Ads

November 24, 2010

Makan-makan @ River View Seafood Restaurant



Maaf cerita tentang entry ni dah lama sebenarnya. Masa bulan raya puasa lepas iaitu sebelum aku terbang ke Melbourne. Perjumpaan makan-makan ini dibuat untuk meraikan Song Boon Chong sempena birthday nya yang ke-40.....opppssss silap lagi. Sorry Song....akak asik silap type jer. Jangan marah hah!!! Birthday yg ke-30 sebenarnya. Sebelum tu dah celebrate potong cake kat rumah Qis and Burn. Esoknya plak kami meraikan makan-makan di sini iaitu di seafood restaurant di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Nama tempatnya nya River View Seafood Restaurant.

Jauhnya aduhaiii.....penat punggung duk dalam keta. Masa ni kami berlima naik satu kereta iaitu, aku, qis, burn, song dan maksu. Yang lain pulak naik kereta masing-masing. Kami bertolak dari KL...so memanglah sangat jauhh. Aduhhh...tak larat aku nak pi tempat ni lagi. Balik KL semula dah lapar balik...huhuhu. Pastu jalannya sangat complicated sebab tak biasa ke sini kan...rasa mcm balik kampung plak. Pulak tu hujan dan malam...gelap kiri kanan. But kereta still banyak on the road.


muka kelat sebab penat jauh sangat....




Malam tu kami order seafood semuanya. Ada macam-macam lauk. Mostly memang masakan chinese style. Pasal makanan kat sini...ada yg sedap dan ada yg tak sedap. Aku bersemangat nak makan ketam tapi malangnya aku rasa kureng sikit dengan masakannya. Macam rasa minyak bijan but belasah ajerlah. Dah lapar bebenor kami malam tu. Huhuhu.

Overall makanan kat sini murah. Semua makanan termasuk minum ialah RM270...lebih kurang mcm tu. Ada udang, ketam, sotong, ikan, sayur dan roti. Sorry gambar sotong tak sempat nak snap. Sakan makan....sotong goreng tepung tu plak lambat sampai.


sayur kacang buncis


butter prawn


crab black pepper


entah apa namanya....aku tak minat sgt


ikan kerapu masak stim limau


crab sweet sour...rasa minyak bijan....aku kureng skit tapi tetap belasah..huhuhuhu


roti ni sedap.....panas, fresh dan lembut


betapa kusyuknya ketuk ketam....org yg terakhir habis makan...bagus makanan pun tak membazir kannn...


bagai diserang tsunami...alhamdulillah dgn rezeki Allah



happy kami satu family. Now dah bertambah seorang lagi ahli dalam family kami...si comel Umar Shadiq. Ketika ini masih di dalam kandungan Nita. Tahniah!!!

Tidak lupa terima kasih banyak-banyak pada Song birthday boy yg belanja kami makan pada malam tu. Toceh...toceh !!!!! Nanti belanja lagi yea. :p





9 comments:

kasihredha said...

jauh tak pe Leez..asal makanannya sedap..berbaloi.

singAsong said...

Kak Leez, terima kasih sudi hadir malam itu yerp.. :)

Best sangat nak lepak lagik bersama semua orang.. kan kan..

Kalau la 40 tahun maintain comel macam sekarang ini, bagus jugak kan... haha..

jangan serik2 pergi lagik... kali ini ikut highway,tak rasa balik kampung.. tup tup dah sampai ~

sepul said...

hai kak leez... mwahh mwahh

Buzu Ediany said...

Kak Leez...
bila nk p lg???nk folo jgk...

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

sy ni jenis org yg tak tahan sabar. Lagi2 kalau tgh lapar....memang moody semacam..hehehe.

Leez M. Saaid said...

song -

mekasih birthday boy.
ohh...suka rupanya org kata dia 40 tahun.....
anyway welcome to 40's club.

Leez M. Saaid said...

sepul-

tadi akak singgah hang punya opis....tapi hang cuti plak.

Leez M. Saaid said...

buzu -

ok Insya Allah..
tapi dah byk kali ajak...asik nak balik kg ajer...camno.

Buzu Ediany said...

Alah2 kak leez harap maaf lah...sebab bz dok wat preparation sket2 utk 18dec ni...tu yang kerap balik kg...bila tak balik yang len pulak kena keja kan...huhu