Ads

November 2, 2010

Journey to Melbourne : Puffing Billy and Transfer Out

Salam semua.

Dah beberapa hari tiada di alam maya. Was away for 3 days. Berkampung selama 3 hari 2 malam di PD bersama teman-teman opis sempena Staff Day. So, 3 hari tu lah aku tak bukak FB and check my blog. Sekali bukak blog...waduhhhh banyaknya message kat shout box. Terharu plak seketika. Terima kasih kepada semua pembaca yang masih sudi singgah ke blog yg tak seberapa ini.

Actually i can check daily traffic for this blog. Alhamdulillah dari hari ke hari bertambah reader singgah di sini. Most of them are silent reader. Singgah baca ...pastu senyap. Hehehe. Its okay for me if you all segan nak tegur i. But sesapa yg rajin tegur i kat sini.....lagi i seronok. We can be friend rite?? Jgn tak tahu....ada reader from this blog yg dah jadi my close friend tau. I know that most of them yg singgah ke sini because nak baca travelling journal yg i buat. Actually konsep blog ini ialah ...kalau tak travel...mesti pasal food kan!!!. Kepada peminat travel and food....terima kasih sekali lagi sudi ke sini. Sesapa yg boring tgk i wat coverage pasal food....hmmmm tak payahlah singgah lagi hokay!!!!

Okay....kita sambung balik cerita Melbourne. Tak habis lagi ni. After this entry still have one more entry about my shopping item and FM di Melbourne.





Masih hari yang sama ketika di tulip farm.
After kami dah sampai di stesen Belgrave, kami singgah pula di Puffing Billy. Actually this place is not in our itinerary. But i know about this place from internet. Masa kami sampai pagi di stesen ini aku ada ternampak signboard pasal Puffing Billy. Wahhhhh...kat sini rupanya. And Siti pun dah setuju apa kata kita singgah after balik dari tulip farm. Jalan sikit dari stesen Belgrave ni dah nampak Puffing Billy.

Puffing Billy??? Apa tu? Mesti u all tertanya-tanya benda apa ni?

Puffing Billy is Australia’s favourite steam train and one of the finest preserved steam railways in the world. This century-old steam train continues to run on its original mountain track from Belgrave to Gembrook in the magnificent Dandenong Ranges located 40kms east of Melbourne.
Puffing Billy was built to serve at the turn of the century and is a genuine relic of our more leisurely days. The Railway is the major survivor of four experimental lines used to develop rural areas in the early 1900s. Puffing Billy Railway is now a major tourist attraction and operates every day except Christmas Day, thanks to the tireless efforts of more than 600 dedicated volunteers.

harganya ialah $23 (RM69)




Cuaca sangat sejuk ketika ini. Dengan kami yang sudah basah kuyup kerana hujan yg tidak berhenti dari pagi tadi. Selamba ajerlah gi. Kami sempat catch train pada jam 2.30 pm. Actually it takes about 3 hours untuk cover keseluruhan perjalanan dari Stesen Belgrave hingga ke Stesen Gembrook. Then back to Belgrave again. Akan tetapi kami takda masa nak cover keseluruhan perjalanan. So, kami berhenti di next stesen sahaja. Tukar train pastu balik semula ke Belgrave. Hanya sejam ajer.


Pengalaman naik steam train? Seronok dan exited tau.


Sebab....dapat melihat permandangan perkampungan kehijauan yang indah dan nyaman. Bila kita tengok pokok-pokok kehijauan dengan cuaca yg sejuk macam ni....rasa tenang ajer fikiran di otak ni. Cuma tak tahan nya sejuk gilos. Menggigil kami menahan kesejukan dengan baju yg separuh basah. Train tu jalan terkedek-kedek supaya kita ni dapat menghayati keindahan semulajadi di luar sana. Kalau tak hujan macam ni....tentu ramai dah bergayut kaki pada tingkap train ini. Berdasarkan gambar-gambar yg aku lihat di internet. Tapi apakan daya masa kami sampai ni hujan dan orang pun tak ramai.



