
Jumaat malam yang lepas aku bersama teman-teman yang lain menjamu selera ala-ala bersahur gitu di Restoran Al-Rawsha yang terletak berhampiran dengan roundabout Kg Pandan. Buka lagi satu lagi cawangan di sini. Kalau tengok pada bangunannya macam istana padang pasir...memang berkonsepkan arabia. Adik aku lagi best....masa bangunan masih dalam pembikinan...dia kata itu masjid. Pulak!!!
Aku pernah makan di cawangan Jalan Damai dan yang ini baru first time. Baru buka pun beberapa hari sebelum puasa hari tu. Aku tengok harganya di sini agak mahal sedikit. Pada jam 10.30 malam kami semua dah berkumpul di sini. Sajer jer pilih makan waktu ni because tak nak rushing time berbuka. Al-maklum masing-masing duk jauh....aku jer yg duk beberapa tapak ke tempat ini.
Kepada teman-temanku tersayang thanks a lot sudi datang dan menghadirkan diri di samping memeriahkan suasana. Pada gambar di atas sepul takda sebab dia yang tukang snapping. Nita nampak tengah sarat mengandung.....sonoknya dapat baby.
Si kecil Nyla comel ajer meniarap atas meja..hehehe. Ibunya Lily dengan style rambut baru...mesti rambut raya kan!!!. Pasangan Qis and Burn datang lambat sedikit sebab Qis dia bekerja malam tu. Satu lagi pasangan Buzu dan temannya Zul ...terima kasih sudi juga joint kami. First time dia joint group kami. Maksu takda...dia jauh di JB...windu lah. Nanti lepas raya kita get together again kay!!!
Kebetulan pulak birthday Qistina sehari sebelumnya, maka aku belikan cake khas for her. Tak sempat nak bake cake lah dik. Akak busy sangat. Kalau windu dengan cake akak...datang umah raya nanti. Kepada Qis, semoga di hari istimewa ini makin dimurahkan rezeki dan bahagi selalu di samping che burn. Ameen.
Birthday ke berapa tu? Huhuhu muda lagi cik adik ni. Banyak lagi ranjau dan duri kehidupan harus di lalui. Happy Birthday Qis....muahhhhh!!!!
9 comments:
weyyyyyyyyyyyyyyyyyyy kak leezzzzzzzzzzzz awat letak gambaqqqq tuuuuuuuuuuuuuuuuuu????????????????
Alhamdulillah..sgt kenyg mlm tuh! tp rase cam xpuas jek..huhu sebab sepul mkn lg byk dr sy..hahaha...Aniwei, thanx kak sudi meng'organise' sesi mkn2 mlm tuh..n thanx oso belikan kek utk Qis..susah2 jek..(len kali beli secret recipe taw!) haha...Murah rezki akak pasni..InsyaAllah..
-burn-
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
:)
meriahnya tengok korang makan kat sini!!kami yang tak sampai sampai lagi restoran ni..
sepul -
alah...mengada jer. Dah delete pun pic tu.
Burn -
Seronok sesekali berkumpul mcm ni. Akak beli cake tu mana yg sempat ajer....sibuk sgt. Tak sempat nak ke secret resipi lah.
Amboi... ko plak terlebih demand...ceh!!!!
Lady -
Selamat Hari Raya to u too.
Maaf Zahir Batin
Azim -
Jom azim!!. Nanti dtg KL...kita makan kat sini plak. Sesekali merasa makanan arab.
Salam Leez,
ooo ni yang dia baru bukak tu ye..K yan penah makan di Ampang..crowded sikit..tp yg ni mmg cantiklah..
Post a Comment