburkan hati korang semua...ewahhhhh!!! Seharian tanpa update blog terasa kosong ajer jiwa ni. Dengan menulis blog ibarat ia mengisi kekosongan jiwa aku.....tetiba kan. Especially bila dapat comment  yg menghiburkan dari rakan-rakan alam maya ni hehehe.

Tidak dinafikan lately ni aku terlalu sibuk sangat-sangat. Sibuk di office jangan cakaplah....byk prpposal nak kena prepare dan appointment nak kena arrange. Then, boleh dikatakan sekarang ni setiap petang mesti aku singgah di gym untuk wat cardio dan workout. Kalau aku tak sempat datang petang...aku akan datang pagi sebelum pergi kerja. Bila sehari tak exercise terasa lain macam ajer sekarang ni. So bila dah terbiasa....aku jadi seronok plak dengan aktiviti ini. Bukan itu sahaja...boleh juga mencuci mata ahaksss. Tempat gym yang aku pergi ni penuh dnegan warga Timur Tengah. Ensem-ensem belaka dan badan dorang waduhhhh mcm model.....memang respect giler lah dorang ni. Yang pompuan pun sama.....badan dah cantik tp still maintain exercise almost every day. Yang badan tak cantik ni ajer malas nak exercise ahakss. Insya Allah aku akan jadikan aktiviti ini sebagai routine aku setiap petang after work. Badan dah rasa ringan sikit (bukan dah kurus tapi rasa senang bergerak) dan segar bugar. Semoga aku diberikan kekuatan untuk meneruskan aktiviti ini. 

Aku juga sedang sibuk membuat persiapan untuk berangkat minggu depan. Tak sabar rasanya. Pakaian dah aku sediakan semua. Cuma duit belum tukar dan kasut yg sesuai untuk hari berangkat nanti aku belum beli lagi. This weekend am going to settle everything Insya Allah. Doakan semoga aku selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti. Semakin dekat semakin aku sebak. 


p/s - aku janji mendoakan yang terbaik untuk familyku tersayang. Semoga mama cepat sembuh dari sakitnya, semoga ikatan kasih sayang kami adik-beradik bertambah erat, semoga anak2 buahku bertambah cerdik dan membesar menjadi anak yg soleh, semoga kami sekeluarga diberikan rezeki yang diberkati dan sentiasa bersyukur dan mengingatiMu Ya Allah. I love my family so much. 



21 comments:

Rozita said...

I doakan leez selamat pergi dan selamat kembali. Tetiba rasa nak pergi jugak ke sana. Namun, I dan hubby dah janji nak ke sana bila anak umur 6 tahun. La ni umur anak baru 4 tahun. Leez doakan kami ada rezeki utk ke sana ye..

Mie said...

Semoga semuanya dipermudahkan... Aminnnn

Anonymous said...

ketara sangat ko gi gym gunakan mamat2 arab sebagai sumber menjana motivasi.. hehehe

GG

Anum said...

jangan stress2 ok

shazima said...

Salam.Leez nak g umrah lai ye...Alhamdulillah.sy doakan semuanya selamat dandipermudahkan urusan.

- Zila - said...

Nak gi mana lak leez?? Saya ari2 kecut perut dok tunggu leave x approve2..trip ostolia khamis ni jer..adohaiii


AkuLoveTravel.blogspot

Yanti Othman said...

leez.. selamat berangkat.. selamat pergi dan selamat pulang..

Akak Kembang said...

AMin. Kak Leez nak kemana tu? bestnyer..tak sabar tunggu pic...hehehehe..semoga semuanya akan selamat ye Kak Leez..muah..muah..

Anonymous said...

Lez, aku suka tengok ur posting2. Ini menyebabkan aku pun gatai kaki nak gi obersee nie. Kalau la aku dapat join Lez mesti best gilerkan.

Leez M. Saaid said...

Rozita -

terima kasih. Nanti sy doakan utk ita sekeluarga Insya Allah.

Leez M. Saaid said...

Mie -

terima kasih mendoakan utk saya.

Leez M. Saaid said...

GG -

aku kena create satu pemangkin utk motivate aku dtg ke gym. Ada satu mamat arab sudah duk main2 mata dgn aku..errkkkkk tak rela mak!!!

Leez M. Saaid said...

anum -

thanks anum. Stress sekejap ajer sebab gambar terdelete hehe.

Leez M. Saaid said...

shazima -

Insya Allah. Doakan semoga semua urusan dipermudahkan. Terima kasih.

Leez M. Saaid said...

Zila -

wahhh nak gi ostrolia....have fun and safe journey. Semoga cuti diluluskan.

Leez M. Saaid said...

Yanti -

thanks mendoakan utk saya. Mudah-mudah Insya Allah.

Leez M. Saaid said...

Alin-

tunggu yea mengumuman nanti hehehe.

Leez M. Saaid said...

anony -

Awak ni sapa yea? Bagitaulah nama. Tak best lah borak2 takda nama.

kasihredha said...

leez nak gi mana?
bestnya dapat gi gym..teringin nak gi jugak.
jgn stress2 ok

Unknown said...

Semoga perjalanan Leez ke sana akan dipermudahkan olehNya dan juga selamat sampai.

syieda said...

cik leez, saya dah tau nak g mana.. saya doakan cik leez selamat pergi dan selamat balik.. aminn