
Memori tahun 2005 yang aku takkan lupa hingga akhir hayat. Pada saat dan ketika ini pertama kalinya dalam hidupku mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Di sinilah tempatnya untuk penyucian jiwa, beribadat padaNya dan mencari ketenangan yang paling indah dalam hidup kita. Disini juga tempatnya kita banyak beribadah seperti bersolat, berdoa, bertaubat, membaca Quran dan bersedekah. Alhamdulillah dengan rezeki Allah aku dapat menjejakkan kaki ke sini. Sudah 6 tahun berlalu dan aku sangat-sangat merindui tempat ini. Ikutkan hati sekarang juga aku nak ke sini. Insya Allah doakan aku yea....aku akan sampai juga dalam masa terdekat ini.
Ketika ini pada tahun 2005, aku pergi bersama-sama mamaku mengikut tour agent Hidayah Travel. Kami menaiki Saudi Airline selama 2 minggu. Perjalanan mengambil masa 8 jam sebenarnya tetapi transit sekejap di Riyadh selama sejam dan menjadikan perjalanan 9 jam. Sampai ajer terus ke Madinah. Di Madihah cuaca tak berapa panas....berangin ajer. Pagi-pagi ke masjid utk bersolat suboh angin bertiup kencang sehinggakan kulitku kering mengelupas dan pedih terutama pada bibirku.
Di Madinah kami stay di Wefada Hotel. Rasanya kami berada di Madihah selama 4 malam (agak-agak sebab dah lupa). Di sini juga banyak tempat yang kami melawat seperti Makan Rasulallah dan Raudhah di Masjid Nabawi, Makam Baqi , Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma.














Aku sangat merindui Mekah Al-Mukarramah. Sangat merindui solat di hadapan kaabah di Masjidil Haram. Tempat yang paling tenang di dalam dunia. Tiada tempat di dunia yang indah dan istimewa selain di sini. Kita berasakan diri ini terlalu hampir dengan Allah. Banyak kenangan manis aku semasa di tempat suci ini. Diantaranya :
1. Sementara menantikan waktu solat fardhu....pada satu hari tu aku mengerjakan solat sunat taubat hinggakan aku menangis teresak-esak ketika berdoa. Tiba-tiba, seorang mak arab yang duduk selang dua orang sebaris denganku telah memberikan aku sehelai tisu dan air zam-zam. Dia suruh aku mengesatkan airmataku. Terharu sangat masa ni. Di tempat suci ni kita selalu akan jumpa orang yang baikhati.
2. Saat manis dan aku tidak boleh lupa di mana ketika aku hendak mengerjakan solat sunat di Hijir Ismail. Memang susah nak ke tempat itu sebab orang terlalu ramai berpusu-pusu tetapi memang rezeki aku.....tetiba mak arab yg jaga di situ memanggil aku..hajah..hajah...suruh aku solat disitu. Masa tu memang bersyukur sangat sebab orang tak ramai dan aku bersolat dengan tenang dan mudah sangat. Syukur pada Allah.
3. Aku dapat mencium hajarul aswad dengan mudah...cabaran sikit-sikit tu ada lah tetapi dapat juga mencecahkan muka ke batu tersebut. Alhamdulillah.
4. Dapat berkenalan dengan jemaah-jemaah Muslim dari serata pelusuk dunia. Nak jumpa segala bangsa di dunia ini...di sinilah tempatnya. Aku sempat berborak dengan jemaah yang solat di sebelah aku seperti orang Turki, Iran, Iraq, China, Indonesia, Thailand dan banyak lagi. Keunikan yang kita takkan dapat di tempat lain.









Demikianlah serba sedikit pengalaman manis ku di tanah suci Mekah dan Madinah. Ya Allah makbulkan lah doaku untuk menjejakkan kakiku ke tempat suci ini lagi.....untuk mengerjakan umrah dan haji satu hari nanti Insya Allah.
Sekian wassalam......
4 comments:
leez
tahun 2005 akak mengerjakan haji..akhir 2004 dan awal thn 2005.Musim sejuk time tu. Sebulan sebelum akak ke sana ayah akak meninggal dunia.
Sebelum tu arwah lah yg banyak mengajar akak tentang cara2 mgerjakan haji.
saya pun tengah ada plan nak mengerjakan Umrah..
kak hanim - sedihkan kak...bila kita ingat balik saat2 kenangan di mekah ni....sebab ada kaitan dgn org yg kita syg. Sebab tu sy nak sgt gi lagi.
axim -
Insya Allah axim....byk2 berdoa agar dpt jejakkan kaki ke sini.
Post a Comment