Ads

November 25, 2011

Cabaran Sihat - Majlis Penutup & Pengumuman Pemenang @ AEON AU2 Setiawangsa


Alhamdulillah dah habis program cabaran sihat ini dan tetiba terasa sebak pulak sebab dah takda lagi berjumpa dengan para peserta dan penasihat kecergasan yg disegani Mr.Kevin Zahri. Kalau tak...setiap hari Sabtu pagi aku dah bangun awal untuk aktiviti kecergasan bersama-sama para peserta semua. Lepas ni...dah takda lagi....alahai sedihnyaaaaa (nangis!!!!!).


Gambar di atas ialah pagi Sabtu yg lepas ketika mereka berada di sebuah studio tarian bagi latihan menari tarian pocho-pocho twist dibawah pimpinan seorang peserta juga iaitu Shaiful Sazli. Masa ni aku kat Jusco Setiawangsa tengah sibuk membuat persiapan majlis penutup petang tu. So, aku memang takda masa nak tengok camana dorang semua buat latihan menari. Oklah tu...as long as ada rentak dan ikut step. Tak bolehlah perfect mcm penari-penari profesional.


Malam sebelum tu aku dah terpacak di sini untuk persiapan dekorasi pentas. Aku balik rumah dalam pukul 1 pagi jugak. Then, pagi tu lebih kurang jam 8.30 aku dah sampai di sini semula. Fuhhh...penat giler masa hari tu. Dalam kepala aku ni...banyak benda nak fikir. Syukur Alhamdulillah dengan bantuan teman sepejabat dan team iSihat yang lain...majlis ini berjalan dengan lancar. Aku sangat-sangat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan.



peserta baru sampai...sempat lagi posing di pintu depan Jusco Setiawangsa iaitu di area yang aku letakkan bunting promosi...hehehe



sementara menunggu majlis bermula...peserta mencuba kehandalan masing-masing dalam game gusti lengan


rehat sebentar.....tengoklah muka masing-masing...dah kecut skit berbanding pada majlis pelancaran yang lepas...6 minggu sudah berlalu.


majlis dimulakan dengan persembahan tarian pocho-pocho twist oleh para peserta....cayalah korang!!!


next ialah demonstrasi pemakanan pintar oleh Dr Aishah daripada Sg Petani


next...ucapan ringkas daripada Mr. Kevin Zahri...pakar pemakanan dan kecergasan juga merangkap penasihat bagi program ini. He did mentioned my name ketika ucapan ini di atas kejayaan menganjurkan program ini dengan jayanya....bertungkus lumus selama 2 bulan lebih. Hehehe...malu dan nevesnya masa ni sebab semua mata memandang ke arahku. Thanks Kevin for that appreciation.


para peserta bergambar dengan YB Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Sri Zulhasnan Rafique yang merasmikan acara penutup ini. Terima kasih YB .....


para pemenang bersama YB dan pengurusan kanan syarikat tempat aku bekerja


tahniah kepada ketiga2 pemenang ini. Aduhai Shah...ko posing mcm tu mcm nak bagi penumbuk jer kat juru foto ni..hahahaha


next...persembahan tarian Bollywood dan Belly daripada Shah Crew Dance


terima kasih yg tidak terhingga kepada para penaja yg bermurah hati menaja sumbangan wang tunai, barangan dan lokasi bagi program ini. Penaja utama ialah Kementerian Kesihatan Msia dan diikuti oleh Adidas, Celebrity Fitness, Bizzy Body, FRIM, Figos, Jari Spa, Temasek Growth, Go Cell dan Adabi. Juga terima kasih diucapkan kpd YB Setiawangsa di atas sumbangan tajaan makanan kami petang itu.


peserta meraikan kemenangan peserta tempat pertama...Fadhlul Hadi....tahniah yea!!



ini satu-satunya gambar aku....tu pun sempat ditarik oleh peserta utk bergambar bersama. Aku bawak camera tetapi mana ada masa nak snapping sebab busy yang teramat sangat. Kepada teman-teman blog reader yg hadir ke sini dan tidak berkesempatan nak jumpa aku....maaf byk2...alaahhh frustnya. Memang aku busy giler masa ni....sehinggakan ada seorang reader yg takut nak tegur aku masa ni...hehehehe...kenapa takut plak? Tegur ajer...Insya Allah aku cuba layan mana yg termampu.



pemenang bergambar dgn Kevin.....


beginilah telatah setiap peserta bila melihat pic masing-masing di atas pentas...so apalagi masing2 duk sakan tunjuk tangan ke arah gambar masing2...heheheh lawaklah korang ni. Aku yg kat bawah tu...senyum jer tengok dorang....hehehe.


jamuan minum petang kami hari tu ialah di Restoran Black Canyon. Masa ni aku busy urus pasal makanan tetamu dan VIP...so tak sempat nak duduk makan2 bersama peserta semua. Anyway...aku seronok bila tengok dorang semua enjoy petang tu. Syukur Alhamdulillah.



Ok...sekian sahaja majlis penutup pada hari tu. Fuuhhhhh lega sangat bila dah selesai semuanya. So, sekrang ni aku sakan duk nak buat report mengenai program ini untuk disubmit kepada penaja utama kami. Insya Allah jika report ini berjaya memikat mereka berdasarkan sasaran dan objektif yang diinginkan....kami nak sambung lagi tahun depan dengan budget yg lebih besar Insya Allah. Aku kena buat postmortem skit mana2 aktiviti yg tidak sesuai mungkin akan dikaji semula utk tahun depan. Harap ada lagi penaja di luar sana yang sudi nak menaja program ini tahun depan...sangat2 kami alu-alukan.


Ok mengenai proses penurunan berat badan para peserta....average penurunan berat badan seorang peserta ialah sebanyak 6.5kg. Pemenang pertama telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13% atau 11 kg. Pemarkahan pemenang bukan sahaja bergantung kepada peratusan penurunan berat badan...tetapi juga diambil kira pada komitmen peserta terhadap aktiviti2 yg dijalankan. Peserta yg paling banyak turun berat badan ialah 16 kg atau bersamaan 10% tetapi sedihnya dia hanya berjaya mendapat tempat kelima. Takpalah Abdul Azim....boleh cuba lagi dan ini merupakan satu kejayaan peribadi yg paling bermakna bagi diri kamu....syabas!!!!




p/s - aku nak balas balik kata2 orang yg memandang rendah program ini...sekarang lihat bagaimana berjayanya program ini. Selepas kejayaan program ini....ia membuka mata ramai pihak yg datang contact aku utk joint sebagai peserta jika ia diadakan lagi tahun depan. Alhamdulillah.





6 comments:

Rozita said...

Tahniah leez. Dah habis program ni, nak melancong ke mana ????

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

tahniah pada organizer & para peserta ... cayalah .. ada improvement dan bukti sukses berjaya dgn misi ini ;-)

Anum said...

xtvt yang seronok

Leez M. Saaid said...

Rozita -

alhamdulillah dah habis. Nak melancong dekat2 sini ajer. hehehe

Leez M. Saaid said...

nurul diana -

thank you so much. alhamdulillah event ini telah berjaya mencapai misi. Thanks atas sokongan semua.

Leez M. Saaid said...

anum -

yeap seronok. Akhirnya ku boleh tersenyum puas hehehe.....