Ads

June 6, 2011

Day 2 : Singapore Trip - Geylang Serai



Dimanakah tempat yang paling happening ketika persiapan menyambut Hari Raya di Singapore? Jawapannya ialah di Geylang Serai. Segala jenis kain, langsir, baju kurung, kueh raya, kueh mueh, makanan Melayu, ikan, sayur, rempah ratus dan macam-macam lagi yg berkaitan dengan adat budaya dan masyarakat Melayu semuanya ada di sini.


Menurut kata cousin aku.....kalau bulan puasa berduyun-duyun orang berniaga di sini sehingga penuh gerai di tepi-tepi jalanraya pada gambar diatas. Wahhh....aku mcm tak percaya ajer. Yelah selama ini aku tak pernah gi sini bulan puasa dan nak beraya kat sini pun amatlah jarang sekali. Dulu-dulu masa kecik ada jugak.

Di sini juga terdapat Malay Village dimana terdapat aktiviti dan acara yang berkaitan dengan komuniti Melayu seperti persembahan tarian Melayu, perkahwinan Melayu di dewan dan pertunjukan pameran yang berkaitan dengan budaya Melayu. Tahun lepas aku pernah ke sini menghadiri perkahwinan my cousin yg dibuat di dalam dewan di Malay Village ini.


Kebanyakan masyarakat Melayu di Singapore jika mahu mencari bahan-bahan untuk memasak...mereka akan berbelanja di pasar yg terletak di dalam bangunan Geylang Serai ini. Peniaga di sini kebanyakannya ialah golongan Melayu dan Mamak. Jika mahu makan masakan Melayu Singapura dan Beriani Singapore yg sedap juga terdapat di sini. Sangat sedap dan marvelousss!!!!.



bangunan kedai makan yg belakang aku tu ialah tempat makan yg sedap...mcm2 pilihan makanan ada...terdapat Sijil Halal Singapore....My Teh Tarik Eating House



ini pulak ialah bangunan Joo Chiat ...depan bangunan Geylang Serai...terdapat jualan baju-baju blouse Muslimah dan jualan langsir yg cantik-cantik belaka.....langsir fesyen terkini. Harganya???? hmmmm.....kalau convert mahal ler..hehehe


yeaaa dah sampai Geylang Serai......

inilah dia bangunan baru Geylang Serai...dulu bangunan lama tetapi skrg dah dibina bangunan baru yg lebih selesa


rombongan cik kiah...bersama family cousin aku


setiap kali ke Singapore...mama ku mesti nak singgah berbelanja di Geylang....kenapa? Sebabnya dia nak borong rempah beriani tersedap di dunia....hehehe


inilah rempah beriani yg mamaku cari.....rempah sup...rempah kurma dan rempah soto pun ada jual. Homemade rempah yg sangat sedap....kat Mesia pun tak sesedap ini. Sebab itu kalau kita makan Nasi Beriani Singapore rasanya sangat sedap....mamak style...i likeeeeeeeee!!!!!


kat sini segala jenis rempah, herba dan bahan masakan Melayu ada dijual


ia terletak di tingkat bawah bangunan ini


Kemudian kami naik ke atas pulak utk melihat bahagian pakaian pula. Ada kain ela, kain lace, tudung dan blouse wanita


harganya kalau kita convert ke RM....hmmm ada yg mahal dan ada yg sgt berpatutan


aku sempat beli blouse yg berharga $15....murah kan??? Selain tu aku beli serkup kepala style Datuk Siti yg byk dijual di sini. Perasan tak style serkup kepala yg aku pakai masa gi London baru-baru ini?? Ramai duk puji dan tanya beli kat mana. Hmmm...byk di jual disini...aku borong sampai 4 helai....tungguuuuu penampilan baru ku...ahakkkkss!!!!






Selesai membeli-belah di sini...kami pun beredar untuk aktiviti makan-makan. Masa ni pun dah waktu makan tengahari. Kami nak mencari makanan yg sedap-sedap di sini. Sebelum tu aku duk pesan pada cousin aku nak cari Murtabak Singapore yg tersedap di sini yg terletak di Arab Street. Dia kata tak payah gi jauh-jauh...kat sini pun ada yg sedap. Wahhh kat mana tu??


Murtabak Singapore yg sedap dia kata tu terletak di depan bangunan Geylang Serai ini yang juga sebelah bangunan Joo Chiat tadi. Nama kedai tu ialah Har Yassin Restaurant - Kedai Murtabak Istimewa. Aku beli 3 murtabak perisa daging dan ayam yg berharga RM6 setiap satu. Tapau ajer sebab family aku nak makan makanan lain. Rasanya bagaimana??? Memang sedap dan highly recommended. Aku makan murtabak ni kat umah cousin ajer dan satu lagi aku bawak balik KL.


Masa aku beli murtabak ni...orang ramai beratur. Dalam hati aku berkata...mesti sedap punya. Masa duk menunggu tu aku sempat mengambil gambar cara-cara mamak ni membuat murtabak itu. Kalau anda semua tak tahu camana rupa Murtabak Singapore....ianya agak berlainan dengan murtabak kita. Murtabak Singapore intinya banyak daging cincang, ada telur dan sayur. Rotinya pula berlayer-layer dan sangat sedap jika dimakan panas-panas. Perrrgghhh tetiba aku terliur dan lapar Murtabak Singapore. Kat KL ni susah nak dapat yg sedap mcm kat sana.




cara-cara bagaimana murtabak singapore di buat....


dah siap utk dimakan......sizenya besar dgn harga $6 sekeping....boleh dimakan utk 3 orang.


lepas tapau murtabak....kami makan tengahari di My Teh Tarik Eating Here yg aku tunjukkan gambar pada awal entry tadi. Aku pilih makan Nasi Ayam Penyet (gambar atas). Harganya $4 sahaja...murah kan?? Ayamnya sangat besar, berempah dan sedapppppppppp!!!! Memang sgt enjoy makan kat sini.




masa tengah makan...mama ku nampak kedai di atas - Dendeng House. Dia kata nak cuba rasa. So, my cousin tolong belikan. Sekali aku rasa...... rasanya sangatlahhhhhhhhhh sedappppppp uolsss. Mcm daging salai tetapi sangat sedap yg tidak terkata. Nak tau camana bentuknya??? Sila tengok pic di bawah.



inilah daging dendeng yg aku sebutkan di atas. Rasanya manis dan sedap. Kepingan daging itu disalai dan disalut dgn kuah yg sangat sedap. Harga diatas ialah $10.






Then, lepas kami dah kenyang...balik semula ke rumah my cousin untuk bersiap-siap balik ke KL. Perut pun dah kenyang dan hati pun sudah girang. At least kesedihan aku semasa kejadian di JB sehari sebelum tu sedikit terubat semasa bersama-sama family di sini. Tanpa familyku entah camanalah aku hendak meneruskan hidup ini. Doakan aku terus gagah dan kuat untuk meneruskan hidup ini. Sekian catatan perjalananku di Singapore.




3 comments:

Anggerik Berduri said...

xmakan putu piring terbaik ke?sdap owjhh..panas²..1dolar, 3keping.hahahaa

Leez M. Saaid said...

qilah-

yea ada beli kat deret2 kedai makan tu...memang sedap gilosss. tapi yg membeli tu my sis in-law...akak tumpang makan ajer..heheh.

Anggerik Berduri said...

Ktorang bli smpai 5 dolar..hahahah sbb sdap..fluffy yet melting in your mouth.. fish soup dia marveles sangat.wakaaka