Last Saturday lunch hour, pergi makan kat Restoran Seoul Garden di Plaza Pantai. First time mencuba makan di sini. It was recommended by my brother, Izam. Dia pernah makan di sini dan last Saturday dia & family ajak my mum and me took lunch here.
Makanan apa ada di sini?
Makanan Korea .... ada BBQ (ayam dan daging, udang, sotong), steamboat, sayur-sayuran Korea dan macam-macam jenis dessert. Sedap sangat especially the BBQ. Jangan risau, makanan di sini Halal. Ada beberapa jenis daging dan ayam yang telah di merinate dengan pelbagai perisa. Ayam dan daging itu akan dibakar pada kuali yang disediakan pada setiap maja. Di bahagian tengah kuali itu ada periuk yang diisi dengan kuah Tomyam sebagai steamboat. Steamboat pula ada disediakan pelbagai jenis fish cake, seafood, mee dan sayur-sayuran. Nasi putih dan mee pun ada. Cuma yang kurang di sini ialah kuah dan sos pencicah dia kurang pedaslah.
Dessert pula ada pelbagai jenis iaitu fruits, abc, rojak petis, rojak mamak dan pelbagai jenis agar-agar. Kenyang sangat makan kat sini. Memang puashatilah. Kami makan waktu lunch dan tidak berapa ramai sangat orang. Kalau pergi waktu dinner, better buat reservation dulu kerana penuh. Lagipun menu untuk dinner ada lain sedikit kerana ada pertambahan untuk lamb dan ketam. Harganya pun mahal sedikit. Kalau nak buat majlis harijadi pun boleh tetapi mesti minimum 5 orang dan dapat seorang free untuk yang menyambut harijadi. Ada discount 50% seorang jika anda bayar minimum seorang untuk harijadi juga.
Kalau sesiapa yang hendak mencuba makanan BBQ Korea ini, bolehlah pergi ke Plaza Pantai. Berhadapan dengan Angkasapuri, Lebuhraya Persekutuan. Tetapi kena ikut Jalan Pantai Baru, Bangsar. Bangunan ini betul-betul di Stesen LRT Kerinchi. Jangan risau pasal parking kerana anda boleh parking di hadapan restoran ini aja.
6 comments:
Hai Liz, boleh ganti maria tunku sabri dlm JJCM ni.
Anony - Ha'ah yo lah tu. I tengah tunggu offer dari TV3 ni menggantikan Maria tu. Hik hik !!!
betul!betul!betul!..Kak Leez ada tokohlah jd Maria JJCM..hehehe
kat penang pun ada seoul garden ni di JURU auto city..nanti nak try jugak lah..
alin- jgn lupa tonton JJCM bersama cik leez versi blog minggu hadapan yea...muahaha
axim- try jgn tak try.... sodap tau.
tgkp leleh saye ha..
adoi sedapnye.
:)
Post a Comment