Salam Aidil Adha semua. Dah nak seminggu baru nak wish kan..huhuhu.
Nak citer sikit pasal pengalaman aku beraya raya haji ni di negara orang pada tahun lepas. Pertama kali aku beraya di perantauan. Ingat lagi pada petang menjelang hari raya, ketika itu aku masih berada dalam train dari Brussels menuju ke London. Sampai London petang tu .... sempat tolong M memasak kat rumah dia. Then, malam after dinner kami pi tengok cinema. Orang duk bertakbir aku plak selamba gi cinema..huhuhu.
Esok paginya plak, awal pagi dah berangkat ke London for sight seing and shopping. Takda langsung suasana beraya. Dalam keta M, aku sempat call my mum to wish Selamat Raya Haji..hehehe. Macam kelakar plak rasanya. Siap bgtau my mum kami nak pi beraya kat London ni..huhuhu...beraya apa bendanya....tapi berjoli shopping. Hahaha. Itulah kenangan aku beraya di London. Gambar di atas mengimbas kenangan di hari raya....tak kuasa mak nak pakai baju kurung gi London. Mak siap posing gitu di London Tower Bridge....wehuuuu.
Tahun ni aku beraya sakan dengan bermacam-macam juadah yang aku buat sendiri. Sakan naaa!! Masa raya puasa lepas macam-macam nak buat tapi sebab aku busy sangat tiap kali hujung minggu dan masa raya tu jugak aku kan baru lepas baik sakit....tak berkesempatan. Sempat buat choc cake ajer.
Kali ni sempena raya haji aku pulun sakan nak masak macam-macam. Bukan pasal ada open house ke apa tapi pasal aku bersemangat nak buat macam-macam. Maka jadinya aku buat choc cake, caramel puding, trifle, sheperd pie dan mak aku buat sandwich cake. Mak aku jugak masak nasi beriyani, ayam beriyani, daging dendeng dan acar timun. Licin semua lauk pada hari raya haji tu. Kepada yang datang raya haji tu memang rezeki korang lah yea. Pada yg tak datang tu...hmmmm memang anda rugi...hehehehe!!!
Semoga di tahun akan datang, aku dapat beraya di tanah suci sambil mengerjakan rukun Islam ke lima. Insya Allah. Doakan semoga rezeki aku ada di sana. Ameenn!!!
ni plak adikku izam and family sedang menjamah dessert yg ada. Malam tu jugak makanan habis...Alhamdulillah dengan rezeki Allah dan terima kasih kepada tetamu yg hadir.
6 comments:
sedapnya menu leez...dan sangat rajin..bagus2!!
sdap gila makan smpai nk terpengsan..nasi briyani mmg meletop seyh..hahahaha
rukun 'haji' ke 5??..erk..??? kakleez, masak la lagi..kitorg nk dtg ni..huhu
kak hanim -
taklah rajin pun kak.
sajer nak mencuba resepi baru utk dessert.
aqilah -
Sib baik kata kenyang. kalau tak kenyang.....susah akak nak jawab. Or qilah malu kot nak tambah nasi...heheheh
Burn-Qis -
alaaa....silap daaaa.
rukun Islam kelima namanya.
tunggu raya tahun depan lah akak masak lagi sedap2.....huhuhu.
Post a Comment