Kali ni aku nak jadi wartawan gossip jap melaporkan tentang gossip perkahwinan seorang artis terkenal . Tetiba .... blog ni jadi gossip artis plak kan...hehehe!!
Korang ada tengok tak rancangan Melodi semalam tentang artis ini menafikan sekeras-kerasnya gossip keretakan rumahtangga dia. Entahlah aku no komen buat masa ni sebab aku lama dah dengar tentang gossip tu sebelum bulan puasa lagi. Kesahihan tentang gossip tu...mai sini aku nak citer.
Citernya begini.
Pada mulanya member baik aku ada habaq mai citer ni kat aku. Kawan opis dia ada pi ke Mahkamah Syariah kerana ada urusan dan tetiba dengan kuasa Allah...dia sudah terserempak dengan si artis ini dan suaminya. Kuar ikut pintu belakang naaaa. Setelah di risik dengan orang sana...ghopanya baru lepas hadiri sessi kaunseling rumahtangga. Macam tak percaya jer kannn!! Nampak sungguh romantik tetapi ghopa-ghopanya rumahtangga sedang bergolak. Jangan terkejut si suami pun boleh tahan jugak perangainya...womanizer. Sebelum mereka berkahwin ... si suami juga pernah bercinta dgn seorang artis janda yg sungguh ayu lagi meletop. Siapakah itu????? Ada lahhhhh......
Aku berkongsi cerita ini dengan salah seorang editor hiburan di tempat aku bekerja. Then, tak lama kemudian keluar pulak cerita ini di ruangan hiburan akhbar mingguan. Tetiba macam gossip panaskan. Walau bagaimana pun artis ni pandai cover line you!!!!
Tetiba.... wartawan Melodi pun tanya soalan yg sama kat artis ini semalam. Aku sempat jugak tengok. Takkan lah dia nak mengakukan. Macam nada melenteng ajer si artis ni. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Tak kisahlah kan...kita wait and see ajerlah. Sekarang ni pun kita tengok jarang dah keluar cerita dan gambar mereka berdua kat paper or tv. Sama juga macam kisah dia bercerai dengan bekas suaminya yang pertama dulu. Pun menafikan gossip keretakan rumahtangga mereka...tup tup pergi mahkamah untuk bercerai. Gitulah artis. Hidup penuh dengan hipokrit semata-mata nak mengabui mata masyarakat.
Kalau kawan aku tu nak tipu aku...maka tipulah cerita ini. Korang jangan pulak percaya 100%...aku cuma berkongsi cerita ajer. Baca dan nilaikan sendiri. We wait and see ajerlah. Kita cuma mampu mendoakan agar rumahtangga mereka berdua kekal aman bahagia hingga akhir hayat. Kesianlah kat anak yg comel tu.
5 comments:
tett!! tak tgk melodi tadi tp gigih jgk nak meneka..apakah dia bakal beripar dgn akak ex-gf somi dia? kalau betul jwpn ni means patutla speku ckp bakal meletop klu mereka berdua beripar duai..uhuks~
apepun, si somi tu muka kemain naif lagi, ala2 suci gitu..walhal..aih..unsangkerable~
huhu..rita kee.. sape ke ni..
alahai... sangatlah suspenn :)
fatt and mrs sheikh -
rasanya yg uols teka tu buka artis yg dimaksudkan. Teruskan lagi meneka. Artis ini sangat terkenal dan hubby dia dikategorikan celebriti juga. Ada anak seorang yg sgt comel.
..erra fazira kah artis itu???;p
erra rasanya yg kena tanya dan menafikan sekeras2nya..kan?
Post a Comment