Ads

November 26, 2010

Rindu Europe Trip ~

Mengimbas kembali kenangan semasa Europe Trip tahun lepas.
The best trip i ever had in my life. Walaupun sudah setahun ia berlalu tetapi setiap saat dan inci pergerakan di sana masih segar di dalam ingatanku. Banyak sangat kenangan manis. Sukar untuk di gambarkan. Hanya foto yg bisa berkata-kata setiap kenangan itu.

Izinkan aku mengimbas kembali kenangan lalu buat seketika. Coretan ini dibuat sempena kenangan setahun aku bercuti di sana. Di ketika tarikh ini juga aku masih lagi di sana.






1. Kenangan di London

a) Kejutan cuaca ketika di sana. Sejuk giler macam nak pengsan. Walaupn tidur pakai heater but still aku kekejangan kesejukan. Bisa seluruh badan sampai ke tulang. Tidur pun tak nyenyak asik terjaga kerana sejuk sangat. Kulit mukaku menjadi kering, merah dan mengelupas terlalu teruk.
b) Dapat menjejakkan kaki ke London Tower Bridge buat pertama kali. Excited sangat sampai snapping pic berpuluh-puluh keping di tempat yg sama ajer. Huhuhu.
c) Terkilan tidak sempat menjejaki Oxford Street atas sebab kesuntukan masa. Sampai sekarang aku masih tidak berpuashati. One fine day Insya Allah akan pasti ke sana lagi.
d) Kenangan aku dgn dia beberapa jam sebelum aku fly back to KL. Ada yg gembira, romantik dan sedih. Semua tu tersemat rapi dalam minda aku. Miss u dear!!!








2. Kenangan di Switzerland

a) Pertama kali melihat, menyentuh, memegang dan meramas snow. Huhuhu. Sebab gembira sangat sampaikan aku berguling-guling atas salji nan putih itu. My dear sempat merakamkan video ketika aku melemparkan snow ke arah dia dan ke atas awangan. Hehehe.!!!
b) Ketika di sini aku mengalami sakit tekak yg amat teruk. Susah nak makan...susah nak tidur dan susah nak bernafas.
c) Terpaku seketika dengan keindahan negara ini. Sangat cantik yg aku sendiri sukar hendak gambarkan dengan kata-kata. Sempat aku berkata pada diri ini...betapa indahnya ciptaanMu Ya Allah. Benarkah aku berada di sini??....bergenang sekejap air mata aku. Syukur dengan rezeki Allah sehingga dapat menjejakkan kaki ke sini.
d) Tidak terpikir dapat menjejakkan kaki ke Zurich - antara bandar termahal di dunia dan dapat explore bandar ini di seluruh ceruk bangunan, jalan dan lorong. Walaupun menahan sejuk yg melampau dan kaki yg sakit penat berjalan...tetapi aku sangat puas. Syukran!!!







3. Kenangan di Paris

a) Terpaku seketika pabila melihat Eiffel Tower. Menakjubkan!!! Akhirnya aku dapat melihat sebuah mercu tanda negara Perancis yg juga keajaiban dunia. Kota romantis yg akan aku kenang sampai bila-bila.
b) Menjejakkan kaki ke Paris Disneyland. Terkejut dan kagum dengan keindahan rekabina bangunan di sini. Sangat cantik!!! Macam mimpi pun ada. Adakah aku berada dalam dunia fantasi???. Tempat ini sangat besar dan luas. So impressed!!!
c) Falling in love dengan senibina bangunan lama yg banyak di sepanjang Sungai Seine. Bangunan di sini sangat unik dan cantik. Aku tidak puas merhatikan bangunan di sekitar bandar ini kerana masa kami yg sangat suntuk.
d) Sebuah kota fesyen. Suka tengok mereka berfesyen. Terkejut juga kerana di sini terlalu ramai orang kulit hitam. Orangnya kurus dan tinggi lampai. Walaupun mereka berkulit hitam tetapi sangat stylo dan berfesyen.






