Ads
June 6, 2009
Oh.. Pasar Pudu !!
Di sinilah setiap minggu i menemani my mum untuk berbelanja ikan dan sayur. Menjadi suatu routine bagiku setiap minggu on saturday morning. Buat stok untuk seminggu. Sejak papaku meninggal, tugasan ke pasar menjadi tanggungjawabku.
Sejak kecil hinggalah sekarang keadaan pasar ini tidak berubah. Sudah acap kali kedengaran kawasan ini mahu dibaik pulih dan dinaik tarafkan tetapi sehingga sekarang masih lagi macam dulu. Kotor, lecak, tidak terurus, sesak, tidak teratur dan malah dipenuhi dengan peniaga warga asing. Memang tidak dinafikan, apa saja jenis ikan kita nak cari memang ada disini dan harganya pula amat berpatutan jika dibandingkan di pasar lain malah di Pasar Chow Kit pun lagi mahal daripada disini. Akan tetapi, kenapa tidak ada usaha untuk renovasi tempat ini supaya pasar ini nampak yang lebih cantik, teratur dan bersih.
Ikutkan hati memang malas nak berbelanja di sini tetapi mamaku kata di sini banyak pilihan ikan dan sayur. Nak kata fresh sangat, tidaklah juga. Malah di penduduk di kawasan berhampiran dan peniaga restoran memang akan ke pasar ini untuk berbelanja. Apa saja kita nak cari, semuanya ada dan tidak ada masalah lah. Orang ramai memang sentiasa sesak dan penuh.
So, diharap pihak DBKL dapat membuat sesuatu membaik pulih pasar ini demi kepentingan dan keselesaan warga penduduk untuk berbelanja. Itu satu hal, lagi satu masalah ialah parkir. Memang azab kat sini. Selalunya i akan turunkan mamaku dahulu. Then, i akan tunggu sebentar di luar tapak parkir bawah jambatan itu menantikan kereta yang mahu keluar dari parkir. Masalahnya, kereta di situ bertindan-tindan. Kadang-kadang boleh jadi gaduh untuk berebut parkir. Bukan free okay, kena bayar juga. Ada mesin pembayaran parkir di situ. Azab betul!!!
Entahlah benda ni memang dah jadi lali setiap minggu. Suka ke...tak suka ke...kena juga pergi setiap minggu. If not, kena kuar duit lebih sikitlah berbelanja di tempat lain. Itu yang malas tu!!!
Lihatlah keadaan pasar ini.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment