Ads

August 5, 2011

Nasi Arab Damsyik @ Seremban, NS


Mesti korang duk terfikir nak buka puasa apa nanti yea? Kalau rasa malas nak masak...boleh mencuba makanan Arab ini pulak. Aku memang favourite makanan Arab...so kalau boleh aku nak mencuba mana-mana restoran arab yg sedap. So far aku dah pernah try kat Saba', Al-Rawsha, Hadramawt dan al-Radji. Hmmm....yang sedap tentulah nasinya dan sambal tomato nya. Perghhhh buat terliur jer tengah-tengah puasa ni.


Bulan 5 lepas aku ada mencuba satu lagi makanan Arab yg terletak di Seremban. Komen aku tentang makanan Arab ni...sangat sedappppppppppp...(panjangnyaaa). Tu menunjukkan aku memang puashati dengan makanan tu...hehehe. Nasinya memang mantapp dan sambal tomatonya pun meletop perrghhhh. Cumanya ia agak jauh sikitlah nak gi kalau anda duk di KL. Masa aku gi ni...baru pulang dari Port Dickson dengan geng blogger. Then, kami ramai-ramai singgah makan di sini. Jom tengok apa yg kami makan....




waktu perniagaan spt di atas....tapi bulan puasa aku tak pasti pulak...


gambar aku sorang takda....cuma ada gambar dgn Song. Hahaha....


menu dan harga seperti di atas...harap korang boleh nampak yea...


fuhhhh...sedapnyaaaa...sehingga menjilat kelima-lima jari. Set ini boleh makan seramai 3 orang.


terliur tengok nasi dan ayam tu....kambing pun ada dalam tu (tertimbus dalam nasi). Harga ayam+kambing = RM50


Ya Allah....licin gitu.....itu tandanya makanan ni sedap


dulang ni pun licin.....yang tinggal tulang kambing jer...huhuhu



Kalau korang nak ke sini....ini alamatnya :


No.1, Taman Bourgainvillea, Jalan Senawang

Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan



Aku tak reti nak terangkan camana nak ke sana sebabnya aku ikut orang masa ni. So, korang pakai GPS ajer senang nak cari...huhuhu.

Ok....selamat menjamu selera dan berbuka puasa di sini.



10 comments:

kasihredha said...

kena cuba ni..on the way balik rumah mil boleh singgah.
biasa akak mkn kat saba' cyberjaya atau barada :)

Chik Na said...

Chik Na pun pernah makan kat kat restoren nasi arab damsyik ni... suami kenal owner restoren tu masa dia kerja kat Damsyik...nasinya memang lazatt sangat...mnacam kat damascus.

smlm pula kami berbuka makan nasi arab saba cyberjaya..

kemang~ said...

sedap beno...smpai abeh satu dulang :)

Miss. Littlewing said...

Leez aku tak rasa lagi tengok dulang tu licin dikerjakan oleh korang pon aku dah tahu nasik tu sedap nak mampos.....bile lak aku nak visit kat sana tu.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

alamakkkkkkk.... ttb teringatt... slurpp...

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

betul kak..sedap
boleh singgah nanti...dah dekat tu.

Leez M. Saaid said...

Chik Na-

owner dia melayu kan? I think so.
wahhh...dah ramai yg suka nasi arab kan.

hehehe...dah lama i tak makan kat saba..

Leez M. Saaid said...

kemang -

memang sangat sedap....kamu kena cuba sekali...pasti nak lagi.

Leez M. Saaid said...

Tina -

jom one day kita makan2 kat sana....kita ajaklah blogger lain..hehehe

Leez M. Saaid said...

LBL -

huhuhu...mesti dok teringat ni...sedapkan kat sini...jom kita gi hehehe