Ads

November 16, 2011

Jom Ke Final Cabaran Sihat @ AEON AU2 Setiawangsa


Cabaran Sihat dah sampai ke penghujungnya. Pejam celik pejam celik sudahpun berlalu 6 minggu cabaran sihat ini. Sekejap rasanya masa berlalu. Tetiba aku jadi sedih dan sebak pulak bila event ni dah nak habis. Sebabnya....kami semua akan berpisah setelah perhubungan yang terjalin kian mesra dan rapat. Sooobbbb...sooobbb (nangis!). Lepas ni aku dah tak sibuk lagi tiap pagi Sabtu duk ke hulu hilir mengendalikan aktiviti-aktiviti cabaran sihat dan dari isnin hingga Jumaat stress membuat persiapan untuk aktiviti hari Sabtu tu. Fuuhhhhh.....tamat sudah aktiviti.


Dan pada hari Sabtu ini iaitu pada 19hb Nov akan diadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada peserta yang dapat menurunkan berat badan paling banyak dan dapat memberi penuh komitmen pada aktiviti yg kami buat. Hari sabtu ini juga buat kali terakhirnya kami akan menimbang berat para peserta. Pelbagai acara pentas akan diadakan pada hari tersebut. Di mana??? Oh yea lupa plak nak bagitau.


Tempat : Ruang Legar, AEON AU2 Setiawangsa, KL


Tarikh : 19 Nov 2011 (Sabtu)


Masa : 3 petang




Bunting di atas aku letakkan di pintu masuk ke Jusco Setiawangsa. Kami memang open to public majlis ini untuk memberi peluang penonton melihat acara pentas yg dijalankan dan semasa pengumuman juara. Disamping itu, juga terdapat booth yang dibuka pada jam 10.30 pagi...dimana pengunjung boleh menjalani pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA. Juga terdapat games untuk orang ramai...ada hadiah tau!!! Kawan-kawan semua jangan lupa datang!!!

Kalau ada sesapa yang nak tengok Kevin secara live...boleh lah datang nanti. Kot2 ada sesapa nak jumpa empunya blog ini...pun boleh. Hikssss (perasan tak sudah!!).

Oklah aku nak highlight skit pasal event Cabaran Sihat ini. Ada beruk mana entah letak comment pada shoutbox aku..... mengatakan mcm kelakar aku organize this event (cabaran sihat) sedangkan badan aku sendiri sihat. Hmmm...tulah manusia ni. Tolong bertanya dulu sebelum memberi comment. Bak sini aku terangkan. Aku bekerja di syarikat media di bahagian marketing dan brand. So, kerja aku ialah membuat marketing dan organize event yg related to magazine yang kami terbitkan. We organize lots of event seperti Pertandingan Memasak, Secretary Week, Workshops, Konsert, Seminars dan mcm2 lagi. So, aku telah diamanahkan oleh bos untuk handle Cabaran Sihat ini. Aku hanya organize dan aku bukan consultant kepada peserta2 semua ni. Yang menjadi consultant ialah Kevin Zahri. Ohhh kalau nak organize cabaran sihat...seorang organizer mesti kurus lah yea?? Hahaha lawak. Kalau nak organize konsert....seorang organizer mesti pandai nyanyilah yea?? Kalau nak organize pertandingan memasak...seorang organizer mesti pandai memasak lah yea??? If i am the consultant of this event....then only you can question me why. Susah jadi blogger ni...ada ajer yg tak puashati dan irihati.

Ok guys!!.....jangan lupa singgah ke AEON AU2 Setiawangsa untuk menyaksikan majlis penutup ini. Byeeeeeeeeeee!!!!!!

15 comments:

Rozita said...

Pedulikan aje orang yang ada PHD ni leez. Anggap diaorang ni tak wujud. Syabas, event ni dah hampir tamat. Tentu lega kannn ?

Anum said...

nice event

Anggerik Berduri said...

pedulikan ape orang ckp. orang kurus belum tentu boleh buat & belum tentu boleh join all the activities.

Bulat said...

u cabar je 'pengomen' tu buat event jgn nak kutuk org je..haha hidup leez!

juliya mohamed @ mohd jusoh said...

kalau hati tu busuk mmg susah kak,,pedulik kak! yang sy tau sebagai salah seorang peserta event ini mmg best dan berjaya kak! byk berjasa pada kami! tahniah kak! hanya yang menyertai lebih mengetahui program ini berjaya tidak! korang (dia tu yg busuk hati tu) ade??? haha..moga program ini berterusan pada akan dtg..hidup kak leez!!!

Miss. Tina said...

Persetankan dengan orang yang x bertamadun tuh....so typical minded. Yang penting you do your best and wish you best of luck for your this weekend event.

AKO @ retna said...

rugi nya x dapat join ehhee..
camne pemiilhan cabaran shat ni dl?

Leez M. Saaid said...

Rozita -

alhamdulillah dah habis pun dan lega sgt2. Tulah mulut manusia kan susah nak tutup. Tp....sy tak kacau org...so sy malas nk layan org yg ad sifat mendengki ni.

Leez M. Saaid said...

anum-

thanks anum. mmg nice event dan hope leh sambung lagi next year.

Leez M. Saaid said...

aqilah -

yess....org kurus tak tentu boleh handle this event and larat nak joint aktiviti2 ni..bravo qilah.

Leez M. Saaid said...

bulat -

tulah org yg pandai mengata ni cakap senang...cuba buat...terduduk dibuatnya. Hmmm....mcm2 perangai manusia ni kan.

Leez M. Saaid said...

juliya -

thanks juliya, peserta2 semualah yg memberi semangat pd akak utk membuat yg terbaik spy event ini berjalan dgn sukses. alhamdulillah semua dah habis dan capai objektif dan target yg diharapkan. Syukur pd Allah.

Leez M. Saaid said...

tina -

thanks tina. Appreciate your comments. Susah kan kalau ada perasaan hasad dengki ni....camana melayu nak maju. Typical malay sangat.

Leez M. Saaid said...

Ako -

dah habis pun cabaran sihat ni. Insya Allah akan disambung lagi next year. Nanti rajin2lah tgk paper utusan. Kami pilih sesapa yg obesiti sahaja.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

baru baca.. betul tuh x semestinya kna pndi menyanyi blh organised even nyanyi..

sabojer lah..