4. Kenangan di Brussels

a) Kenangan yg sangat manis dengan my dear. Sangat sabar dan terlalu baik melayan kerenah aku di sini. Sebabnya? Kerana hari-hari terakhir kami Europe Tour sebelum balik ke London....perangai aku pun mengada-ngada lah. Sikit punya hal nak merajuk.... kwang-kwang. Aku ni suka sangat mengambil gambar....pulak tu mengambil masa yang lama. Jawabnya kena tinggal dgn dia. Bila merajuk...aku tak nak bercakap dengan dia. Bila ingat balik....hahaha entah apa2 lah. Walaubagaimana pun...semua kenangan itu sangat berharga.
b) Sepanjang 2 malam kami berada di sini...hujan renyai-renyai tanpa henti sepanjang hari-hari tersebut. Sejuk yg sangat melampau.
c) Rasa terlalu lama sangat di sini hinggakan tak tau nak pergi mana lagi. Actually kat Brussels ni kalau stay 1 malam pun dah mencukupi.
d) Sangat suka makan choc waffle. Di sini memang terkenal dengan makanan ini dan antara negara yg banyak mengeksport chocolate.





5. Kenangan di Amsterdam
a) So impressed dengan keindahan perkampungan Volendam. Best sangat tempat ini. Ada windmill, cheese dan clog. Pengalaman yg sangat indah.
b) Pertama kali masuk Sex Museum. Muahahaha. Entah apa-apa. Banyak sangat replika lelaki punya tuuut. Hahaha.
c) Berjalan dengan dia di sepanjang kawasan Red District. Giler punya romantik. Hahaha. Boleh pulak aku gelak-gelak tengok dorang berurus-niaga nak cari ayam. Ayam apa? Ayam serama di waktu malam. Huhuh.
d) Tak puas stay 1 nite ajer di sini. Tak sempat nak pi jalan-jalan kat shopping area. Terkilan gak. Rasa mcm nak repeat lagi Amsterdam.






16 comments:

Buzu Ediany said...

...Kak Leez, rindu trip ka rindu ehem2??hehehe...

Fatt said...

leez beli tak tiket gi paris aritu? ada my fren dpt rm1200 return..bleh ripit balik europe nanti...i tak tau la bila bleh ke sini..but this is nice entry :)

kasihredha said...

Entry kali ini sungguh romantik & penuh nostalgia yg pasti dengan "my dear" (M)...macam winter sonata je, bila leez main baling2 salji tu....bestnya...romantiknya.. :-)

Lady of Leisure said...

europe sangat best kan hehe

ct_nurmarlissaa said...

ermm...Sis u tgh merindu si dia...huhuhuhu...
niee entryy best laaa syahdu....bila laa agaknya dapat jejakkan kaki..kesana

Azian Elias said...

Salam Leez,

salah satu tpt yg akak teringin dan mmg impian nak p, Switzerland

NeenaAnuar said...

bestnyer sis.. biler la neena nak dpt peluang ke sana.. huhu...

TK said...

I love your blogheader. Switzerland- one of the most beautiful places in the world.
One day I akan ke sana!

Leez M. Saaid said...

Buzu -

hehehe...rindu biasa2 ajer..

Leez M. Saaid said...

fatt -

plan nak cari gak ticket ke paris. pastu leh singgah london lagi. But not sure yet bila nak gi.
Wahh..murahnya kawan u dapat.

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

romantik kat sana ajer kak. Pastu rindu2an lah pulak. hehehe...
tapi kenangan di europe mmg byk dg dia..

Leez M. Saaid said...

lady - europe mmg sgt best especially swiss kan. U pun dah selalu gi sana kann.

Leez M. Saaid said...

ct -

Insya Allah u boleh gi sana. Ticket pun skrg dah murah. Kumpul duit pelan2..hehehe.

Leez M. Saaid said...

Kak Yan -

swiss mmg sangat cantik dan akak kena jejak gak...kenangan seumur hidup. Akan ingat sampai bila2.

Leez M. Saaid said...

Neena -

u pun kaki jalan kan. Boleh ajer pergi. Ticket pn dah murah skrg.

Leez M. Saaid said...

TK -

Insya Allah. May your dream come true. Kayuh pelan2 yea. :)