Ads

June 29, 2009

Sizzling Steak @ Station 21, Bangsar


Nampak sedap tak?
Bukan nampak aja yang sedap...tetapi rasanya memanglah sangat sedapppppppp ...marvelous!!!!

Gambar itu ialah Lamb Chop yang memang terangkat my favourite. Di mana tu? Dekat aja di KL ini. Sesapa yang hendak merasa makanan barat or sizzling steak yang sedap dengan harga yang berpatutan, marilah mencuba di Station 21. Tempat ini hanyalah di food court tetapi orang yang datang makan di sini...fuhhhh ramai giler. Kadang-kadang fed-up gak tunggu lama tak dapat-dapat. Akan tetapi sebab sedap punya pasal, kena bersabar lah ya.

Tahu tak food court yang terletak di sebelah Bangsar Village tu? Station 21 ini terletak di dalam food court itu. Bawah parking dan atas ialah food court. Terletak di bahagian tengah food court dan gerai paling hujung tepi. Kalau nampak gerai yang ramai orang tu...itulah tempatnya.

Actually masa i pergi tu semua orang order Lamb Chop, so i hanya dapat tunjuk gambar Lamb Chop ajalah. Harganya ialah RM15 sahaja. Kenyang makan seorang sebab big portion. Sekali anda sudah mencuba mesti nak datang lagi. Percayalah !!!! Di buka setiap hari bermula petang dan tutup hari minggu.


ini gerainya..... hanya jual western food sahaja...

3 comments:

Lily.Lulu said...

lily suka makan nasi lemak kat situ
kedai yang hujunggggggggg sekali
:D

Leez said...

Lily - Best kan!! Ha'ah nasi lemak kat situ sedapp.

gene said...

tutup pkul brape ye kdai tu?