Ads

November 25, 2010

Resipi TRIFLE - Selamat Mencuba !!









Sejak aku masukkan gambar hidangan TRIFLE ni kat FB dan blog...ramai dok tanya aku resipinya. Entah aku pun dah lupa mana aku amik resipi trifle ni. Rasanya kat blog someone...but lupa dah sapa punya. Sebab aku surf banyak blog....then aku pepandai sendiri tokok tambah mana yg patut. Maka jadilah trifle ini. I like...... and family aku pun suka sebab tak berapa manis pun. Kena kurangkan gula dalam makanan.


Jom tengok resipinya. Simple ajer tapi agak renyah nak buat. Lepas satu....satu lagi. Step by step. Selamat mencuba semua!!

Bahan-bahan :

Kek swiss roll (perisa butter, pandan dan coklat - bergantung taste masing2. Aku belasah semuanya)

1 tin fruit cocktail

1 tin buah peach

1 tin susu cair

4 sudu besar tepung kastard

2 kotak jelly crystal (jenama Nona) - amik 2 perisa yg berbeza (strawbery dan orange)

soft whipping cream (jual dalam kotak atau spray)

hirisan kacang badam (almond)

sedikit gula



Cara membuatnya :

1. 1st layer- kek swiss roll dipotong dan susun rapat2 di dalam bowl. Suggest guna bowl tinggi dan warna jernih. Supaya nampak cantik dari luar.

2. Air yg telah ditapis dari tin fruit cocktail di siram sedikit demi sedikit ke atas kek swiss roll tadi. Supaya kek lebih sedap dan moist.

3. 2nd layer - masakkan jelly crystal follow apa yg dicatatkan pd kotak tu. Guna perisa strawbery warna merah. Tuangkan ke atas kek tadi. Biarkan sejuk dan keras.

4. 3rd layer - campurkan 4 sudu penuh tepung kastard, 1 tin susu cair, gula dan air satu tin susu cair tadi. Gula mengikut citarasa masing2. Aku lebih suka yg kurang gula. Kacau dan masakkan atas api yg perlahan. Kacau sampai kastard jadi likat. Tuangkan rata ke dalam bowl tadi. Biarkan sejuk dan mengeras.

5. 4th layer - tuangkan buah-buahan dari fruit cocktail tadi ke atas castard tadi.

6. 5th layer - kalau ada lagi kek swiss roll tadi, susun sekali lagi ke atas adunan ini.

7. 6th layer - masak sekali lagi jelly crystal. Kali ni guna perisa orange pulak. Seperti biasa tuangkan ke dalam bowl tadi. Biarkan sejuk dan mengeras.

8. 7th layer - buat layer kastard sekali lagi. Tuangkan ke atas adunan.

9. 8th layer - Jika guna whipping cream yg jenis spray, spray kan ia ke atas adunan sehingga rata. Jika guna whipping cream jenis kotak. Kena tambahkan air dan putarkan ia. Then tuangkan ke atas adunan.

10. 9th layer - Susunkan buah peach ke atas whipping cream tadi.

11. 10th layer - bakarkan badam hiris sehingga garing. Tabur ke atas adunan. Dah siap!!!

12. Sedia untuk dimakan....yeehaaaa!!




Senang tak? :D. Selamat mencuba !!!!
Kena sentiasa simpan di dalam fridge.

10 comments:

kasihredha said...

Nanti jgn lupa kasi resepi pie & kek coklat pula ya...:))

abiummi_khalish said...

bestnyer kak...terliur tgk..campak skit ke egypt ni..hehehe....:-)

Manja said...

Kak Leez,

Wah sedapnya, meriah bahan2 dia..:)

kieyah said...

kak leez sedapnyer..biler zakiyah leh raser ni???

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

nanti sya bg reseipi sheperd pie plak yea.

Leez M. Saaid said...

abiummi -

senang ajer resipinya. Abi boleh ajer buat kat sana.
Kalau nak suh sy campak ke egypt...berkecai lohhh!!!

Leez M. Saaid said...

Manja -

ha'ah meriah dan senang ajer nak dptkan bahan2 tu. Yg penting...ia sedap!!!

Leez M. Saaid said...

zakiyah -

nanti akak buatkan yea. Hehehe.

momma said...

wah banyaknya layer...yummy2

ijum said...

tq 4 d recipe.....x sabar nak buat