Ads

September 14, 2011

1st and 2nd Day Lebaran 2011


Sambung lagi citer pasal raya. Entah berapa entry lah aku nak wat citer raya ni. Sebab gambar raya sangatlah melambak-lambak. Al-maklum cerita raya pun banyak nak diluahkan di sini. Raya kali ni aku macam happy semacam pulak sebabnya aku dapat berjumpa dengan sanak-saudara yang jarang berjumpa dan juga berjumpa kawan-kawan yang sudi hadir beraya ke rumahku. I'm happy with my life now...thanks Allah telah mengembalikan aku yang dulu. Alhamdulillah berkat doa di bulan Ramadhan yang lalu. :)


Sesungguhnya segala kenangan pahit, dugaan hidup dan kekecewaan masa lalu membuatkan aku semakin matang dan tabah dengan kehidupan. Ia mengajar aku berfikiran jauh dan sentiasa mengingati Allah. Hikmah kekecewaan itu sungguh besar. Sekarang aku dah lupakan semuanya. Sentiasa berfikiran positif dengan segala macam dugaan yang datang. Allah akan sentiasa bersama kita.



bersalaman dan bermaafan....kalau tak salam tak dapat duit raya..hehehe.


tetamu pertama di pagi raya...pakcikku dari ipoh..cikmo and family


tetamu kedua....pakcikku dari cheras....cikwan and family


ni pulak makcikku dari ipoh....auntie (kanan) and family



sesekali berkumpul dan berborak dengan sanak saudara seronok....tetapi aku busy sangat masa ni di dapur sampaikan tak sempat nak lepak lama2....jadi maid aku hari tu



cousin dari ampang...eri and family





Pada raya pertama rumahku memang meriah dan penuh dengan tetamu. Salah satu sebabnya...atukku memang tinggal bersama kami. Jadi, di pagi raya di sinilah memang tempat kami berkumpul. Sapa kata beraya di KL tak meriah? Ia bergantung pada family kita camana....kalau ramai family di KL...tentulah meriah jadinya. Kalau family kita ajer duk KL tanpa sedara mara...memanglah boring.


Aku seperti biasa menjadi maid terhormat. Takda sapa bantu kami sebab maid pun nak beraya jugak. So, dengan rasminya aku dilantik menjadi maid di pagi raya. Mula2 pakai baju cantik semua....akhirnya tinggal baju ajer...hahahaha. Kerja aku ialah mengisi lauk-pauk yang kehabisan di meja makan, menyusun pinggan dan membasuh pinggan mangkuk. Adik aku yang bongsu memang dah kerja dia membuat air.....kena paksa baru buat. Bonda ku seperti biasa di depan melayan tetamu. Masa ni adik ipar aku pun ada tolong sikit-sikit.


Satu lagi...nasib baik tetamu yang datang tak bertembung antara satu sama lain. Tetamu in and out just nice. Kalau bertembung ramai family...pengsan mak tau!!!! Kaki ada dua dan tangan ada dua.....tak daya nak buat semua kerja.



family family makcikku dari ampang...mak arah and family



tetamu dari turkey.....business partner adikku izam....dorang memang nak beraya di sini.



tetamu dari Bangi...kak bedah and family



Lepas maghrib barulah kami keluar beraya. First house gi rumah jiran atukku...tapi aku lupa nak snap gambar. Gambar di atas pulak beraya di Cheras rumah pakcikku.



next house pulak....beraya di rumah makcikku di ampang. Balik rumah nak dekat pukul 12 malam masa ni...perut pun dah kenyang sangat.



my nephew Zarieff...posing mengada2...over nyah!!



my nephew Rayyan.....posing serious..sebab baru bangun tidur huhuhuh



satu lagi anak dan bapak posing mengada-ngada :p





Hari Raya kedua kami tutup pintu rumah rapat-rapat. Sebabnya nak pi beraya rumah sedara mara belah arwah ayahandaku. Memang setiap tahun kami takda rumah pada raya kedua. Tu pun ada gak sepupuku yang dah sampai depan rumah...tengok2 pintu rumah berkunci. Hmmmm.....jawabnya kena repeat datang lagi tu.


Adik-beradik ayahanda ku semua dah meninggal dunia kecuali adiknya yang stay kat PJ. Yang lain-lain sepupu2nya masih ada di Klang. Ikutkan banyak tempat di Klang tu nak beraya tetapi ada jugak yang dah meninggal....yg tinggal hanya anak-anak dorang ajer.





bersiap nak kuar rumah....adik2 ku masih sakan berbaju melayu







di rumah makcikku di PJ...adik kepada ayahanda yang masih ada. Kami dijamu dengan nasi impit, kuah kacang dan rendang.



di rumah sepupu ayahanda di Sri Andalas Klang...mami senah's house.Kami dijamu dengan soto daging yang sangat sedap.



berposing di kawasan garden rumah mami senah..



beraya di rumah sepupu ayahanda juga di Kg Raja Uda, Klang....mami kiah's house. kami dijamu dengan lontong dan sambal ikan bilis. Ada lagi 2 rumah yang lupa nak snap picture...hehehe.






sekian cerita raya pertama dan kedua.....nanti sambung lagi kay.



p/s- this weekend aku takda di KL sebab nak pi makan angin dan jalan-jalan cari makan nun di utara. Sajer nak rehat-rehatkan diri. Cuti2 mesia ajorrrr. Ada sesapa nak jemput aku beraya di sana??? huhuhu.









6 comments:

kasihredha said...

ramai family leez ...seronok.

Anum said...

comelnya si kecik nie
nice pict sis

Alin Marlini said...

mmg kalau ramai saudara mara best raya di KL kat Leez..Alin penah beraya di Kl tapi suram..nangis jek..

Yan said...

Leez,

langit tak selalu mendung.
be positive, sure kita ok.INSYALLAH

fatt said...

comel2 la anak buah u leez...geram je tgk :)

ogy azmin said...

meriah sungguh gambo raya sume tue
best2x...