Ads

September 6, 2010

Bazar Ramadhan 2010 @ Jalan TAR


Jom tengok gambar-gambar suasana di Bazar Ramadhan Jalan TAR.
Hari tu di awal pagi aku dah sampai semata-mata nak cari tudung Ariani untuk di pakai masa Hari Raya. Masa tu hari bekerja dan aku memang tak kerja pun. Pilih punya pilih....try punya try...akhirnya aku beli jugak 2 helai. Bila aku kuar jer....aduiii orang dah ramai. Udah ler aku ni tak leh dalam keadaan sesak. Cepat2 aku mencelah sana sini pi kat tempat parking. Jangan marah...sempat lagi snapping mana yang sempat. Huhuhu...

Alhamdulillah aku maintain jer. Takda apa-apa yang berlaku. Sib baik pakai mask. Padahal kat Bangi pun ada kedai Ariani...tapi degil tetapi nak ke Jalan TAR. Hmmm..... :P



pelbagai baju kurung ada
baju melayu pun ada...tak belek harga pun



masa ni awal pagi...orang tak ramai.....





tiba-tiba bila aku kuar dari kedai Ariani tu.....adoiiiiiiiii.....ramainya manusia. Aku dah pening masa ni.



ni kat Jln masjid India

carpet Jakel.... sib baik ada mask....semput aku lalu sini

kueh yg pelbagai warna dan bentuk...tapi rasanya sama...camna tu?? patutlah murah.

tahun ni tak beli bunga....just lalu jer....


2 comments:

Azian Elias said...

Salam Leez,

sanggup awak ke sini ye...Ingat last year, first day posa lagi tu, k yan pitam kat kedai jual tudung...Abis posa batal..so serik dah nak ke tpt cam ni..

arriani pun dah ada kat s alam

Azian Elias said...

Salam Leez,

sanggup awak ke sini ek? Jaga diri tu dulu...