di Stesen Belgrave





dalam train ini


bye bye...train dah gerak


train ini ada byk gerabak...so kami berkongsi gerabak dgn tourist frm Philipines







nampak tak asap tu...so traditional kan!!!






perkampungan di sini



kawasan ni di tanah tinggi....sejukkk







History Puffing Billy

The Puffing Billy railway was one of four low-cost 2'6" (762mm) gauge lines constructed in Victoria in the early 1900s to open up remote areas. The present line between Belgrave and Gembrook, through the forests, fern gullies and farmlands of the magnificent Dandenong Ranges, is the major part of the line which opened on 18 December 1900 and operated over 18.2 miles (29km) between Upper Ferntree Gully and Gembrook until 1953. In 1953, a landslide blocked the track and, because of operating losses, the line was closed the following year.

Public interest resulted in the formation of the Puffing Billy Preservation Society, whose volunteers, with the blessings of the Victorian State Government and the assistance of the Citizens’ Military Forces, by-passed the landslide and reopened the line to Menzies Creek in 1962, Emerald in 1965, Lakeside in 1975 and finally to Gembrook in October 1998.





train ini menyusuri jambatan gantung....tengok jambatan tu pun so traditional kan....


segar, nyaman, sunyi dan tenang. I likeee!!!!










nampak tak open window kat belakang aku tu? Kalau tak hujan....dorang dah duduk atas tu dan lunjurkan kaki ke luar. Gitulahhhhhhhhh!!!






masa ni berkabus....sejukkk


nampak tak ladang lembu di hujung tu???








tengoklah kepala train ni.....


kau hadoh????


kalau nak tau...pekerja di sini semuanya golongan tua tau. Baik yg jual ticket, yg memandu train dan juga yg jaga train bila berlepas. Sesuai sangat lah dengan usia train ni kan.


at souvenior shop...pun mcm tradisional ajer souvenirnya. Hehehe.

kat sini juga ada jual barangan toys 'Thomas Friends'.....kartun favourite anak buah aku..memang sesuai benor dgn Puffing Billy ni..hahaha. Aku ada beli FM Puffing Billy....anak buah aku nampak ajer kat fridge... "Ehhhhhh Thomas". Waduhhhh dia sudah nampak. Hahahaha.




Kami sampai di Melbourne City lebih kurang jam 5.30 petang. Ya Allah...kat sini pun sejuk hingga 10 degree celcius. Hujan dari pagi hinggalah ke petang. Kami dah lapar banget. Tadi tak makan apa-apa pun. Hanya minum hot chocolate di tulip farm dan jamah fries sikit.

Kami terus ke Swaston Street untuk ke Nelayan Restoran iaitu juga makanan Indonesia. Tempat ni juga ramai orang. Kami order nasi goreng seafood dengan harga $8.50 (RM25.50). Masa ni nak order juga Bakso...sajer nak rasa. Bila dah lapar sangat nafsu makan pun lain macam. So, aku kata dalam hati....makan nasi dulu kalau tak cukup baru order Bakso. Akhirnya tak order pun....nasi goreng dan sup ekor tu pun sudah mencukupi bagi kami. Makanan di sini ok lah.



suasana di dalam Nelayan restoran. Nais campur pun ada di sini tau.


nasi goreng seafood


sup ekor...indon kata sup buntut





Then, bila dah kekenyangan patutnya kami nak jalan lagi. Sebab kami dah plan nak ke Skydeck Melbourne iaitu menara paling tinggi di melbourne untuk melihat suasana malam Melbourne dari atas menara. Pastu nak gi lepak di Victoria Harbour dan mengambil gambar gemerlapan bangunan di Melbourne City dari Yarra River. Tapiiiiiiiiii...semua tu nan ado. Kami dah tak larat nak berjalan dalam keadaan sejuk melampau ini. Giler punya sejuk. Masa ni pikir nak balik bilik dan tidur ajer. Aku dah telan 2 kali panadol sebab takut demam. Kami ni kan dah berkuyup dengan hujan tadi.....so baik makan panadol cepat-cepat. Rasanya kalau tak sejuk macam ni....kami memang tetap ke sana jugak. Whatt to do kan.

