Ads

November 30, 2011

Part 1 : Jalan-jalan @ Temerloh - Majlis Kahwin


Kali ni nak cerita pasal jalan-jalan kami sekeluarga ke Temerloh sambil mengisi undangan ke majlis perkahwinan sedara. Sebelum kami bertolak ke Temerloh...singgah dulu di Ampang untuk satu lagi majlis kahwin yang diadakan di sebuah dewan. Nice place coz dewan ini baru ajer dibina. Lokasinya betul-betul di sebelah rumah my bro yg baru dibeli tu....di dewan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)....cantik dewan ni.


Kami sampai pukul 11 pagi dan sempat lagi makan nasi sekejap di sana. Rasanya kami adalah tetamu yg pertama sekali sampai...huhuhuhu. Alhamdulillah dah kenyang...bolehlah memulakan perjalanan kami ke Temerloh. Lebih kurang pukul 11.45 pagi kami pun bertolak.


Perjalanan melalui Karak Highway pada mulanya smooth ajer. Bila sampai ajer kat terowong sebelum ke R&R Genting Sempah...tetiba jalan dah start jammed. Panjang woohhh....lebih kurang setengah jam jugak kami caught in traffic jam. Rupanya ada lori simen terbabas tepi longkang besar. Tapi masalahnya tak ganggu pun lalu lintas. Habis tu...semua duk peratikan lori tu....maka tak pasal2 jalan jadi jammed...gilosss. Sakit jer hati masa tu.......padahal bukan aku yg drive...ahaksss!!!


selesai sudah makan...kenyang soiii...

lihatlah dibelakang kami takda owang....cantikkan dewan ni




Gambar diatas ialah majlis kahwin satu lagi yg diadakan di Temerloh. Kami sampai sana lebih kurang pada jam 2.30 petang....huhuhu. Terkezut gak sebab masih ramai tetamu yg tengah makan masa kami sampai. Ohhh...sib baik masih sempat lagi. Actually kami dah kenyang pun tetapi untuk mengambil hati tuan rumah.......kenalah jamah sikit.


Sempat bergambar dengan pengantin baru. Selamat pengantin baru Aiza dan hubby...semoga berbahagia hingga akhir hayat Insya Allah. Pastu kami semua lepak di rumah besan my mum sementara menunggu my bro yg sorang lagi sampai dari KL. Dia lambat skit coz his wife kerja balik half day. Lebih kurang jam 3.30 petang gak dia sampai. Then, jam 4 .30 petang kami semua berangkat ke Rest House Temerloh. Plan asal nak balik hari ajer....tapi my bro Izam suh lepak kat Temerloh satu malam and he arrange everything booking Rest House tu....oklah!!


wajah pengantin baru...


ini adalah.....reception di Rest House Temerloh. Aku terlupa daaa nak snap gambar bilik. For me...oklah biliknya ada 2 katil queen. Bilik juga sangat besar dan bersih. Boleh lah anak buah aku berlari-lari main kejar2. Ada wifi gitiewwww!!!! Rate ialah RM100 utk satu malam...murah!!!



balik bilik kami bermandi-manda....then lepak kejap di cafeteria rest house ini....minum teh tarik gitiewww...



Then, kami semua bergerak untuk melihat panorama Sg Pahang di Esplanade Temerloh. Huhuuuu.....air sungai sangat keroh weiii.... musim hujan kan. Sib baik masa ni tak hujan pun...tetapi masa kami berada di rumah pengantin tu....hujan selebat-lebatnya.


As you know...Temerloh adalah terkenal dengan ikan patin. Orang yg datang jauh sanggup berhenti di Temerloh semata-mata nak makan ikan patin tempoyak special dari Temerloh. So, malam tu kami satu family memang plan nak cari ikan patin tempoyak. So, before that...kami nak mencari durian kampung pulak. Alahai...tak jumpa lah. Agak frust jugak sebab teringin sangat nak makan durian. So, petang tu kami just lepak-lepak menikmati panorama Sg Pahang yang keroh itiewww...ahakssss.



Temerloh here i am...



ini adalah jambatan gantung....tapi frust sebab masa ni ditutup...


my bro izuan and family


my bro idham and family




me @ Esplanade Temerloh


bergambar beramai-ramai di sebalik nama Temerloh tu...






malam tu kami menikmati makan malam di cafe Rest House ajer......... yg terkenal dengan steamboat....ramai betul orang malam tu di sini. Makanan di atas ialah ayam masak halia...sedap!!!!


ayam masak cashew nut....pun sedap


kailan oyster...


kangkung belacan


the one and only tempoyak ikan patin.....sedap gilosssss!!!!!


butter prawn...sedap


ikan patin steam..... biasa-biasa ajer....



gambar ini adik aku sajer nak snap candid masa aku tengah makan sambil duk check FB di phone.....huhuhuhu.....rasa muka mcm kartun pun ada hahahaha.



ok next entry aku sambung citer apa yg kami buat di pagi hari di temerloh....tungguuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!









8 comments:

Lily Riani said...

tempoyak gilai... peberet!!!!

JPS nye dewan leh sewa ke??? umah i 3 mins from tehre (but bukan bangalow tuh ler). cafe resthouse, lain kali i nak gi try heheh..

Rozita said...

sedapnya nampak patin masak tempoyak.... terasa rasa kesedapannya.

Yan said...

sernoknya ke sana. makan patin tempoyak lagi.. akak suka makan kat tepi sungai tu..

Leez M. Saaid said...

Lily -

umah u kat mana?
mesti umah kita dekat kan.
yea dewan tu boleh disewakan utk majlis kahwin...dewan baru dan cantik.

yeap...makanan kat cafe rest house mmg sedap...and ramai org yg makan.

Leez M. Saaid said...

rozita -

mmg sedap and feveret sy jugakkk.
tp kat kl ni susah nak dpt yg sedap mcm ni...jawabnya kena gi temerloh kalau nak rasa tempoyak ikan patin.

Leez M. Saaid said...

kak yan -

yg kat tepi sungai tu tutuplah kak sebab masa tu air sungai naik and depa tutup kedai...

Anum said...

hahaha temerloh best

kasihredha said...

cantik gambar akhir tu..
maksud akak...orgnya yg cantiksss
mata...everything...cantikk