Ads

September 23, 2010

Day 2 : Terengganu - Redang Trip : Boat ke Pulau Redang



Sambung lagi entry semasa aku bercuti ke Pulau Redang...seminggu sebelum puasa yang lepas dan beberapa hari sebelum aku masuk hospital. Bila ingat-ingat balik dan tengok gambar-gambar ni....betapa riangnya aku ketika itu. And now, betapa tersiksanya aku bila dah kena sakit. Itu semua dugaan. Ramai kata aku terkena jangkitan demam tu semasa bercuti ke sini. Entahlah tak tau...wallahualam...hanya Allah yang mengetahui.

Nak sambung entry ni punyalah bercinta apabila melihat gambar-gambar yang terlalu banyak. Satu persatu nak kena edit dan bahagikan mengikut entry. Aduhhh....kena ingat balik saat-saat indah di sini. Itulah satu kelemahan aku mudah terlupa. Sebab itu aku tak suka simpan cerita pasal percutian berbulan-bulan. Kalau boleh cepat-cepat aku nak habiskan update. Tapi apa nak buat....keadaan dah sakit ketika itu dan sibuk dengan persiapan raya serta bercuti raya lagi. Dont have enough time maaa !!!!

Wokay back to percutiaan ini.
Gambar kat atas tu..ialah jetti Merang yang terletak hanya 20 minit dari rumah penginapan kami. Dekat ajer. Pagi tu kami dah terlalu excited dan tak sabar-sabar nak berendam sambil tengok ikan di dalam laut.

Konon nak keluar awal pagi....tapi...hehehe. Lambat jugak kami bergerak...maklumlah dah ramai-ramai tu. Masa ni tak breakfast lagi dan masa ni lah juga kami baru nak cari boat. Actually kami plan balik hari ajer dan tidak tidur sana pun. So, its not easy actually nak dapatkan boat. Orang sana kerek giler. Susah tul nak dapatkan discount walaupun dah minta tawar banyak kali. Depa kata....kami tak untung banyak pun...kalau taknak ...kami boleh serahkan balik duit. Amboihhhh....berlagak !!! Hmmm... We have no choice...grab ajer.

Then, kami breakfast dulu....mak kepada kak rose belanja kami makan kat tepi gerai area tu jugak. Alhamdulillah ...terima kasih!!. Kami juga ada bawak bekalan seperti roti, air mineral dan makanan sikit. Kat sana susah skit nak cari makan sebab kebanyakannya di khaskan untuk pelancong2 yang menginap di sana. Kami yg balik hari ni...susah lah sikit.



posing dulu kat Jeti Merang. Banyak bas pelancong keluar masuk ke kawasan ini pada pagi tu. Agak sibuk gak.


mari-mari kita beli FM dulu.....


ni kat jeti...yg sana tu boat mewah....nanti honeymoon bolehlah naik boat tu..ahaks!!


anak-anak cik kiah ni dah tak sabar nak naik boat....


ada jugak nak enterframe tu....ishh..ishh


tu dia...ketua rombongan cik kiah...ahkak baju hitam tu...ampun kak !!!




beginilah masa kami nak naik boat.....

yeeehaaaaaa...... Redang...I'm coming!!!


Tengok tu...bukan main lagi ibu dan anak tu bergelak ketawa. Entah apa yg lucu sangat tu??? Di atas boat kami berenam sahaja. Memang chartered satu boat. Lupalah lah berapa dorang charge. So jumlahnya dibahagikan kepada 6 orang. Seorang lebih kurang tak sampai RM100 termasuk sewa snorkeling gear dan life jacket. Sib baik aku dah bawak siap snorkeling gear dari rumah. So, kurang sikit bayarannya. Jangan lupa yea...ada bayaran RM5 seroang utk polis peronda laut. Aku tak paham...pesal plak kena charge??? Hmmmm.....

Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Pulau Redang. Permandangan laut cantik sangat. Laut kebiru-biruan dan cuaca masa tu amat cantik sekali. Memang rezeki kami lah. Masa dihabiskan dengan berposing ajer...hehehe. Alhamdulillah kami tak pening pun dan takda yang mabuk laut. Everything okay...


from left : qis, aku dan kak yong

aksi gedikss....

pastu ketawa...gitulahhh!!!


aliya plak tukar tempat....sakann!!!




amboihhh...ibu dan anak ni...


che burn tu dari tadi duk pandang depan...sebab tak sabar nak terjun katanya


burn and qis.....peacee!!






entah pulau apa ni...aku pun tak tau.....cantiks!!!


sempat lagi berposing di sebalik pulau comel itu


tengoklah che burn tu...dah tak sabar-sabar. Nampak tak pulau kat depan tu....yeahhhh dah sampai. Masa ni kami bersiap2 dengan pakaian mandi dan life jacket dan snorkeling gear.


- akan di sambung lagi next entry...tungguuuuuuuuuuuuu!!!!! -


6 comments:

Fatt said...

bestnye leez, aku tak sampai lagi redang ni. 3x nak pegi tp mcm2 je halangan..sudahnya give up. huhu~

@xiM said...

wahhhh sakan!
teringat balik masa kami pi redang bulan Ogos tahun lepas..Best!!

kasihredha said...

Wau bestnya.
Hari tu balik raya akak & family gi Pulau Perhentian..bila tengok FM, ingat kat Leez. Nanti kalau jumpa akak kasi.

Leez said...

fatt -

aku pun baru first time sampai setelah asik tak jadi jer berkali2. Tapi redang memang best lah...

Leez said...

axim -

rasa mcm nak pergi lagi lah. Tapi kali ni nak pi perhentian plak. Jom!!!

Leez said...

kak hanim -

ye ke akak gi sana?
mana entry pasal perhentian kak?
FM?....bestnya.
bila kita nak dating ni?