Ads

November 21, 2011

Cabaran Sihat - Sukan Berakit @ Riverstone Eco Resort


Syukur Alhamdulillah selesai sudah acara penutup dan pengumuman pemenang Cabaran Sihat yang diadakan sabtu lepas. Terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan event ini. Ucapan tahniah bertalu-talu yang aku terima tentang kejayaan event ini. Syukur padaMu Ya Allah. Next entry aku citer panjang lebar pasal acara penutup ni yea. Sekarang aku nak wat entry pasal aktiviti kelima atau yg terakhir bagi Cabaran Sihat ni. Kesibukan yg melanda tu pasal aku tak sempat nak entry berakit ni awal.


Aktiviti kelima cabaran sihat telah diadakan di Riverstone Eco Resort yg terletak di Hutan Lipur Sg Tua, Batu Caves. Nak cari lokasi utk aktiviti berakit ini merupakan cabaran perit buatku. Puas aku survey sana sini di manakah lokasi yg sesuai dan tidak jauh dari KL. Mulanya nak buat kat Putrajaya bagi aktiviti berkayak tetapi chargesnya sangat mahal wei...tak berbaloi rasanya. Then aku search pulak kt internet mana-mana lokasi yg sesuai. Akhirnya aku terjumpa lokasi ini. Finally, lepas aku berbincang dgn team isihat, lokasi ini kami pilih.


aku rakamkan gambar ini ketika aku datang nak tengok kesesuaian tempat ini..

air sungainya okay tak berapa dalam...


bestnya kalau dapat mandi di sini...airnya jernih gitiewww


di sinilah lokasi yg aku pilih


suasana di dalam resort ini


tempatnya selesa untuk rehat2 kan diri daripada hiruk pikuk kotaraya


specialty food di sini ialah nasi ambeng....harga sedulang RM50 utk dimakan 4 orang. One day aku nak try bawak family aku makan di sini. Food di sini sedap aku suka.



Pagi itu Kevin Zahri tidak dapat hadir untuk acara berakit ini kerana dia terkandas di Bintulu atas sesuatu urusan. So, agak boring pulak bila dia tak ada. Sebab time aktiviti lah para peserta nak berjumpa dan meminta khidmat nasihat daripada beliau. So aku terpaksa memainkan peranan menggantikan tempat Kevin...ahaksss...jangan berangan. Tak lahh.....aku hanya bagi speech sedikit berkenaan aktiviti pada hari tersebut dan sedikit penerangan pasal acara penutup.


Yang sedihnya pada pagi itu cuaca agak tidak baik kerana hujan selebat-lebatnya. Habis plan aku nak berakit di sungai. So setelah berbincang dengan juru latih pada hari tersebut, kami telah mengambil keputusan utk berakit di empangan sahaja. Agak frust aku masa tu. Nak wat camana kan...kami tak nak mengambil risiko jika ada apa2 perkara bahaya berlaku jika kami teruskan berakit di sungai. Kami risau jika berlaku fenomena air dimana air pusing datang dengan secara tiba-tiba. Kebetulan pulak air sungai agak deras dan tinggi.




semasa briefing yang diadakan pada pagi itu...


breakfast pd pagi itu ialah epal hijau...kelassss ko jah!!!!


acara timbang yg wajib setiap pagi sabtu.....


warming up sebelum aktiviti dijalankan


sebelum bermula...para peserta bergambar terlebih dahulu....


selain daripada peserta, aktiviti ini juga disertai oleh staff kami....untuk meramaikan dan memeriahkan lagi aktiviti ini....


jurulatih memberi tunjuk ajar dan cara-cara keselamatan ketika berada di atas air ketika berakit


aktiviti membuat rakit menggunakan buluh, tali rapia dan tong kosong mengikut kreativiti masing-masing......bukan keja mudah tu huhuhu. Satu kumpulan mesti ada 10 orang dan kena bekerjasama membuat rakit tersebut


kumpulan merah sdg bertungkus lumus membuat rakit. Ketika ini hujan turun sangat lebat uolsss...habis basah lencun kami dibuatnya...but tetap meriahhhh!!!!


ni group aku colour orange.....sakan membuat rakit...


yeaaa...kami dah selesai membuat rakit. Skrg ni masa utk bergambar.......hujan lebat masa ni.


beramai-ramai memikul rakit yg kami dah buat tu....so fun masa ni...and kami enjoy banget


pikul jgn tak pikul wahai semua peserta sekelian.......


ketiak ini kami dah sampai di empangan.......bersedia utk berakit


3 kumpulan dah ready dengan rakit masing2....kumpulan merah, hitam dan oren. satu rakit dinaiki oleh 5 orang dan seterusnya disambung dengan lima org lagi selepas habis satu trip berakit.


