Ketika ini jam hampir menunjukkan ke pukul 7 malam. Perut kami sudah berbunyi-bunyi meminta makanan hehehe. Pada mulanya nak makan murtabak Singapore dulu tetapi memandangkan kami sudah berada berhampiran dengan Beach Road....so kami tuju ke gerai sup tulang merah dahulu. Ingat tak pada entry yang lepas masa aku gi Singapore....aku ada ceritakan tentang sup tulang merah ini. Lihat link ini. And again aku makan lagi di sini. Memang teringat-ingat walaupun dah sebulan berlalu. Apalah nak jadi aku ni ahaksss :p ~~~~
So, tak payahlah aku citer lagi apa istimewanya sup tulang merah ini kay. Pada yang tak makan kambing...memanglah tak minat makanan ini. Tapi korang memang rugi....hehehe. Kami makan di tempat yang sama juga iaitu di gerai Deen Tiga Rasa. Rasanya gerai ni jer yang paling sedap....gerai lain aku tak pernah cuba. Mamak tu kata...kalau anda stay kat mana-mana hotel dia boleh sediakan delivery service. Dia ada bagi business card tetapi aku dah bagi kat adik aku yg sedang bercuti ketika ini di Kota Singa. Bawa anak-anak ke USS. Hawker Food ini terletak berhadapan dengan bus stand Beach Road....senang nak cari kalau ada GPS.
nampak tak pintu gerbang ni Beach Road Garden......betul-betul di depan hawker food tu.
tengok tu sampai gigi pun colour merah. Jangan kata gigi...habis tangan kiri kanan semuanya warna merah ahakssss....buruksss kan. Kalau nak dating control cun...nak mkn ni tak sesuai hehehe. Malam tu aku tapau bawak balik KL...syaratnya kena simpan dalam freezer.
Perut sudah kekenyangan...kami meneruskan destinasi seterusnya. Ingatkan nak singgah di Orchard Road tetapi ketika ini dah malam macam tak sempat ajer. So, kami plan ke Mustafar Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Destinasi wajib aku kalau sampai Singapore.
Di sini aku tak beli apa-apa pun. Cuma beli manggo juice ajer. Sajer jer nak jalan-jalan membuang masa di sini hehe. Satu lagi lupa nak bgtau...kt sini juga memang sangat azab nak mencari parking. Jangan tersilap parking....kalau kena saman ....mampuih nak bayar dalam Sing Dollar.
Selepas berhempas pulas melawan arus di Mustafar Centre...kami pun beredar. Destinasi seterusnya ialah ke Arab Street. Cuba teka apa yg isitimewanya di sini? Yeehaaaa Murtabak Singapore in the house. Asik murtabak ajer aku ni kan. Yelah aku dah lama teringin nak makan di sini...akhirnya tercapai juga. Kami singgah makan di Restoran Zam Zam yang terkenal dengan Murtabak Singaporenya.
selain murtabak ada juga menu-menu lain
murtabak singapore in the house
cuba tengok....roti canai yg dah masak di letakkan ke atas roti canai yg baru....then letak telur dan daging.

9 comments:
Dulu waktu Aspen ke Singapore, kenapa rasa cam susahhh sgt nak carik makanan halal....aduh...rupanya ada Mustafar Centre...
sedap jugak Murtaak kat Zam zam tu kan..aritu saya pergi ambik yang spesel punya.penat nak habiskan sebab teball..
aspen -
banyaklah makanan halal kat sana. Cuba gi Geylang serai mmg melambak2. Siap ada sijil halal singapore...
so...u kena repeat lagi ni..hehehe
azim -
haah mmg besar murtabak tu. tapi kat sini tak sedaplah...dan susah nak cari. akak suka murtabak spore..hehe
nak martabak tuh...huhu
tak tidur akak malam ni, mencatat tempat2 menarik dan tempat makan di singapore...esok pagi2 berangkat InsyaAllah...thankkkssss banget info nya leez :)
Saya nk pegi singapore, cari makanan halal SG, jumpe kat sini pulak..bagus la entry ni hehehe
Senang yenk cari makanan halal kt sana? Tp hotel murah xde sgt kn? Puas cari dlm internet tp hampa. Sana makanan dia mahal x? Public transport dia ok? Any tips for me? :)
Saya pun nk pegi jugak bln depan, byk gak info yg dpt kt blog u. Mmg senang ek nk dpt mkanan halal kt spore? Harga dia mcmana pula? Public transport dia ok? Update lah lg pasal singapore!
Post a Comment