Ads

February 24, 2012

Day 2 : Genting Trip - Swimming Pool & Genting Strawbery Park





Terima kasih kawan-kawan di atas sokongan yang diberikan. You make my day happy my dearest friends. Nampaknya ramai dah boleh agak aku nak gi mana. Doakan aku yea kawan-kawan. 

Ok aku nak sambung percutian di Genting. Adoi byk betul gambar nak upload and sampaikan aku terdelete semalam...tu yg aku tension terus tidur huhuhu. So, hari ni dah boleh upload semula....cepat2 aku save hehehe. Pagi tu aku bangun awal juga sebab agak kurang selesa tidur di bawah...sakit badan wei. Takpalah bagi  adik aku dan anak sedara aku tidur atas katil. Aku tidur di bawah ajer dengan toto. Malas nak amik xtra bed coz kami kejap ajer stay situ satu malam. 

Pagi tu dorang gi breakfast kat bawah...complimentary for 2 pax. Aku suruh tanya how much the breakfast if nak tambah orang....harganya RM38.90 per person. What??? Hmmm...lupakan sajer. Aku suh dorang amikkan roti ajer...wat alas perut. 

Plan pagi tu kami nak swimming kat pool. Akan tetapi kabus tebal yg amat....sejuk gilosss. My bro said kat bawah sampai kabus masuk dalam cafe. Alamak...camana nak mandi ni. Kami lepak-lelak dalam bilik dulu. Lebih kurang jam 10.30 pagi barulah ok sikit dah takda kabus. Apalagi jom kita mandi manda di pool.


kecik ajer pool di sini.....dah tak sabar nak terjun.

ada jakuzi uolssss.......leh berendam lama coz airnya panas.

ada slide jugak.....anak buah aku sakan main slide 

pelik plak aku...org memang tak ramai. Agaknya org malas nak mandi...sejukkkk!!!! Not really actually.

hanya kami berlima yg mandi....yg lain takut air ahakssss!!!

tengok tu daniel sakan slide.

cukup sejam dalam pool...kami beredar naik atas bilik utk bersiap balik KL.

gambar ini diambil dari atas bilik.....scenery padang golf...terbaik!!!!

saujana mata memandang...kehijauan.



Lebih kurang jam 12 tengahari kami dah check-out. Kami tak naik ke puncak semula coz taknak bersesak-sesak dengan orang yg ramai. Aku cadangkan kat adik-adik aku jom kita petik strawbery genting plak. Sebab aku pernah singgah kat tempat ini sebelum niu. Ok semua dah setuju. 

Lawak betul tengok gelagat anak buah aku masa memetik strawbery...excited uolsss. Siap seorang satu bawak bakul semangat nak memetik hehehe. Cute sangat!! First time dorang semua tu nak memetik buah strawbery. Cuma yang frustnya...dorang bukak 2-3 lane pokok2 tu ajer utk memetik. Yang tinggal buah yg kecik-kecik ajer. Ramai dah petik yg besar.



jalan nak masuk strawbery park ni....byk bas pelancong datang ke sini. Kalau nak ke sini.... berdekatan dengan tempat utk naik cable car (roundabout). Boleh nampak signboard " Self Pick Strawbery"

signboard ni bersepah2 di sini


jom kita petik strawbery....tak nampak pun buahnya.

comel tak budak kecik ni pegang bakul. Nak ke mana tu rayyan??? heheheh.

alahai naper kecik bebenor buah strawbery ni

buah strawbery in the house!!

abang danish excited nak memetik buah.....first time katanya.

heheheh......petik jgn tak petik....

with anak buah tersayang...Airel Danish

lepas memetik jom kita timbang. 100gram = RM6.00

ni buah yg telah dipetik oleh tempat ni.... tengok tu buahnya besau-besau. Mengelatlah dorang ni. 

jom makan ais krim strawbery...sedap wei!!! harganya RM2.50....mahai kan!!!

FM pun ada kat sini. Sapa nak sila angkat tangan hehehe.

mcm2 benda ada dijual di sini...

bunga-bungaan pun ada dijual

sayur-sayuran hidroponik pun ada.....dan cendawan pun ada.

habis dahhh......gambar aku takda sebab aku yg tukang snap. Love my family!!! muahh muahh


Kat sini aku hanya minum air yogurt strawbery, ais krim batang strawbery  dan juga waffle coklat. Then, kami terus balik KL.......singgah kedai makan nasi ayam...alhamdulillah dengan rezeki Allah. Habis sudah short trip to Genting Highland with my beloved family. Thanks to everyone.


p/s - Kalau kita berbuat kejahatan pada orang.....nescaya Allah akan melindungi orang yang teraniaya itu. Kejahatan tu akan terbongkar satu persatu. Sekejap jer Allah balas dengan CASH. Doa orang yg teraniya akan termakbul dengan izin Allah. Bertaubatlah wahai perempaun jalang!!! Berbanyakkan solat taubat sebelum terlambat. Pintu taubat masih terbuka. Bertaubatlah pada Allah bukan pada manusia. Benda ni aku tak boleh maafkan sampai bila-bila. Ya Allah lindungilah keluargaku daripada sebarang niat jahat manusia dan gangguan sihir. 



8 comments:

kasihredha said...

bestbya strawberry :)

AjlaA said...

Salam kak

masuk stroberi farm kene byr tak? mmg btol2 kat roundabout menghala ke cable car tuh ke. gmbr2 yg menarik di atas telah berjaya menghasut sy nk g sane. hehe

Cawan said...

cerah hari di sana.. cantik2 hasil gambar jadi nye..

Miss. Tina said...

Leez if am not mistaken buat strawberry kat CH lagi besau kot..

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

tapi still rasanya masam kak hehehe.

Leez M. Saaid said...

AjlaA -

hai....rasanya u baru first time bagi comment kan hehehe.
Free ajer nak masuk ke sini. Silalah datang yea...hehehe.

Leez M. Saaid said...

Cawan -

thanks....singgah lagi ke sini.

Leez M. Saaid said...

Tina -

rasanya kot. I pun dah lama tak gi CH. Lupa dah camana rupanya hehehe.