Ads

September 8, 2011

Ziarah Pusara Arwah Ayahanda





"Al-Fatihah buat ayahandaku Haji Mohamed Saaid Bin Ishak. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa ayahandaku, dicucuri rahmat ke atas rohnya dan dimasukkan dalam golongan para solihin. Ameen."


Petang raya lepas masak-masak dan solat asar kami 4 beradik gi pusara ayahanda. Siap bawak penyapu lidi, air, bunga dan batu-batuan untuk membersihkan pusaranya. Pusara nenda tercinta juga bersebelahan dengan pusara ayahanda. Beza sebulan lebih ajer tarikh kedua-duanya meninggal.


Agak ramai juga orang di Tanah Perkuburan Cheras, KL ketika itu. Anak buahku yang dua orang tu pun ikut kami ketika itu. Depa berdua tak sempat jumpa Tokpa. Daniel jumpa kejap...tu pun masa dia berumur 2 bulan...mana dia ingat. Tapi bila kami terangkan kat dia...kita gi kubur tokpa...dia boleh faham. Tetapi anak buah sorang lagi...Danish 5 tahun....dia masih tak paham. Tokpa tu sapa? Tak pernah nampak pun? Puas aku duk terangkan sapa tokpa tu..hehehe.


Masa adik-adikku duk angkut batu-batan dari car park ke pusara ini...aku duk tunggu dengan anak-anak buahku kat tepi kubur tu. Korang tau tak apa depa buat? Duk nyanyi lagu raya....hahaha...budak2 mana paham apa. So, aku kata "tak boleh nyanyi dekat kubur...kita kena baca doa untuk tokpa". "Nak baca doa apa along?"...depa tanya aku. So, aku jawab "bacalah doa apa2". Tau tak depa baca apa? Doa makan!!!...muahaha. Kuat pulak tu. Ada brother sebelah yg tengah ziarah kubur jugak...bantai tergelak dan jawab "tak kisahlah asal ada doa"...hahaha.


pusara ayahandaku

Al-Fatihah


kami sekeluarga sangat merindui ayahanda kami


pusara nendaku

Al-fatihah



semoga Allah ampun dosa ayahandaku dan nendaku...ameen.



tengok tu...adik-adikku dan anak buahku duk bergambar di sisi pusara ayahanda dan nenda


Tujuan kita menziarah pusara orang tersayang ketika hari raya sebenarnya terpulang pada niat masing-masing. Niat aku satu ajer....sebagai mengenang pada orang yang kita sayang....selalunya org yang kita sayang tu berada bersama kita di pagi raya. Bukan tujuan untuk bersedih-sedihan. Tanpa pergi ke kubur ...doa-doa anak yang soleh tetap diterima dan sampai kepada si mati. Cumanya dah macam tradisi di hari raya...itu ajer. For me, jangan sampai terpesong akidah sudahlah.


Itupun aku pergi petang sebelum hari raya....mengenangkan hari terakhir bagi semua ahli kubur terlepas daripada seksaan kubur di bulan Ramadhan. Bila takbir raya menjelma....seksaan kubur akan bermula semula.


Kita sebagai anak yang tiada ayah....situasi ini automatically akan tercalit kesedihan ketika hari raya. Kita yang merasainya....kita tahu camana keadaannya. Cuma yang bezanya....orang yang masih ada ibu ayah....perasaan sedih tu memanglah tiada sama sekali sebab kita belum menempuhinya lagi.





3 comments:

Rozita said...

Sama la kita Leez, my father meninggal tahun 2006. Dah 5 tahun beraya tanpa abah. Memang sedih rasanye...I pun pergi ziarah dan bersihkan kubur sebelum hari raya. Semoga roh mereka diletakkan dikalangan orang yang beriman. Amin...

Mahfuzah said...

al-fatihah

yan said...

AL FATIHAH buat semua..