Ads

August 22, 2011

Iftar Dan Persiapan Hari Raya 2011







Sekejap ajer dah nak raya kan. Pejam celik pejam celik tetiba esoknya dah raya. Rasanya baru jer start berpuasa hari tu. Alhamdulillah aku dapat mengerjakan ibadah ini dengan tenang-setenangnya. Semoga Allah memakbulkan doa-doaku di bulan yang mulia penuh barakah ini.


Jeng-jeng nampak tak gambar lemari cermin kat atas tu?? Aku hanya mampu beli yg murah-murah ajer. I have no choice kena beli jugak sebabnya lemari yang sedia ada dah penuh sarat barat....nak bagi tetamu tengok pun rasa malu. Ada hati tu nak masuk segala benda dalam tu tetapi lemarinya kecik ajer. So aku tekad beli ajer lagi satu...lebih kurang ajer mcm yang lama. Yang penting ada cermin boleh nampak koleksi piring hiasan aku tu..ahaksss. Benda ni sangat berharga bagiku....kenangan ole-ole overseas. So sekarang aku dah susun bagi cantik....barulah sedap mata memandang. So, jemputlah datang umah aku yea raya ni...ngeh3.


Masa aku duk mengemas almari tu...ada seorang budak kecik ni pun turut mengemas. Aku bukak lemari...dia pun nak bukak lemari. Aku susun barang...dia pun sibuk nak susun. Aku kata jangannn.....nak tau apa yg dia buat???? Campak kusyen merata rumah....buang alas meja ke lantai, sepahkan barang-barang. Ya Ampunnnnnnnnnnnn...pengsan aku dibuatnya. Siaplah raya nanti....segala alas meja, hiasan bunga meja dan kueh raya menjadi mangsanya. Camna tu???Nak tengok tak rupa budak kecik tu??? sila ke bawah...


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


inilah dia anak buah kesayangan aku yg bertambah comel dan bijak. Keletah dia buatkan kami seisi rumah ketawa berdekah-dekah. Sekarang ni dah pandai semangat raya. Dulu pantang letak apa sajer atas kepalanya dia tak suka...tapi so surprise dia suka bila mummy dia cuba pakaikan songkok...wahhhh perkembangan baik hahaha. Pastu dulu takut dengan orang...tapi sekarang dah pandai salam dan cium tangan lagi..huhuhuhu. Ada sebab tu naper mummy nya ajer mcm tu. Sebab nak minta duit raya ler tu..muahahaha.



budak comot..... Zarieff in the houseeeeee.......







Lihat gambar di atas. Ia diambil ketika aku menghadiri majlis jemputan berbuka puasa seniman dan seniwati lagenda di Saloma Bistro. Seronok nyahhh....dapat jumpa face to face artis2 pelakon lama. Yang masih tampan dan segak ialah Dato' Jins Shamsudin dan Dato' Mustafa Maarof. Maaf sekarang ni aku kurang mood utk berfotografi pikul DSLR...so aku pakai camera hp ajer....tu pun blur jer gambarnya. Siap ada show lagi...persembahan daripada Ahmad Fauzi and the gang.


Makanan di sini memang sedap....siap ada kambing golek uolssss. Buffet Ramadan di Saloma Bistro ialah RM65 utk tanpa show dan RM80 with show. Mahal kauuuu. Takat free aku bolehlah datang. Kalau nak kena bayar...hmmmmm kim salamlah nak membazir tak tentu fasal macam tu. Makan pun ala kadar ajer. Mekasih juga atas duit raya yang diberi kepada para media....dapat RM30 sorang...weehuuuu rezeki. Alhamdulillah.






Gambar di atas pulak semasa aku membeli hiasan bunga meja di Jalan TAR - syurga membeli belah di KL. Aku gi sorang ajer. Awal pagi Sabtu aku dah keluar rumah....parking cantik punya. Senang nak keluar nanti. Tujuan aku ke sini ialah nak cari tudung raya. Konon nak beli sehelai dua ajer....sekali aku terbeli enam helai gitu...waduhhhh. Bukan apa...murah pulak tu. So, alang-alang dah ke sana....boleh beli untuk pakai ke tempat kerja sekali.


Selain daripada tu aku juga ada beli sedikit hadiah hari raya utk family dan sedara mara aku. Sesekali bersedekah di bulan penuh barakah ni ....tinggi pahalanya. Yang penting kita ikhlas. Ada rezeki lebih apa salahnya kita berkongsi rezeki dengan mereka.


