Ads

February 21, 2012

Day 1 : Genting Highland Trip - Indoor Theme Park & Happy Birthday Zarieff





Bersambung lagi.
Sebaik kami sampai di area First World Hotel...kami terus menuju ke arah Indoor Theme Park. Biasalah kalau dah bawak budak...mesti nak main indoor game di sini. Aku ikut ajer sebab bukan aku nak main game pun. Dah puas dulu masa muda-muda duk mencuba semua game kat sini. Bila dah masuk usia sekarang ni....jadi pemerhati anak-anak sedara ajer lah hehehe.

Sementara menunggu my nephew tu duk main games di sini..aku naik ke atas tengok-tengok kedai kat situ. Tak membeli apa pun...window shopping ajer. Ramai sungguh tourist datang ke sini especially tourist Arab dan India. Tourist mat salleh tak minat this kind of tourist attraction. Depa lebih suka scenery and nature. Like me...kalau gi melancong aku kureng minat nak pi theme park mcm ni. Aku lebih suka tengok scenery, nature and sigh seeing (ehhh...nak mcm mat salleh jugak kan). Dulu masa pi Paris Disneyland pun sebab my friend tu beriya nak ke sana...so ikutkan ajer. Korang perasan tak....aku belum jejak USS, HK and Gold Coast......sebab aku kurang minat tempat2 theme park macam tu. Tetapi tidak semestinya aku tidak berminat utk menjejaki tempat-tempat itu....Insya Allah aku akan jejak juga nanti. Cuma lambat dan cepat ajer.


 my bro nampak goreng pisang kat sini....nak tau berapa harganya??

 RM6 utk 4 pieces....hahaha harga di puncak tu. Tapi beli jugak....pelancong kannn.

kalau sesapa tak dpt jejak Paris...jejak Genting Paris pun jadilah...

 budak 2 orang yg dalam train ini....dah tak sabar nak naik

 masa duk window shopping tu.....aku ternampak kiosk menjual serkup. Aku duk mencuba satu demi satu fesyen...akhirnya terbeli satu. Tapi bukan seperti dalam gambar ini...yg lain. Sekarang ni duk sakan wat koleksi serkup...rasanya dah dekat 7 koleksi hehehe. Standby for overseas trip actually.

 indoor theme park @ genting

 dah habis window shopping.....semua orang terpisah hehehe.....duk call seorang demi seorang nak jumpa utk minum teh tarik plak.

 lega dah minum segelas teh tarik yg berharga RM6.00. Korang mampu? hahaha...mampu di Genting ajerlah. Kalau kat KL mcm ni harga ....memang nak kena terajang mamak teh tarik tu.

 anak sedara aku semua ni memang favourite Famous Amos. Tiap kali nampak kiosk ni kat mana2...mesti nak membeli. Nanti mama leez buat lagi sedap drp ni tau!!!!

 aikkk budak kecik ni pun sama. Siap tunjuk tu mana-mana yg dia nak. 

 Ok jom balik.....kami naik cable car tu jugak. Kalau naik malam permandangan boring...gelap ajer. 


Sebaik kami sampai di Awana Genting semula..ketika itu jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Kami semua naik ke atas bilik untuk simpan beg dan buang air kecil. My bro plak pi order makanan di cafe. Sebabnya malam tu kami nak celebrate birthday...baby boy yang dalam gambar di atas tu. Baby Zarief dah 2 years old. 

My bro rupanya order food kat lounge...bukannya kat cafe. Dia kata tak jumpa pun cafe. Dia order just light food memandangkan bekalan nasi tomato siang tadi masih banyak ada. My bro kata sambil makan kita leh dengar muzik. Hmmmm...kalau dah bawak budak kecik mcm ni.....muzik entah ke mana nanti. 


 oreo cheese cake for besday boy!!!

 anak sedara aku yg dah tak sabar nak tiup lilin. As usual 4 budak ni mesti duk depan sekali hehehe.

 tau tak besday boy tu pada mulanya tak nak potong kek...sebab dia lagi suka explore tempat ni.....lari sana sini. Tapi daddy dia paksa juga angkat utk potong cake

 we're together in one family. I love my family very much. Aku benci org yg buat taik dalam family aku....i hate you pompuan jahat!!!! Dua orang maid adik aku tu pun dah mcm family kami. Sedih sebab mama takda masa ni.

 love all of you...muahhh muahh

 simple dinner for us...

 chicken wing ni sangat sedap.....total cost our food that night ialah RM250. Thanks to my bro izam belanja kami semua. Semoga dimurahkah rezeki lagi.

 besday day dah standy nak tiup lilin....pada mulanya dia tak nak sebab nak main kat bawah hehehe

 happy birthday to you...happy birthday to you...

 happy birthday to zarieff.....semoga menjadi anak yg soleh menurut kata kedua ibu bapa, rajin belajar dan dimurahkan rezeki . Luv u my darling!!!

 yang paling excited tiup lilin ialah 2 orang budak belah kanan tu hehehe.....everytime nak potong cake besday....depa 2 orang tukang tiup lilin hehehe

 jom kita makan cake............

my tab is always with me......sukalah duk Awana ni....WIFI is available here and FREE of charge. Dalam bilik pun ada....suka!!!!!


Ok itu sahaja aktiviti kami pada malam tu. Balik bilik kami adik-beradik berkumpul lagi dan borak-borak pasal kenangan silam kami masa kecil....ketawa tak sudah berdekah-dekah. My nephew semua tu plak tak kacau sebab sakan tgk kartun kat ipad and tab. Ubat utk bagi dorang diam ialah bukak kan kartun kat ipad/tab.

Apakah aktiviti kami esok hari???? Esok ajer aku update yea. 


p/s - menghitung hari lagi sebelum berangkat.....aku semakin sebak. Ya Allah kau permudahkan segala urusan pemergianku ke sana nanti. 



4 comments:

Joe-kk said...

Salam Leez..nak gi mana tu?Kalau dah sebak ni,mesti nak gi umrah kan..doa-doakan juga aku dapat menjejaki ke sana..InsyaAllah

Rozita said...

Saya agak leez nak menunaikan umrah. Semoga mendapat umrah yang mabrur..

Leez M. Saaid said...

Joe-kk -

Tunggu yea nanti sy akan bg pengesahan ke mana sy nak gi.

Leez M. Saaid said...

Rozita -

Doakan yg terbaik tuk sy.