Kaki dah kejang kesejukan dan badan dah letih giler. Akhirnya kami landing di bilik ajorrr. Esok pagi dah nak check out sebab flight kami jam 10.30 pagi. Sangat frust tau.....ada yg tidak kesampaian juga. Takpalah.....dah takda rezeki nak ke sana kan. Lain kali kalau ada rezeki boleh repeat lagi. I think Melbourne ni tak boring untuk repeat lagi...i really enjoy this trip



-----------------------------------------------------------------------



Jam 7.15 pagi kami dah keluar dari hostel. Bas akan datang mengambil kami pada jam 7.30 pagi. A day before that memang dah call Skybus untuk pick up kat hostel kami. Cuma berjalan ke depan sikit di depan Hyatt Hotel ajer. Sejuknya pagi tu. Adoiiii. Aku terpaksa bawak 2 beg....maklumlah beg dah beranak satu lagi...ahaksss!!!!.

Tepat jam 8.30 pagi kami dah pun sampai di Tullamarine Airport. Ramainya orang masa nak check-in. Nak scan beg lagi...nak cop imigresen lagi. Akhirnya terus masuk ke perut pesawat. Tak sempat langsung nak jalan-jalan kat duty free area dalam airport tu. Duit Aussie Dollar ada lagi...aduhai. Apa nak buek.

Selamat sampai di tanahair jam 4 petang. Alhamdulillah. Bagi aku...trip ke Melbourne ini sangat berbaloi dan aku sangat-sangat puashati. Ramai tanya aku...apa yg ada kat Melbourne? Best ke Melbourne tu? Kalau anda seorang yg rajin explore segala ceruk melbourne memang ianya sangat BEST. Tapi kalau korang takat jalan-jalan di bandar...hmmmm...memanglah boring!!!! Satu lagi....anda kena check pergi musim apa. Kalau gi winter time...boleh main ski/snow kat gunung. Kalau gi spring season...boleh tengok tulip. Kalau gi musim panas....menggelupor lah korang...panas sampai 40 degree katanya. Ada berani????

Korang dah baca pasal trip ini dari awal hingga akhir kan??? So, nilaikan ia sendiri. Apa lagi...cepat-cepat booking ticket ke Melbourne.... ~~~~~~~ :p










BYE BYE MELBOURNE...I MISS THIS COUNTRY!!!!!!



9 comments:

sepul said...

macam tak banyak orang ja kat streets... hari bekerja kah?

che'Burn@che'Qis said...

fuhh...best..best..nnti kami musti pigi..

Leez M. Saaid said...

sepul -

time tu awal pagi jam 7.30 pada hari Sabtu. Bukan hari bekerja. Memang sunyi dan sepi.

Leez M. Saaid said...

Qis/Burn -

Tunggu ada promo ticket....beli ajer terus.
Mesti pergi sebab memang best Melbourne ni.

NeenaAnuar said...

sis! thanks for your awesome review about Melbourne! memang leh jadik my guidelines for my Melbourne trip next year.. insyallah... I suke baca all your travel review coz I pun kaki travel gak! and the best part you bagi banyak info which is really helpful! thanks again yeah! ;)

Leez M. Saaid said...

Neena -

Thanks for being a reader of my blog.
Hopefully this review can help u as guidance for your coming trip to Melbourne next year. Insya Allah.
Pergilah time spring...leh tgk tulips.. ;)

cik gold said...

bajet bapa abeh pi sana :D

Unknown said...

betul tuh sis nk tau jgk agak2 berapa total cost tuk travel di sana..bole la prepare ongkosnya awal2 huhuhu

btw mmg ser0n0k bace blog u ni sis..really2 usefullll..keep it up sis!

muhamad nizam semail said...

salam akak. saya peminat baru travelog akak ne.. so interesting coz saya student tourism di uum... this blog really awesome and helpful as a student to make research but dont get any rezeki to go there. total semua perbelanjaan akak ke Melbourne bpe ye?