Ads

June 24, 2011

Travelling - Wish List 2012

Nanti-nanti eh aku citer pasal pengalaman mengerjakan umrah tu. Sebab hari ini aku dalam versi kemalasan nak upload gambar. Aku nak menaip ajer hari ini. Mengadakan minah ni. Hari tu versi sedih....pastu versi rindu....hari ni plak versi kemalasan. Macam-macamlah kamu ni. Sebab nya aku kepenatan baru balik dari spa...massage badan uolsss. Best sesangat dan badanku amat segar sekali.

Nak citer pasal wish list aku dalam berkelana dan menjejaki negara orang. This year sampai hujung tahun rasanya aku tak ke oversea.....insaf sekejap...ngeh3. Jalan cuti-cuti Malaysia Insya Allah ada dalam plan. Dalam beberapa bulan ni aku kena wat saving yang banyak for my next trip early next year. Aku memang dah berniat lama nak ke tempat ini sekali lagi. Mencari kedamaian abadi dan menyucikan jiwa. Semoga hajat dan doa ku ini dimakbulkan. Insya Allah. Aku plan nak jejak 2 negara sekaligus.

Then, bulan lima tahun depan ada satu lagi trip...dah beli ticket pun. Ngeh3...ke mana tu? Oooo....rahsia tak boleh bgtau. Negara ini memang aku punya wish list sejak dulu lagi.....Insya Allah semoga tercapai. Beli awal sebab ticket murah ajer. Kalau beli last minit...boleh cecah ribu jugak harga ticket ke negara ini.

Negara seterusnya pulak...not sure yet. Depands on my budget. Kalau ada rezeki duit terpijak ke...hehehe...aku nak ke Europe lagi pada autumn season tahun depan. Which country?? Ada 2 negara yang aku dah aim. Tunggulah. Harap angan-angan mat jenin aku dimakbulkan Allah. Semoga Allah memberi aku kegembiraan yang abadi dengan cara menjelajah ke negara orang. Ini sajer caranya utk menghiburkan hati aku. Aku hidup sendirian dan tidak punya sesapa di dunia ini tetapi....aku hanya punya dua kaki untuk melangkah jauh mencari pengalaman hidup. Pengalaman hidup ini akan aku kenang sambil akhir hayat. Pengalaman yang tidak semua orang dapat...hanya insan-insan terpilih olehNya sahaja yang mengalami pengalaman ini. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Aku tidak punya rezeki utk berkeluarga tetapi aku punya rezeki untuk menjejaki negara orang. Serba sedikit ia mengubati hati ini.

Angan-angan aku ialah mengelilingi satu dunia sebanyak negara yang mungkin. Travelling ialah nyawaku. Tanpanya diibaratkan aku tidak bernyawa. Boleh?

15 comments:

Yan said...

Hiii...seronoknya jadi manusia bernama Leez ni.. jalan je...

Anum said...

bestnya sis

NeenaAnuar said...

neena doakan semoga impian akak tu terlaksana yerr.. syiok tengok akak jejalan sana sini.. best2... teruskan traveling round over the world yer sis! :)

finizaini said...

leez...
keep on update ya ur blog...setiap destinasi yg u pegi...i follow u after that,,,hihih

Buzu Ediany said...

Yaa setuju dgn kak yan...sgt seronok menjadi ahkak leez...semoga sy menjadi spt anda...huhu

anne said...

lg half year nak abis, dah beratur plan utk next year, ya?

aturan hidup kita semua sebenarnya indah, ada kurang di situ, lebih di sini... wish u all the best... :)

Arjuna @ Cik-Anne said...

Bestnya kak leez...(^_^) semoga impian kak leez tercapai yerr...Amin

Leez M. Saaid said...

Kak Yan -

dalm pada seronok...tetap ada sedihnya kak...lumrah hidup manusia

Leez M. Saaid said...

Anum -

setiap manusia mesti akan merasai kehidupan yg best dalam hidupkann...

Leez M. Saaid said...

neena-

thanks dear. Alaaa neena pun apa kurangnya...suka jalan-jalan. Kita sama ajer dik....kaki jalan hehehe.

Leez M. Saaid said...

finizaini -

terima kasih sudi follow my blog. Semoga serba sedikit dapat memberi inspirasi kepada pembaca blog ini...thanks again

Leez M. Saaid said...

buzu -

boleh ajer....kumpul duit pelan2...insyaAllah boleh jalan2.

Leez M. Saaid said...

anne -

betul apa yg you tulis....setiap manusia mesti melalui pengalaman hidup yg indah...cuma lebih yg ini tapi kurang yg itu...kita takkan dapat semua yang kita nak. Hanya manusia2 terpilih sahaja yang boleh mendapat semuanya. Rezeki mereka kan....

Leez M. Saaid said...

Arjuna/Anne -

terima kasih dik. Kita sama2 berdoa agar impian menjadi kenyataan insya Allah.

Syiraa Abdullah said...

kak leez!! :) seronok nyer tgk akak travel2...nak jadi mcm akak jugak la nt.heheehe take care sis....