tiga group dah memulakan dayungan. Hanya diberi 2 dayung setiap kumpulan dan yg lain kena guna tangan utk mendayung. Cabaran bukan??? Setiap group kena mengambil daun di hadapan tu dan hendaklah diserahkan kepada jurulatih bila dah sampai di tepi empangan selepas membuat satu pusingan.


saingan sengit telah bermula..,dan masa ni kami yg berada di tepi empangan dah ketawa bagai pecah perut melihat telatah mereka mendayung. nak tau apa dah jadi????


nampak tak group merah yg didepan tu....sepatutnya mereka mesti pergi ke hadapan utk membuat pusingan. tetapi apa yg terjadi .....mereka telah membuat reverse style iaitu mendayung kebelakang..hahahahaha pecah perut kami ketawa dibuatnya...memang sangat lawokkkkkk!!!!!


group oren yg mantop dan bam bam...hehehe...


group ni juara berakit.....tengoklah dorang dah pasang enjin turbo kat belakang tu...patut ler menang hahahaha


ni plak group yg pandai buat lawokkk.....mendayung reverse style...hahahah. Tengok tu...ada lagi sorang masih duduk mengadap ke belakang...hahahha.


akhirnya group hitam menamatkan perlawanan dan dinobatkan sebagai juara...caiyokkkk uols....tahniah diucapkan.


group hitam meraikan kemenangan sementara menantikan rakan2 sekumpulan sampai ke tebing penamat. tapi yg merah kat belakang tu pasai apa tetiba hurayy plak tu...mcm ler menang kan.....


tamat sudah.....bersiap utk mengangkut rakit tu pulang ke tempat yg asal.


sudah lah kepenatan mendayung tadi...pastu kena plak mengangkut rakit ni lagi...fuhhhh tak larat weiiii.....tengok muka masing2 dah berkerut hehehehe


selesai sudah acara berakit kami pd hari tu...sambil tu abg jurulatih ni memberi sedikit tips diet yg sesuai..ehhhh dia plak yg gantikan kevin kan hahahahah....Dia cakap dulu badan dia besar dan skrg dia dah kurus selepas mengamalkan diet yg diambil dari internet....sgt berkesan katanya.


Then, kami semua membersihkan badan dgn mandi beramai-ramai di tempat mandi yg disediakan...air bukit uolsss...sejuk dna best. Pengalaman yg menyeronokkan masa ni. Gambar di atas ialah group hitam yg juara....dapat hamper setiap seorang....tahniah uolssss.


masa utk makan beramai-ramai. Sakan korang makan kannn sebab Kevin takda..hehehe. Makanan yg disediakan sedap plak tu. Tu yg ada duk menambah makanan.





Alhamdulillah semua aktiviti selesai dengan jayanya. Aku bersyukur penat lelah aku selama ini membuahkan hasil yang memuaskan hati semua orang dan diri aku sendiri. Next entry aku buat pasal acara penutup pulak. Banyak benda yang aku nak highlight nanti. Event ini sangat bagus dan banyak sangat permintaan untuk aku sambung lagi next year.....tunggu yea. Aku tak nak pikir lagi....pas ni aku nak bercuti plak...penat dah!!! Memang sangat penat dari segi mental dan fizikal. Fuhhhhh...lega dah selesai.



p/s - kepada yg kata aku syok sendiri tentang event tu...hahahaha. Lihatlah nanti aku tunjukkan hasilnya. Pedulikan mulut jahat manusia. Yang penting ramai lagi yang support usaha aku dan appreciate hasil kerja aku tentang event ini. Allah tetap bersama aku....Alhamdulillah aku bersyukur padaMu.



8 comments:

kasihredha said...

bestnya leez
penat tu berdayung guna dua dayung je....betul2 cabaran

Anum said...

best kan xtvt macam nie
anum pun dah pernah buat xtvt cm nie

pretty said...

i ade kat au 2 last saturday... tgok k.liz bz sgt.. nk tegur pun takut...

Rozita said...

Bestnya aktiviti berakit tu. I tak pernah naik rakit, berkanu pernah lah, itu pun tahun 1990 dulu, masa tengah belajar kat matriks.

Leez M. Saaid said...

kak hanim-

hahaha sgt mencabar bila guna tangan utk mendayung....sampaikan air semua terpecik ke muka....aduhhh

Leez M. Saaid said...

anum -

mmg best....nanti next year boleh lah joint aktiviti ni yea...hehehe

Leez M. Saaid said...

pretty-

ye ke ada di sana?
laa.... naper tak tegur.
mmg busy giler masa u...tgk muka i pun mcm muka stress kan..hehehe
kala u tegur i...i ok ajer

Leez M. Saaid said...

rozita-

mmg best berakit ni tapi mencabar gak sebab kami mendayung guna tangan. Yang pakai dayung betul hanya 2 org ajer...yg lain guna tangan...hehehe semput.