Ads

June 16, 2009

My Old Photos @ Kudat, Sabah


It was one year back. Percutian ke Sabah yang entah kali ke berapa. Dulu agak kerap juga bercuti ke Sabah. Suka sangat dengan keindahan bumi Sabah termasuk lautnya yang cantik dan kebiruan. Selalunya i akan turun ke Kota Kinabali terlebih dahulu dan kemudiannya barulah menuju ke destinasi lain di Sabah. Pernah ke Sandakan dengan menaiki kereta selama 6 jam. Aduhh... tak larat betul. Sudahlah jalannya penuh dengan lubang sana sini. Tetapi yang seronoknya tak banyak kereta on the road. Di samping itu permandangan yang cantik di sepanjang perjalanan. Penuh dengan bukit-bukau dan pergunungan. Nampak lah juga puncak Gunung Kinabalu. Melalui jalan ke Kundasang dan seterusnya ke Sandakan. I bertukar ganti memandu with my friend. Di Sandakan, sempat jugalah ke tempat pemuliharaan Orang Hutan di Sepilok.

Pernah juga ke Tawau. Tetapi kali ini ambil direct flight ke Tawau. Then ke Semporna perjalanan selama 1 jam. Stay one nite kat Semporna dan kami naik boat pula ke Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Percutian yang sangat santai dan seronok.

Ok this photos pula percutian ku ke Kudat pula. Unplanned trip. Sepatutnya stay kat KK aja. Last minute my friend tu ajak ke Kudat pula. Perjalanan selama 3 jam setengah. Kudat ini terletak di belah utara Sabah. Permandangan di sini pun cantik juga. Penuh pepohon kehijauan, pergunungan, sawah padi dan perkampungan. Jalannya lurus aja dan amat santai sekali. I stay kat Marina Golf and Resort. Cantik sangat tempat ini. Di belakang hotel permandangan laut dan di hadapannya ada lapangan golf. Cuma masa tu i tak ambil gambar banyak sebab moodku sudah hilang. Hehehehe. Yang paling ku kesalkan ialah tak sempat nak ke Simpang Mengayau. Sudah ler sampai di Kudat dah malam.

Esoknya jalan-jalan di bandar Kudat dan tepi pantai berdekatan. Sempat beli udang segar di Pasar Kudat. Murahnya kat sini dan malah lebih muah daripada di KK. Petang tu juga terus balik KK. Percutian ke sini sebenarnya best tetapi mood ku ketika itu yang tidak best. Ada aja benda yang tidak kena. Temanku sudah 'pusing' dengan kerenahku...lantas kami terus pulang ke KK. Hehehehe.....kelakarkan.


jualan buah jagung dan rambutan di tepi jalan menuju ke Kudat
di Marina Golf and Resort...... nampak ada heli dtg beli makanan di hotel ini. Heli ini dari pulau berdekatan.
permandangan di hadapan lapangan golf

penuh kehijauan

Kalau ke Sabah tidak sah jika kita tidak menikmati seafood di sini. Segar dan amat enak sekali. Sampai di KK kami makan seafood di restoran ini. Boleh pilih apa saja jenis seafood yang kita nak dari dalam akuarium seperti di dalam gambar di atas. Ada udang, ketam, lobster dan ikan.
Selalunya memang i akan order udang dan ketam. Very the lazat. Ikan jarang i order sebab orang sini tak pandai sangat masak ikan. Selalunya saama ada mereka stim aja or bakar. Hmmm...kat KL pun melambak. Normally i akan order udang masak butter.....sedapnyaaaa. Rindu lah nak pi Sabah lagi. Tunggu dulu yea....kena beri tumpuan pada projek besar-besaran lepas raya ni.


masa ni tengah breakfast kat sebuah restoran di KK.......

3 comments:

farmasi said...

tumpang tanya gambar macam homestay / chalet tu kat mana?

@xiM said...

nak pi jugak KK on one fine day nanti..mind to share tips to KK?

Leez said...

Farmasi - You mean chalet yang kat masthead tu ke? Ooooo...gambar itu di ambil kat Mutiara Taman Negara, Pahang. Such a beautiful place.



Axim - Ooo.....no problem. Tanyalah apa saja pasal KK. Insya Allah mana yang i boleh bantu...dont mind to share with you. Tapi pengerasnya ada...hehehe!!!