Sempat jugak aku membeli hiasan bunga meja di kedai pada gambar di atas. Sebenarnya aku malas nak raya sangat tahun ni sebabnya hati aku mcm kosong ajer lately ni. Tetapi bila kita selalu dengar syarahan dan tazkirah agama masa terawikh...walaupun hati kita kurang gembira apa salahnya kita gembirakan hati ibu dan bapa kita selagi mereka masih ada di muka bumi ini. Banyak pahalanya.


Satu ajer niat aku....aku buat semua tu demi mama ku. Aku nak dia gembira di hari yang mulia ini. Dia nak rumah cantik dengan kehadiran tetamu...so aku cantiknya rumah ini utk mama ku. Dia nak aku sambut raya dan pakai baju raya cantik-cantik. So, aku turutkan kehendak mamaku...akhirnya aku beli jugak sehelai dua baju. Ikutkan hati dan plan aku...memang aku tak nak raya, tak nak beli baju raya dan tak nak berada di sini. Aku nak gi jauh-jauh buat seketika. Tetapi bila aku pikir balik....selagi mamaku masih ada apa salahnya kita berkorban sedikit utk dia. Nanti kalau aku tak beraya kat sini mesti mama ku akan sedih. Akhirnya aku pasrah.







Malam tadi juga aku berbuka di luar dengan teman-teman. Seorang tu teman masa di universiti dan seorang lagi tu teman blogger yg baru balik dari mengerjakan umrah....berseri-seri tengok muka dia. Agak-agak korang kenal tak mereka itiewwww? Hehehe....alaaa yang sama-sama gi Perhentian dengan aku hari tu. Dah lama tak berkumpul sejak kami balik dari Perhentian. So, di kesempatan semua ada di KL...kami berbuka puasa sama-sama di Restoran Nasi Ayam Penyet Best di Desa Pandan.


Lepas berbuka, kami pi solat maghrib, isyak dan sunat terawikh di surau Taman Maluri. Alhamdulillah selesai sudah. Then, teman blogger tu nak balik Penang malam tu jugak. Semoga selamat sampai ke destinasi. Nanti Raya kita jumpa lagi...Insya Allah. Jangan lupa plan kita nanti.





11 comments:

fatt said...

meriah ye leez raya thn ni, takpe, brkorban utk keluarga lelebih lagi mak sendiri tu besar pahalanya.

aku thn ni pun klu ikutkan mmg tak semangat je, tp alhamdulillah makin nak habis ramadhan ni semangat tu dtg balik, diri makin +ve dan aku hrp hidup ni makin ceria..tu saja..

apapun, selamat menempuh sisa ramadhan, semoga kita mendapat pahala yg berterusan. insya allah :)

kasihredha said...

akak belum siap apa2 lagi leez..hari sabtu ni baru start kemas2 rumah kot.
Comel je anak buah leez tu :)

Yan said...

Wahh Leez lemari baru ye raya ni..

Selamat menyambut hari raya ye Leez.. Mailah umah raya nanti.

ogy azmin said...

cam teringin laa nk bertandang ke rumah leez raya nnt. bole jumpe face 2 face n kenal.raya di KL kn?

kemang~ said...

kak, sy pon rase mcm malas nak raye..plan nye ari raye kedua nak pegi perhentian , tapi nanti kesian pulak kat ayah.. so kansel trip tu... ye ler tengah raye2 tetibe anak lelaki die boleh pulak pi travel... macam tak proper kan..

anyway axim kan?

Leez M. Saaid said...

fatt-

yelah time ni kita nak berkorban dgn mak kita. Aku ni anak pompuan sorang dan belum kawin lagi. So, aku ajer harapan mak aku. Yang lain dah kawin n ada family sendiri.
So, takkan aku nak tinggalkan mak aku sorang2 kat KL ni. So, masa ni kita kena berkorban dan temankan mak kita sendiri.

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

letih kak nak mengemas rumah ni. Dah lah umah sy nanti memg jenis byk barang....aduhhhh.
Anak buah sy tu memang comel dan sgt lucu.heheheh.

Leez M. Saaid said...

Kak yan-

lemari murah2 ajer kak. Tu jer mampu.
Tulah...plan nak beraya umah akak lah tahun ni hehehe.

Leez M. Saaid said...

Ogy -

silahlah dtg rumah saya. Bagitau ajer...nanti saya masak sedap2 utk kamu. Nanti kt FB sy bagi hp number. Sy beraya di KL ajer...maklumlah mmg takda kampung pun.

Leez M. Saaid said...

kemang -

raya setahun sekali...masa ni kita kena berdampingan dgn parents tersayang. Bila lagikan....byk pahalanya tau.
Perhentian tu bila2 leh gi..hehehe

ogy azmin said...

dh turn taun nie beraya kt kl, kene ler cari rumah utk dikunjung. klu x, melepak jea laa...uwaaaa!!!..