Ads

June 9, 2011

My Hobbies & Interests ~~~~~




Blogging adalah dunia aku. Blogging boleh menceriakan life aku dan mengisi masa lapang aku. Tetapi jika terlalu sibuk sgt.... sehinggakan aku tiada masa untuk berblogging. Aku mencurahkan kegembiraan dan kedukaan di sini. Sebab itu i love blogging!!!



Aku suka makan dan sentiasa mencari tempat makan yang best. Jika aku melancong ke mana-mana negara atau negeri, aku pastikan mencuba makanan popular di tempat tersebut. Makanan yang sedap pasti mendapat pujian untuk aku coretkan di sini. I love food!!!!


Aku suka mencari kenalan baru tidak kiralah kenalan bloggers atau kenalan travellers. Jumpa kenalan baru macam-macam benda boleh kita kongsi bergantung pada interest kenalan tersebut. Boleh chit chat pelbagai perkara. Networking juga bagus sesuai dengan kerjaya aku di bidang marketing. Kalau jumpa kenalan travellers....makin rancak aku berbual. Same interest and same hobby... i likeeee!!!!!



Aku suka menonton teater. I prefer watching theater than movie. Menonton teater lagi nampak real dan penuh dengan penghayatan. Bukan sahaja mereka boleh berlakon...malah boleh menyanyi dan menari dengan baik. Memang sangat-sangat enjoysss!!!!




I love music. Tetapi mesti muzik yang boleh masuk ke telinga aku. Aku enjoy melayan live band. Tetapi masalahnya aku tiada teman yang boleh aku ajak utk layan live band. Layan sorang-sorang tak best beb. Harap lepas ni aku boleh jumpa geng yang boleh menemani aku layan live band.




Hobi paling aku suka ialah melancong. Dengan melancong aku boleh jejak ke negara orang dan mengenal budaya dan gaya hidup mereka. Selain itu aku mewajibkan diri aku mengabadikan kenangan dengan snapping sebanyak gambar yg mungkin. Sambil tu melancong boleh membuatkan aku lupakan sekejap bebanan kerja di office dan melupakan masalah yang lain. Kenangan melancong akan kita simpan sampai bila-bila. My aim ialah menjejaki sebanyak mungkin negara di muka bumi ini.



Hobi ketika melancong ialah mengumpul fridge magnet sebanyak yang mungkin. Aku lagi puas jika FM itu aku dapat daripada negara yang aku jejak sendiri. Aku tak berapa minat mengirim FM dari sesapa jika negara itu aku belum jejak lagi. Jika orang bagi sebagai souvenir tu lain cerita. Kiri kanan fridge aku penuh dengan FM....jawabnya kena beli fridge baru ke...semata2 nak lekatkan FM??????



Koleksi piring hiasan, replika, short glass dan keychain menjadi barangan wajib setiap kali aku pergi ke luar negara. Aku pastikan setiap negara yang aku jejak mesti ada kenangan barang-barang souvenir tersebut. Aku tak kisah menghabiskan duit semata-mata untuk ini. Kenangan souvenir ini kita takkan dapat di negara kita...so hargailah ia dengan membeli almari yg lebih besar. Masalahnya almari aku ni dah padat sangat sehinggakan kepadatan itu nampak semak. Aduhai perlukan aku beli almari baru????




Koleksi HRC short glass adalah barangan wajib jika aku jejak negara yang ada HRC. Sanggup tu cari alamat di internet dan menjejaki cafe ini sehingga dapat. Orang yg suka mengumpul barangan HRC ini ada kelasss tersendiri. Kenangan yg orang lain tidak ada tetapi kita tetap ada.
Gambar di atas ialah koleksi lama. Sekarang koleksi ini telah bertambah.




Satu lagi koleksi tshirt HRC yang aku wajib beli di luar negara. Sanggup tu redah sana sini untuk mendapatkan tshirt ini. Aku pastikan setiap koleksi mempunyai design yang berlainan di setiap negara yang aku pergi. Tetapi ada gak yang sama sebab dah takda choice.




Suka mengumpul perfume. Aku tidak boleh keluar rumah tanpa perfume. Dengan memakai perfume ia memberi confident level yang tinggi. Nak jumpa orang atau client takkan nak biarkan badan kita berbau. Aku tiada specific brand mana yang aku suka. Yang penting baunya sedap dan segar di hidungku. Kalau dapat beli yg sedang offer lagi aku suka...but kena test baunya dulu.





I like baking cake. Dengan syarat mestilah cake yang aku suka. Semestinya choc cake. Dengan baking cake juga aku boleh menambahkan pendapatan sikit-sikit. Alhamdulillah masih ada tempahan yang aku terima. Yang penting anak buah aku amat enjoy dan suka choc cake aku.





I like swimming. Aku ni jenis suka aktiviti dalam air. Tak kiralah swimming ke....snorkeling ke ataupun diving. Pertama kali diving dalam laut ialah semasa aku gi Bali. Pengalaman yang tak dapat aku lupa sampai sekarang. Cuma aku belum dapat jumpa geng yang sama-sama serius nak ambil diving licence. Aktiviti swimming boleh melegakan minda aku. Malah ia bagus untuk kesihatan tubuh badan kita




I love playing squash. Aktiviti sukan ini aku dah lama ceburi sejak 10 tahun lalu. Then aku stop seketika atas sebab aku bertukar ke office baru di KL. Pastu takda geng nak joint aku for this aktiviti. Now, aku dah start semula aktif bermain squash...lagipun dah jumpa geng baru. Kalau takda geng....pukul bola tu sorang2 ke dinding pun okay. Yang penting peluh keluar berjurai-jurai. Good exercise!!!!






10 comments:

Diana Diane Teo said...

Jealousnye tengok fridge magnet yang banyak tue. Lagi satu, ada satu perfume is my all time favourite - Burberry Weekend. Saya ada semua size. Suka betul sama smell dia.

Saya pun suka swimming. Memang feel relax when swim.

I blog about travelling too. Feel free to drop by :)

Akak Kembang said...

i like u too...hehehehe

kasihredha said...

hobby kita lebih kurang sama...cuma akak tak collect barang2 hard rock cafe dan tak main squash je :)

Leez M. Saaid said...

Diana -

thank you for dropping by :)
woww....same here we blog about travelling ehh... i likee.

wahhh we got the same interest lah heheh. swimming bestkann.

blogwalking to your blog td :)

Leez M. Saaid said...

alin -

hehehe...lawklah. thank you dear.

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

kita serupa eh....sehati sejiwa especially bab2 travelling ni kan. Hidup tanpa travelling rasa jiwa ni mati jer kak.

@xiM said...

jom snorkeling!!

jom layan live band!!

jom travel!!

jom makan makan!!

Biqque said...

yup! sama...i pun lebih suka beli FM yg i jejak sendri...baru puas! ramai dah dok beli kat online...sume negara ada...tapi tak feel la...

Leez M. Saaid said...

axim -

hehehe...jommmmsssss
kita kena busykan diri dgn aktiviti2 ini kannnn.....

Leez M. Saaid said...

Biqque -

thanks singgah my blog.
wahh kita ada same interest.
Betul...i prefer buy FM frm country yg i jejak sendiri. Takda feel nak beli sendiri.