Nah... tidak sangka rupanya keluhanku dan warga kota yang sering berbelanja ke Pasar Pudu ini telah mendapat perhatian Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Senator Raja Nong Chik Raya Zainal Abidin yang baru-baru ini melawat ke pasar ini.
Lihat gambar di atas ialah keratan akhbar di Utusan Malaysia yang bertarikh 13 Jun 2009 tentang janji Menteri ini untuk menaik taraf pasar ini pada tahun depan sekiranya memperolehi peruntukan yang mencukupi. Itu jaminan dan janji beliau. Tetapi janganlah pula nanti janji hanya tinggal janji. Rasanya janji seperti ini sudah acap kali kami dengar dari mulut setiap menteri yang melawat pasar ini sejak dari dulu lagi. Sekarang sudah 7 kali jawatan Menteri Wilayah Persekutuan bertukar ganti dan diharap sangat Menteri yang sekarang ini mengotai janji beliau.
Kami dah penat melalui jalan yang lecak, menghidu longkang busuk yang tersumbat dan geli melihat air basuhan daging babi yang mengalir merata-rata tempat. Tolong kami ya wahai Pak Menteri!!!!!
No comments:
Post a Comment