Ads

February 20, 2012

Anda seorang isteri??....maka bersyukurlah!!!!


Tajuk ini tidak ada kena mengena dengan kehidupan aku. Hanyalah satu pesanan kepada sesiapa yang bergelar isteri. Aku hanya seorang wanita yang bukan bergelar isteri tetapi aku tahu tanggungjawab aku. Aku melihat kehidupan sekeliling yang membuatkan aku ingin berbicara mengenainya. Penyakit manusia zaman sekarang - " isteri orang bercinta dengan suami orang"

Pesanan aku kepada yang bergelar isteri orang :

1. Bersyukurlah dengan rezeki Allah ini. Bersyukurlah mendapat suami yang baik sebagai pelindung, peneman, kawan utk berbual dan macam-macam lagi. Lihatlah orang lain yang tidak punya sapa-sapa...tiaa suami...tiada anak-anak. Semua perkara buat sendiri dan tiada siapa untuk dijadikan pelindung. Tolonglah bersyukur!!!
2. Jaga lah maruah diri sebagai isteri. Di akhirat nanti kita akan dijawab....kenapa sanggup menjual maruah kamu kepada lelaki lain? kenapa mesti bagi kasih sayang pada orang lain? Kenapa menggedik pada lelaki lain yg bergelar suami orang? kenapa membelakangkan suami? Kalau iman kita ni tipis...kurang mengamalkan ilmu agama....inilah jadinya. Berdosa besar!!!!
3. Jagalah aurat!! Aurat seorang isteri hanya untuk suami yang sah. Bukan untuk dipamerkan pada orang lain. Sanggup membuka aurat sebab nak menunjuk pada orang...ohhh badan aku cantik...rambut aku cantik....aku suka orang puji badan aku. Itu semuanya duniawi yang tidak membawa kita ke mana-mana pun. Malah dosa  yang kita dapat. Sebab itu bila aku fikir balik....aku bersykur punya badan sekarang. Badan aku besar....sapa nak tengok? Tapi hikmah disebaliknya ialah kalau badan aku cantik tidak mustahil aku akan bongkak, bangga diri...aku akan menunjuk-nunjuk pada orang. Hikmah Allah itu sungguh indah.
4. Dalami ilmu Allah. Jadilah isteri solehah. Berkawanlah dengan kawan yang boleh membantu kita ke jalan Allah. Bukan mencari kawan yang boleh menjahanamkan hidup kita. Kalau ada masalah....tak perlulah berkongsi masalah dengan lelaki bukan mukhrim. Carilah kawan perempuan yang boleh membimbing kita. Bergaullah dengan orang yang tinggi ilmu agamanya. Tak payahlah menggedik-gedik depan lelaki untuk mendapatkan perhatian. Baiklah menggedik depan suami ajer. Pesanan ini juga aku tujukan untuk diri aku jika bergelar isteri nanti.
5. Hormatilah suami. Kalau bergaduh sekali pun....tak perlulah menaikkan suara depan suami. Jangan menderhaka dengan suami. Jangan menipu suami dan anak-anak. Jika kita dah terbiasa menipu suami....sampai bila-bila kita akan menjadi seorang penipu. Suami pergi kerja mencari rezeki untuk kita dan anak-anak....jangan lah pulak kita panjang kaki mencari jantan lain. Please stop it!!! Isteri yang menderhaka pada suami...neraka jahanam tempatnya.
6. Jadilah isteri yang pandai menjaga hal rumahtangga dengan mendidik anak-anak dengan baik, memasak untuk suami, menjaga pakaian suami, bercakap lembut dengan suami dan melayan suami dengan seikhlas hati. Kalau nak packing baju pun suami yang buatkan....ada kejadah tu? Ishhhh......kenapalah jadi macam tu? Kalau memasak pun suami yang sediakan.....apa dah jadi tu? ishhhh....kenapalah ada juga manusia yang tidak pandai bersyukur....aku sedih bila melihat keadaaan macam ni.
7. Kena pandai menjaga hati mertua. Bercakaplah dengan lembut pada mertua. Sebagaimana kita hormat dan sayang pada ibu bapa sendiri...kita juga kena buat benda yang sama pada mertua kita. Jangan biadap pada mertua. Dah dapat mertua yang baik hati punnnn masih tidak bersyukur. Kalahlah dapat mertua yang mcm filem Ibu Mertuaku tuu...hmmmm padanlah muka.
8. Kena pandai bersyukur mendapat suami yang baik. Inilah jadinya kalau tidak hormati suami. Mengambil kesempatan di atas kebaikan suami. Suami pulak...jangan jadi suami yang dayus melihat isteri sendiri bersama lelaki lain. Tolong lah wahai suami baik di luar sana. Sayangkan isteri ada batasnya dan mesti mengikut landasan agama. Apa isteri buat....diam....tak apa....biarlah. Nahhhh......sekarang kemungkaran isteri kantoi satu persatu. Ayohhh wake up.....jangan jadi suami lemah dan dayus!!!!
9. Apabila telah diceraikan kelak...tak payahlah terhegeh-hegeh nak cari balik suami yang baik tu. Nasi sudah menjadi bubur. Semuanya sudah terpalit taik pada muka sendiri. Keluarga mertua pun sudah pandang jelik dengan perangai syaitan kamu wahai isteri!!!


oklah aku taknak cakap panjang lebar. Just renungkan seketika apa yang aku tulis diatas ni. Ambil kata-kata itu sebagai sesuatu yang positif dan ambil iktibar darinya. Muhasabah diri dan jadilah seorang muslimat, isteri, ibu dan menantu yang disegani dan menurut perintah Allah. Wallahuaalam.



6 comments:

fini zaini said...

pnh gak nmpk peristiwa ni dpn mata..msa kje kt comp lama..scandal bini org dgn laki org..mmg getik tngok nyer..tp dlm pd tu muhasabah diri xmo jd dlm gol tersebut...huhuu

Rozita said...

Benda ni bukan saja berlaku di opis leez, kat Univ. tempat I belajar bersepah couple cam nih. Weekends balik jumpa husband/wife sendiri, weekdays berkepit ngan husband/wife orang. Apalah nak jadi....

Leez M. Saaid said...

Fini -

Dunia akhir zaman skrg ni. Manusia dah x dpt bezakan pahala dan dosa. Buat dosa mcm xda rasa keinsafan. Tunggu aje pambalasan Allah nanti

Leez M. Saaid said...

Rozita -

Ini ialah penyakit org zaman skrg. Yg suami org dgn anak dara ok lg sebab mmg boleh nikah...lelaki boleh kahwin lebih drp satu. Tp yg isteri org ni x cermin muka ke? Menipu suami dan mengagungkn suami org lain. Lelaki tu just for fun ajer. Hapis madu sepah dibuang. Akhirnya kena cerai..pembalasan dr Allah.

Anonymous said...

Sedih la kak leez baca post ni...mcm leh teka jer apa yg terjadi...huhuhu (tetiba kan?) x pe la kak leez, skrg ni Allah bayar cash...just wait & see je. peace :)

Muhamad NurulAsri Bin Mohd Said said...

Wow...
Teguran yg cukup hebat dan mendalam...