Ads

September 28, 2011

Hari Raya With Friends Part 2


Bersambung lagi beraya bersama kawan-kawan part 2. Dah lama rasanya aku tak buat open house. Actually ni bukan open house yang gempak2....just kecil-kecilan sahaja. Aku jemput pun teman-teman rapat dan teman-teman yang baru kenal. Teman-teman yang dah lama aku tak jumpa aku tak jemput pun. Next time yea kawan-kawan. Tu pun opismate aku jemput beberapa kerat sahaja....yg agak close dengan aku. Alhamdulillah kebanyakan yang aku jemput...dapat menghadirkan diri. Yang tak hadir tu....takpalah next time kita jumpa lagi.

Kepada yang aku tak jemput tu....jangan pulak ada yang terkecil hati. Sebabnya.....kekadang tu terlepas pandang. Aku plan buat majlis ni 2 hari sebelum tu....just imagine. Tu pun ada yang aku invite pakai sms ajer.....terima kasih ada yg masih sudi nak mai. Aku buat belah malam...sebab aku tau siang semua orang sibuk dengan jemputan open house yang banyak.

Kali ni kami menjamu nasi tomato, rendang & lemang, laksa penang dan spaghettie bolognese. Alhamdulillah makanan cukup untuk tetamu. Harap korang enjoy memakannya. Bondaku memang teror masak.....so ramai yang memuji masakannya hari tu. Eh tetiba aku mcm teringat kat laksa penang bondaku....laparrrrr!!!! (overnya!!!)



makanan yang dihidangkan malam tu

dessert pulak....ada choc cake, jeruk, asam, kueh raya dan buah tembikai & honeydew (dalam gambar takdak pulak). Plan nak buat caramel tetapi tak kesampaian sebab sangat busy masa tu.



tuan rumah duk sibuk menambahkan buah2an tu.....sempat lagi si catz snap pic aku ahaksss


tetamu pertama....kak rosnah & family, teman sepejabatku. Sebelum maghrib dah sampai heheheh. Comel anak2 dia.


tetamu kedua...mek Catz teman blogger...thanks mek...sampai gak kau kat umah aku ni,,,huhuhu


lepas dah makan hidangan utama...lepal2 mengadap dessert plak


thanks uolsss


tetamu my bro.....tu bos dia and family


tetamu seterusnya...shima and family. wahhhh shima dah kuruihhh...jelesss ahkak tau!!!



couple ni cousin aku..abg Lazri. Dia lambat skit beraya ke rumah aku kali ni. Sedara mara lain awal2 dah mai umah aku.



ni pulak...teman seuniversiti dulu Azuan & Gap dan teman secompany, Jack (baju biru). Thanks uolsss dtg beraya ke rumah ku. Ada salah sorang tetamu tu dah dtg beraya kali ketiga ahaksss.



ni plak ahkak tersayang...Kak Rose video and family. Tetiba ada word video plak kan. Sebabnya masa aku pi Penang hari tu...aku terjumpa kedai Ros Video...terus melekat nama tu ahaksss. Jangan mare yea ahkakkkkk!!!!



tetamu istimewa Kak Yan, seorang blogger yang rajin wat entry pasal makanan hehehe. First time jumpa Kak Yan dan terharu dengan kesudiannya singgah ke teratakku. Thanks Kak Yan. Muahh...muahh.



ni pulak sahabat tersayang Nani...dulu teman sekolah dan sepejabat kat company lama. Dia dtg dengan Ida ...juga teman sekolah menengah dulu kat Jasin. Thanks uolssss.......




ni pulak teman sepejabat Abg Joha (kanan sekali), Qayroll, Nuek & family (teman sepejabat) dan Kak Rose and family. Thanks uolsssss....terharu sebab sudi menghadirkan diri.



meja ni meriah selepas kehadiran Kak Rose and anak2. Sebabnya.....Gap tak sabar2 first time nak jumpa ahkak kita ni...bak kata Jack...persis Kavita Kaur auwwwwwww!!!!



orang lain dah balik....tetamu tetamu meja ini masih lagi berborak.....terus sambung borak lagi kat dalam rumah. Hinggaklah jam 12 malam barulah mereka beredar....heheheheh gamat!!!!!




tetamu ku lagi....Kak Puziah and family (tudung purple cair)....my blog reader. Dah beberapa kali jumpa kakak ni. Thanks kak...sudi berkawan dengan saya dan sudi membaca blog saya hampir setiap hari. Tetiba plak rasa terharu ahaksss!!!




Sehingga jam 12 malam barulah tetamu semua pulang. Alhamdulillah.....puas dan sangat berterima kasih dengan kehadiran teman2 sekalian. Buat kecik2 pun rasa penat semacam. Next time ada rezeki lebih nak jemput ramai sikit heheheh.....especially my blog reader. Cepat angkat tangan.....ada sesapa nak beraya ke rumahku. Huhuhuu.


Ok tukar topik pulak. Aku nak citer pasal boyfriend tak jadi aku tu.....yang aku duk sedih tak habis2 tu. Aku dapat berita from someone....dengarnya dia dah kahwin masa cuti Hari Mesia hari tu. Ketika tu aku berada di Penang bercuti. Hmmm....dah jodoh dia kan. Mak ok ajer!! Sebabnya mak pun dah lama lupakan dia....ahaksss.


Cuma yang aku nak highlight kat sini. Dengar citer anak2 dia tak berapa suka mak tiri tu..huhuhu. Aku ada follow twitter anak2 dia....siap kutuk2 mak tiri tu. Mak tiri requested dorang as daughter dalam FB.....dorang siap gelak2kan lagi tu. Tu yang aku baca dalam twitter. Hmmm.....what goes around...comes around. Tulah....dia duk kata aku tak layak jadi isterinya sebab aku cintakan orang lain. Siap suruh aku berkahwin dengan lelaki lain. Sekarang ni tengok sendiri....anak sendiri tak leh terima isteri baru dia. Allah lebih mengetahui hati dan perasaan anak2 dia. Satu lagi...kita jangan ada sikap bangga diri dengan pangkat dan pandang orang kerana pangkat.....tak bahagia pun. Hmmmm........


Hikmah Allah yang aku dapat di sini. Ada sebab kenapa aku takda jodoh dengan dia. Kalau aku kahwin dengan dia....mungkin aku menerima nasib yang sama dengan isteri baru dia tu....tidak disukai oleh anak2 tiri. Yelah dorang masih ada ibu kandung....mestilah serba sedikit susah untuk menerima ibu tiri baru. Habis tu...dah bapaknya kaki perempuan sana sini. Tak pasal2 anak kena tempiasnya...sian budak2 tu.


Sekarang ni aku dah happy dengan life aku. Aku ada family yang memahami diri aku dan aku boleh selalu bersama family aku. Aku ada teman2 yang sentiasa mendampingiku di kala susah dan senang. Kalau aku kahwin dengan dia....aku akan kehilangan kesemua ini. Aku kena duduk jauh dari mereka. Ohhhh syukur sangat Ya Allah......aku bersyukur dengan hikmah dari segala dugaan perit yang aku alami tempohari. Sekarang aku bisa tersenyum dan tertawa....ahaksssss. Kalau kamu baca blog ini.......silakan baca lagi.....mak ok ajer!!!!!






2 comments:

Rozita said...

Jelesnya...next raya, I musti pegi rumah leez. Sedap betul nampak semua makanan tu...

Leez M. Saaid said...

Rozita -

Boleh Insya Allah. I akan jemput my blog reader and blogger yg rajin singgah my blog.