Ads

August 12, 2011

Kerja Tertangguh ~~



Nak berkongsi cerita benda yang sudah tertangguh-tangguh nak buat tapi tak buat apa-apa pun lagi. Sebabnya....mood belum datang, malas dan kesibukan. Apa benda yang tertangguh tu?

1. Aku dah janji dgn reporter majalah Harmoni nak bagi article pasal percutian aku ke Edinburgh tetapi sampai sekarang aku tak buat apa-apa lagi. Dah 5 bulan aku balik...tapi satu apa tak buat. Sibuk pun yea....malas pun yea. Camna tu? Tolong bagi aku semangat sikit

2. Tertangguh masa nak service kereta aku tu. Dah lebih 5,000km tapi takda masa nak gi car service centre. Salah satu sebabnya aku malas nak tunggu lama kat situ....menunggu adalah benda yang aku benci.

3. Anti virus kat laptop aku ni dah expired date. Aku dah beli pun yang baru utk renew tetapi sampai sekarang aku tak buat apa-apa. Serba serbi malas dan tertangguh. Aduhaiii...naper ni?

4. Dalam almari baju aku dah sarat dengan baju-baju. So, aku nak let go baju-baju yg aku dah taknak pakai. Tapi nak mengerjakan satu-persatu dari satu pintu ke pintu almari tu....fuhhhhh memang bercinta sangat. Almari baju aku ada enam pintu. Korang imagine....pintu satu dan dua ialah baju harian & t-shirt jalan. Pintu tiga dan empat ialah baju kurung, jubah dan segala winter coat yg sarat tu. Pintu lima dan enam pulak ialah baju kerja aku, baju jalan, slack and jeans. Penuh dan sarat sampai kan takda space nak letak baju baru. Aduhaiiiiii......pening aku. Ada sesapa nak tolong aku ?...ahaksss.

5. Majalah yang melambak-lambak dan terlalu banyak. Tu pun banyak majalah yang mama ku dah jual kat "cina paper lama". Aku nak belek satu persatu dan nak buang mana yang patut pun sangat malas. Rak majalah tu sampaikan dah melimpah makin tinggi...hahahaha.

6. Nak wat rebonding rambut....asik tertangguh ajer. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan buat rebonding. Tapi tahun ni aku tak ada kesempatan nak buat....asik tertangguh ajer. Tengoklah nanti next week rasa nak buat. Rambut pun dah panjang....nak potong takat bahu cukuplah.

7. Aircond kat bilik aku tu dah patut kena service...tapi aku asik lupa ajer nak call cina aircond tu. Bila dah lupa....jawabnya asik tertangguh jugalah. Isshhhhhh....kenapa asik malas ajer sekarang ni???

Cukuplah tu....hehehehe. Actually ada byk lagi...tapi biarlah yg lain menjadi rahsia ahaksss. Tolong bantu aku camana nak buang rasa malas dan nak atur masa yang selalu kesibukan ini. Pening ahkak tau... :p

p/s - aku menyampah tul org yg busy body pasal kehidupan aku. Aku tak kacau life kau....so tak payahlah nak jadi mulut kak nam yg suka menyampai hal org lain. Mind your own business cukuplah. Bila aku dah berpatah arang dengan orang tu....yang kau sibuk-sibuk apasal. Ishhhh bahaya org mcm ni. Lebih baik kau jadi orang lain yg buat tak tahu ajer.









16 comments:

Yan said...

akak punsuka kerja tertangguh ni. esp bila tgh stress.. haru je kan.

Anum said...

marahnya dia
siapa gerangan yg bz body

Mahfuzah said...

jgn lah mls2 ye kak..haha

Daleela said...

wak... ape maksud kak nam tu eh? Mak kite pon suka cakap... "macam mulut kak nam"... hahahahaha

Rozita said...

Ahakss...penyakit M ni i pon ade gak. Asyik nak tunggu cuti jer, tapi bila cuti tak buat gak...

Ogy said...

org yg jenis cam tue, ko pangkah jea dr minda. jgn pk lansung. (kejam tul aku nie..he..he..)

@xiM said...

sama lah.saya pun selalu jugak duk tangguh kerja.jom jom kita tingkatkan produktiviti di bulan puasa ni..

kemang~ said...

amboi..byk benda tertangguh ni :D

sis kalo x nak baju tu, leh la sedekah kat rumah anak yatim ke..

my 20 cents :)

Leez M. Saaid said...

kak yan -

betul kak...bila stress byk kerja nak buat....kerja lain asik tertangguh. serba serbi malas...camna nak jadi rajin yea??

Leez M. Saaid said...

Anum -

biasalah manusia ni....suka nak melaga2kan orang dan tak senang dgn orang lain. Org mcm ni...sy ignore ajer...malas nak layan.

Leez M. Saaid said...

mahfuzah -

tulahh....malas ni dtg dgn tetiba....camna nak dtg semangat ni yea??? aduhhhhh....

Leez M. Saaid said...

Daleela -

kak nam ni utk org yg mulut mcm kepocih...hahahah faham tak??
sibuk nak amik tau hal org lain....pastu duk menyampai kat org lain pulak. Gitulah manusia.

Leez M. Saaid said...

Ogy -

hahahaha memang kejam.
i dah pangkah pun...dan ignore pun manusia2 mcm ni. Jenis tak kenang budi....tapi sibuk nak ajar kita...nampak sgt kepocih.

Leez M. Saaid said...

axim -

tulah....tak tau camana nak tingkatkan produktiviti.
akak jadi mcm ni sejak akhir2 ni.
entah tak tau kenapa..
semoga bulan yg mulia ini merubah segalanya.

Leez M. Saaid said...

kemang -

mmg byk dah sedekah sebelum ni pun. pastu bertambah lagi baju baru. Tulah...sapa suruh beli baju banyak2...inilah org pompuan kannn..hehehe

Leez M. Saaid said...

Rozita -

maaf terlepas pandang hehe. Betullah penyakit M ni bahaya betul. Bila dah cuti satu apa tak buat...hehehe.