Semenjak kes Manohara Pinot mendapat publisiti meluas di dada akhbar dan tv baik di Indonesia mahukan di Malaysia serba sedikit menjejaskan perhubungan jiran tetangga antara Malaysia dan Indonesia. Cukup-cukuplah tu media di Indonesia. Udah lah. Media kami di sini pun ada menulis tentang kisah ini tetapi tidaklah sampai berhari-hari sehingga menenggelamkan berita-berita lain yang lebih penting daripada berita picisan yang membuang masa ini.
Itu belum lagi tulisan berbentuk penghinaan di dalam blog dan forum yang mencaci-maki Malaysia hanya kerana kisah sang cinderella pujaan Indonesia ini. Janganlah kerana kesalahan seorang ini makanya seluruh rakyat Malaysia dihina, dicaci dan dimaki. Itupun kita tidak tahu kebenaran kisah ini. Yang mana satu benar.
Itu belum lagi kisah ngeri temanku yang baru pulang melancong di Jakarta. Ketika itu dia sedang berbelanja di Tanah Abang, penjual di sana perli rakyat Malaysia dengan perkataan 'Ganyang Malaysia...Ganyang Malaysia'.... 'Malingsia'. Aduh sungguh pedih sekali. Kami tidak bersalah ya ibuk-ibuk. Kami datang ke sini untuk berbelanja....membantu ibuk-ibuk melariskan perniagaannya. Bukan untuk bergaduh. Aduhhhh...
Satu lagi kisah ketika dia hendak menukar wang ringgit di sebuah bank di Tanah Abang. Baru aje sampai di pintu....belum ke kaunter tu...udah ditegur oleh pengawal di situ. " Kami tidak menerima wang ringgit"...wahhhh sombongnya. Terus kawanku itu berlalu pergi. Aduhh pak janganlah sombong gitu. Kami ni datang berbelanja di sini serba sedikit membantu pengaliran wang rupiah dan membantu ekonomi negara bapak juga. Janganlah berlagak macam tu. Udah ler kerja pengawal aje....berlagak macam boss besar pulak ya.
Itulah serba sedikit tempias yang terkena kepada rakyat Malaysia yang datang melancong ke Indonesia. Tapikan i rasa, bukan semua rakyat Indonesia bersikap sedemikian. Tetapi majoritinya ya. I tak rasa typical Indonesian yang educated dan bijak pandai perangainya begitu. Maybe they are more open minded dalam menangani isu ini. Yang buat bising-bising ini semua typical Indonesian yang low education, semangat kenegaraan yang kuat dan suka cari gaduh dengan Malaysia. Hello!! ingat sikit ya, Malaysia dah banyak membantu korang memberi pekerjaan kepada rakyat kamu yang miskin tiada pekerjaan itu. Malah ada yang sudah jadi kaya raya disini...kumpul harta. Itu belum lagi yang menghantar wang berjuta-juta rupiah ke kampung. So, tolonglah jangan cari gaduh lagi dengan Malaysia. Kita ni negara serumpun, seagama dan malah ada yang sebangsa. Tidak usahlah kita gaduh-gaduh hanya kerana isu yang kita tidak pasti kebenarannya. Biarlah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah.
Semasa i berada di Bali tempohari. Ada juga berbahas dengan Pak Isme tentang kisah ini. Pak Isme ada pandangannya sendiri tentang isu ini dan i juga ada pandanganku sendiri. So, kami tidaklah pula bergaduh malah kesimpulan yang kami buat....kedua-duanya ada kesalahan masing-masing. Yang bagusnya Pak Isme memang open minded dalam memberi pendapat tentang isu ini. Betul kan Pak Isme!!! Hehehe..
We just wait and see siapa yang kena.
7 comments:
jom kita ganyang INDON pulak nak?haha
Axim- Hahahaha..... jom. I pun dah lama tak ganyang orang ni. Acah je. Tak baik tau....dosa!!!
actually the backlash from indonesians is more due to the ambalat issue - our patrol vessels encroach into the disputed ambalat area. to make matters worse, the malaysian govt was slow in giving out clarification and apology. dulu masa jet fighters s'pore masuk our airspace kita marah s'pore govt kan? and to some extend kita marah singaporeans too. same case here.
GG - the ambalat issue masih dalam perbincangan. Ada isu missunderstanding here. Tiada penetapan batas sempadan berikutan tuntutan bertindan oleh Msia and Indon. It is not becoz of our government slow in giving clarification. Apology? Hmmm...what for?
saya pun baru balik dari bandung/jakarta, naik muak pulak bila nonton tv beritanya pasal Mano dan Siti Hajar(maid yang kabarnya kena dera oleh majikan). Ada pulak nama gerai ayam goreng mano...waduh..laris sekali itu mano..
Tapi kita lihat aje apa cerita sebenarnya...
Melayno
Anoy- Biasa ler....Indon ni kan suka memperbesar2 kan sesuatu isu...yang rakyat dia pun percaya bulat2..hmmmm
hak kak..
Biasalah kak..dulu singapura dngan philipines..ni sekarang macam ni..they are just ignorant lah kak...
Post a Comment