Ads

September 2, 2010

Pasar Ramadhan @ Taman Nirwana Ampang



Dah nak hujung Ramadhan baru ler aku terkial-kial nak buat entry pasal Pasar Ramadhan. Bukan apa....sebelum ni macam malas nak amik gambar sana sini. Kadang-kadang segan pun ada. Orang duk pandang kita jer.. tgh pegang camera. Tapi kali ni aku gi berdua dengan mamaku...so selamba ajerlah.

Kat area rumah aku ada 2 Pasar Ramadhan yang berdekatan iaitu kat Desa Pandan dan Taman Nirwana. Ikut keselesaan dan senang untuk parking ialah kat Taman Nirwana. Tapi yang kat Desa Pandan pulak memang azab nak cari parking. Ada sekali mcam surrender nak balik umah terus sebab susah nak parking. Tapi aku kata kat diri sendiri sabar yea....buat round sekali lagi mana tau ada rezeki. Tujuan aku satu ajer...nak beli Popia Pak Ya yang terkenal tu kat Desa Pandan. Memang lazat dan terbaiklah!!! Tapi kena menahan sabar untuk mencari parking lah pulak.

Pasar Ramadhan kat Taman Nirwana plak memang selesa lah. Cuma pilihan makanan di sini aku kurang suka pulak. Aku tengok kebanyakan yang meniaga di sini adalah orang yg setahun sekali baru nak meniaga. Faham-faham ajer lah. Aku ada ternampak nasi kukus ayam berempah kat sini....terasa nak beli plak. Sekali bila aku pergi di lain harinya....dah tak jual lah pulak. Aduhhh... terliur plak aku.

Jom tengok gambar-gambar yang aku sempat snap guna hp di Pasar Ramadhan Taman Nirwana.



pelbagai jenis kueh melayu......setiap hari kena beli untuk atukku

sibuk plak mamat baju hitam kiri ni...cacat gambar aku...ishhhhh..

ikan bakar.....baik aku masak sendiri kat rumah...memang original bakar. Bukan mcm ni...umpama goreng dalam kuali...huhuhu.

akak ni punya kerabu dan pecal memang terbaik...aku suka!!! ada pelbagai jenis kerabu.

pelbagai jenis agar-agar.... my mum's favourite

ni plak favourite aku...ayam percik bakar...cedap!!!!!!

5 comments:

Azian Elias said...

Salam Leez,

k yan sekarang ni main pakai tunjuk je dah bila nak dekat2 raya ni..semua dah malas nak masak..heee

@xiM said...

nasi kerabu ada tak kak leez?

kasihredha said...

Lez..ternyata kita tinggal berhampiran saja.

Nia said...

Salam ziarah ya,

saya ada capture gambar tart nenas dari blog ni, tapi saya letak kredit ke blog ini. Harap izinkan ya.

Selamat Hari Raya!

Leez said...

Kak Yan - yelah kak...skrg ni busy kan buat persiapan. Balik kerja dah penat...nak kemas umah lagi.

Axim- ada jual nasi kerabu kat pasar ni...sedappp. Akak dah try.

Kak Hanim - akak tinggal kat mana? Adakah kita berjiran? Nanti boleh dtg beraya umah saya.

Nia - Oooo.....boleh ajer. I izinkan.