Ads

September 22, 2010

Beraya Lagi @ My Teratak



Salam Syawal lagi.

Selagi tak habis Syawal sebulan maka acara makan-makan tak akan habis. Maka, baru-baru ini pada raya ke-8 last minit dalam sehari punya decision aku menjemput rakan-rakan blogger hadir ke rumah ku. Kebetulan pulak semua free malam tu. Plan mmg tak nak buat apa-apa tahun ni. Tapi dah semua kata nak datang beraya ke rumah, so aku secara tetiba ajak mereka-mereka ini ke rumah ku.

Antara yg hadir ke rumahku ialah Lily-Nurman, Burn-Qis, Sepul-Nita dan Zul. Terima kasih semua sudi hadir ke teratakku. Kepada rakan-rakan blogger lain yg mengenaliku minta maaf jika aku tak jemput. Yang ni pun buat kecil-kecilan ajer. Insya Allah panjang umur dan murah rezeki tahun depan kita beraya lagi dan saya akan jemput semua.



Antara menu yang ada ialah : Nasi Beriani dan Mee Soto.

dengan begitu asyiknya Lily makan nasi beriani sampai tak sedar anak menangis....rupanya anak sedara ku yg menangis...hahaha. Cik abg sebelah dah cuit-cuit. :)))


Hehehe...tersenyum lebar adik-adik aku ni. Dah kenyang ke burn???


Thanks Zul, akhirnya sampai jugak ke my house ni.


Sepul and Nita pun ada....dengan begitu tekun mendengar Lily bercerita.


lepas makan-makan di meja makan...kami alih ke chit chat area plak sambil makan kek and kueh raya. Entah apa yg digelakkan tu. Hehehe.


Barulah dapat dukung si kecil Nyla ni.....makin comel!!!


kami para wanita...sessi berposing plak. Posing ni tetap acara wajib kami.


cik abang sekalian....hangpa dah kekenyangan kahhh? sampai duduk menyenget.


dengan Qistina


dengan Lily plak...pic dengan Nita aku tak masukkan di sini sebab pic tak berapa clear.


We are happy family. Cuma Maksu dan Song ajer yang takda di dalam pic ini. Nanti kita gi dating yea..




Setelah masing-masing kekenyangan, kami bergerak pula ke rumah Ziana yg juga seorang blogger yg dah pencen. Alahai dekat ajer dengan umah aku. Masa ni dah jam 10.30 malam. Ziana kata....datang ajer. Hehehe. Actually Sunday tu Ziana ada buat open house, so kami datang bertandang malam tu untuk sembang-sembang ajer.

So impressed tengok rumah Ziana yang sangat cantiks...ala-ala kondo. Simple and nice. Lebih kurang jam 12 malam jugak kami pun beredar pulang ke rumah masing-masing. Seronok sangat dapat jumpa ramai-ramai mcm ni. Cuma Song dan Maksu ajer yang tak ada. Nanti kita buat lagi perjumpaan macam ni lagi yeak. Agak-agak sapa yg volunteer nak jadi tuan rumah???? Sila angkat tangan!!!!!! Satu lagi...next!!! giliran sapa plak nak wat open house??

aksi manjaku dengan Baby Nyla.....


selit skit - pic semasa aku gi open house rumah Ziana. Masa ni yang lain tak sampai lagi. Aku sampai awal dengan mamaku sebab nak ke tempat lain plak lepas tu. First time jumpa Aida and Liana. Nice to meet all of you!!!!




Selit lagi - pic di atas semasa Ziana dan Azim (Pak Aji) datang beraya ke rumahku. Both of them juga blogger. Azim masih aktif dan blogger popular gitu. Masa ni Azim baru sampai dari kampungnya di Kemaman dan singgah sebentar di KL sebelum sambung lagi perjalanan ke Penang tempat dia mencari rezeki. Thanks to Pak Aji sempat lagi bawakan lemang dan kopok lekor Terengganu. I likeee!!! and thanks to Ziana too bawa kek Sarawak untuk ku. Muahhh cayang kamu berdua.

Thanks to both of you sudi hadir ke rumah Kak Leez!!!!


p/s - KUIZ akan kembali lagi. So, selalulah singgah ke blog ini.


5 comments:

sepul said...

bilakah kuiz mu itu.

@xiM said...

meriah orang datang kan!

Nak start kuiz bila?
tak sabar nak tunggu
kot kot lah hadiah sebijik kek kukus..
nyam nyam nyam..

Leez said...

sepul -
tungguuuuu!!! kan namanya surprise.

Leez said...

axim -

kuiz??? rajin-rajin singgah yea...mana leh cakap bila.

takat kamu nak kek choc free ...anytime akak leh buatkan...cakap jer.

Ziana said...

akak..
thanks invite n thanks sudi dtg :)

ok nk selit kat sini..
td terbaca tp x terkomen..

sy nk join PADI..
nnt akak msg2 ek..
kot2 laa terngam plak bulan akak tuh..
:)